Jelly Lychee Nyum.. Nyum.. - masam manis f

Breaking

Dec 8, 2014

Jelly Lychee Nyum.. Nyum..


Bila musim cuti sekolah, peti ais pasti perlu di penuhkan dengan jajan anak-anak. Maklumlah anak-anak ni mereka cepat lapar.. lebih-lebih lagi mereka dalam proses membesar. Biasa bila musim cuti sekolah ita perlu siapkan beberapa makanan ringan yang di sukai anak-anak.. Mudah untuk di nikmati oleh mereka ketika waktu santai.. sambil bermain play station, menonton TV ataupun bersembang dengan kawan-kawan.

Ita pasti kawan-kawan ita terutamanya para ibu juga runsing memikirkan jajan yang harus di sajikan.. Sekurang-kurangnya ianya dapat menjimatkan.. tak perlu nak penuhkan peti ais dengan makanan ringan yang di beli di luar.. sebaik-baiknya kta sediakan sendiri.. selain ianya berkhasiat ia juga terjamin dari segi kebersihan, di sediakan dengan doa dan kasih sayang  serta baik untuk kesihatan anak-anak.. yang paling utama dapat menjimatkan kos perbelanjaan kita.. lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai..




Hari ini ita ingin kongsikan satu lagi resepi yang bukan sahaja di sukai oleh anak-anak .. tapi ianya juga sangat enak dan sedap!
Sedap tau jelly lychee ni... lembut aje.. terasa kelembutannya bila melunsuri anak tekak ni.. dingin terasa.. sungguh nikmat sekali..
Ita percaya, anak-anak anda juga pasti sukakannya


Jelly Lychee

2 tin Lychee ~ asingkan buah dan jusnya
1 tin nata de coco perisa lychee ~ asingkan nata dan jusnya
1.4 liter air ~ campurkan air dengan jus lychee
5 gm agar-agar serbuk
150 gm gula
perisa Lychee

Mula-mula satukan jus lychee dengan air dan jadikan 1.4 liter air
Masukkan dalam periuk, masukkan agar-agar dan gula
Kemudian masak atas dapur hingga gula dan agar-agar larut
Angkat dari dapur
Masukkan buah lychee, nata dan jus nata
Kacau rata
Sediakan bekas plastik atau gelas
Tuangkan jelly , buah lychee dan nata dalam bekas
Sejukkan dalam peti ais hingga dingin
Sedia di nikmati



9 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya....lama jugak tak buat apa jelly/puding

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita... satu desert yang mudah dibuat dan cepat habis.. kena buat banyak2 ni... hihihihi...

adda syuhada said...

jelly laici menarik minat dan selera sy jer...

ghostworker said...

as salam kak..mohon sy share apa2 resepi kak ye..tq..

rahel said...

Sejuk tekak tengok jelly laici ni kak...Tawau cuaca panas hari ni...nyaman pekena jelly...

Anonymous said...

sedapnya kalau makan sejuk sejuk. Laici memang saya suka dan dapat bayangkan kesedapannya.... TQ sis share resepi.. :)

Aishah Amin said...

tengok gambar ni masa panas2..sejuk tekak...

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

HEDER TILE AND PLUMBER said...

Ubahsuai rumah. Plumbing, pasang tile, tabletop, mengecat dll call 0182233854 khaidir

Zarrul Faez said...

Nyamannya.enak dimusim pan as ni.dpt byk tak

Post Top Ad

test