Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya.. - masam manis f

Breaking

Jan 13, 2017

Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..


Assalamualaikum

Pasti anda sedang memikirkan apalah juadah atau kudapan yang ingin di sediakan untuk keluarga petang nanti. Apa kata anda sediakan kek pisang yang lembut dan gebu ni..

Kek pisang.. ita memang suka sangat makan kek pisang. Jika terdapat bermacam kek yang di hidangkan di hadapan mata, kek pisang lah yang menjadi pilihan utama ita. Bau pisang yang harum , di tambah dengan kelembutan kek yang lembab dan gebu.. itulah penarik utama mengapa ita lebih sukakan kek pisang.


Hari ini ita sediakan kek pisang kukus pula untuk minum petang kami sekeluarga. Ita sediakan dalam cawan atau bekas kecil supaya mudah di hidangkan, tak perlu di potong dan juga comel bila di letakkan di atas meja kopi. Selain itu kek pisang yang di letakkan dalam bekas comel ni amat sesuai sebagai hidangan jamuan pejabat, kenduri kendara atau sebagai buah tangan ketika bertandang ke rumah jiran tetangga.

Resepi yang di kongsikan oleh Yatie ini adalah hasil air tangan Amydanis. Sedap tau kek pisang ni, lembut dan gebu. Next time ita kena lebihkan sedikit sukatan gula, kerana kek pisang lebih sedap jika ianya manis sedikit. Tapi bagi mereka yang tak suka makan manis-manis bolehlah kekal dengan resepi asal.

Adunan dapat agak banyak, ita buat dalam acuan kecil pun dapat banyak jugak. Dapatlah di kongsikan rezeki hari ini dengan jiran sebelah. Kepada yang suka kek pisang jangan lupa mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini.


KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : Amydanish
Rujukkan : Yatie

Bahan-Bahan

2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisang
secubit garam

Cara-Cara

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. 
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. 
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.



25 comments:

cikkyra90.blogspot.com said...

wahhh sedapnya ni. lama sangat tak makan kek pisang

Unknown said...

Absolutely look delicious Sis...the slice of banana on top of the cake made it looks exclusive and yummy.

Lieyzaa Glitters said...

Pisang apa yg sdp utk bt kek pisang ni yer..

Gee's CraftLover said...

Of course la pisang emas

Unknown said...

kalau xpakai ovellete xjdi ke?

Unknown said...

Sedapnye...blh try buat

Unknown said...

Sedapnye....blh try buat

Unknown said...

Sedapnye

Mrs Lisya said...

Kalau buat kecil2 mcm ni kukus brp lama?

Unknown said...

assalamualaikum kak ita. sy dh try. mmg sedap dan gebu sgt2. terima kasih sudi shre resepi��

Sherin said...

Tlg jawab kn..Resipi asal xguna.kak ita tambah tu.

Unknown said...

Ini salah satu kuih fav saya...selalu beli je...ni dah jumpa resepi..wajib try...
Tq kak

Jj said...

mmg sedap sbb saya dah buat bnyk kali. saya guna pisang berangan. and demand bnyk nak dalam cupcake. comel sgt. saya kukus mmg +-40 minit.

Unknown said...

Menggoda pulak tengok resepi nie time bulan puasa 😁

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Menjadi..sedap Dan gebu, 👍

Unknown said...

Menjadi..sedap Dan gebu, 👍

Unknown said...

Menjadi..sedap Dan gebu, 👍

Unknown said...

Menjadi..sedap Dan gebu, 👍

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rahimah said...

Satu adunan agak² dpt bpe biji saiz cup cake tu ye

Unknown said...

Kalau x bubuh esen pisang xpe Kew?..

La Femme said...

Sy dah try mmg sedap,gebu jer.cuma sy x letak esen pisang ada ckit bau telur


Unknown said...

Tried this recipe...delicious!

siti said...

Assalamualaikum kak..sy dah try resipi ni....sedap sgt2... Izin kan sy untuk buat jualan dgn resipi ni ye..t.kasih kak ����

Post Top Ad

test