Kuih Keria adalah kuih tradisional yang sangat kak ita suka. Kuih yang mengimbau nolstagia bersama ibu tersayang. Mak akak memang suka buat kuih keria, keria keledek atau ubi semuanya kesukaan kak ita. Kadang mak salut dengan gula dan ada kalanya dengan gula Melaka. Kedua-duanya kalau mak yang buat memang kak ita tak pernah menolak.
Kuih keria ini jugalah yang jadi jualan mak untuk membantu ayah. Mak memang tak pernah kering tangan lah... ada sahaja yang di buat untuk meringankan tugas suami..
Dulu-dulu.. kalau nak masuk musim tengkujuh, ramai yang mula menanam keledek , labu dan ubi.. tujuannya adalah untuk simpanan pada musim tegkujuh. Keledek, ubi, labu adalah makanan yang tahan lama di simpan. Kata mak lepas lah perut sementara tunggu musim tegkujuh berlalu.
Untuk membuat kuih keria kita gunakan keledek. Tak kisah nak guna keledek putih ke.. oren ke atau keledek unggu semuanya sedap !
Keledek perlu di kupas kulitnya, di rebus dengan air dan sedikit garam kasar hingga empuk.
Bila dah empuk, agkat toskan air rebusannya dan masa panas-panas tu kena lenyekkan sampai lumat.
Jangan biar sejuk nati susah nak di leyekkan
Untuk resepi ni kak ita buat 2 kg keledek (yang dah di lenyek ), 1 kg tu boleh dapat dalam 40 biji yang berat setiap satu keria dalam 27 gm
Kak ita bahagi 2 bahagian, 1 kg kak ita salut dengan gula pasir dan satu kg lagi kak ita salut degan gula melaka
Jadi terpulanglah nak buat berapa kgda gula apa, nak gatika gula melaka dengan gula merah atau gula perang pun boleh. Kalau nak buat 1/2 kg keledek, aduna untuk sira tu bahagi 2
Di bawah ni kak ita kongsikan resepi untuk 1 kg keledek ya.
KUIH KERIA
1 kg keledek ~ Di kupas kulit cuci bersih
air secukupya
garam kasar
Rebus hingga empuk
Kemudian tapis atau toskan
Panas-panas di lenyek lumat
Biarkan sejuk
1 cawan tepug gadum
sedikit garam jika keledek kurang masin
Bila keledek dah sejuk, baru gaulkan degan tepung hingga menjadi doh
timbang doh dalam 27 gram. Buat betuk tayar ( boleh rujuk video )
tangan sapukan sedikit minyak untuk mudah membentuk tayar
Buat sampai habis
Panaskan minyak
bila dah panas masukkan keria
setiasa kacau
bila keria dah timbul kecikkan api dan masak hingga keemasan
Kalau keria tak betul masak, bila lepas goreng dia akan peyek atau kempis.
Bila dah masak angkat dan tunggu sejuk sebelum di sira
SIRA GULA PASIR
1 cawan air
2 cawan gula pasir
1 sudu besar minyak masak
masukkan semua bahan ni dalam kuali dan masak sampai dia berbuih yang sedikit likat
kalau kita angkat air gula turun tak putus-putus
masukkan keria yang dah sejuk tadi
gaul sampai gula bersalut ( cepat-cepat )
lepas tu terus tutup api
sambil terus kacau hingga gula kering
SIRA GULA MELAKA
1 cawan air
1 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
1 sudu besar minyak
caraya sama macam sira gula pasir atau boleh rujuk video
Terima kasih
Oct 11, 2021
Home
Unlabelled
Malaysian Food Life # Sweet Potato Donuts Kuih Keria
Malaysian Food Life # Sweet Potato Donuts Kuih Keria
About Azlita Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
8 comments:
This site is a great stepping stone for any player that is just getting started with online gambling. 파친코사이트
I appreciate your hard work for writing this awesome article. 토토사이트
I am really grateful for your blog post for giving a lot of information
바카라사이트
Suka kuih ni. Tapi selalu failed bila bab menyira.Hu3.
Thanks for posting a valuable and informative blog. Further, watch this man made Khorfakkan Waterfall in Dubai.
Tautan untuk bandar terbaik casino online termurah OLE777 https://www.weprinciples.org/ole777casino/
bestnya boleh buat kuih, saya masih tak pandai lagi, hehehe
hebat boleh buat kuih sedap sedap
Post a Comment