Daging salai masak lomak cili api, bawal goreng dan sambal mangga muda. - masam manis f

Breaking

Sep 15, 2020

Daging salai masak lomak cili api, bawal goreng dan sambal mangga muda.



Ada request minta kak ita tunjuk cara nak buat daging salai. Biasa inilah cara kak ita sediakan daging salai, salai atas tungku dapur arang. Tapi kak ita hanya gunakan tempurung kelapa dan sabut kelapa sahaja. Cara yang paling mudah yang kita boleh buat di rumah, yang selalu mak-mak kita dulu pun buat. Salai daging pun tak banyak, untuk sekali makan sahaja. Salai ni, daging hanya di masak menggunakan kepanasan asap sahaja. Kerana kita nakkan bau dan rasa asap pada daging. Salai daging ni ambil masa yang lama dalam 3-4 jam , tapi pastikan hanya asap je.. jangan ada api kalau tak rentung lah daging tu.. Menu simple ini kak ita gandingkan dengan ikan bawal goreng, telur asin dan sambal pelam muda. Sesekali kita menikmati hidangan kampung ni... memang berselera sungguh makan. Lebih lagi bila ada ulam-ulaman ikan masin pasti makan tak ingat dunia.... Bagi yang tinggal di bandar tak boleh nak bakar daging macam ni jangan risau. Bakar dalam oven juga. Letak tempurung kelapa dalam oven dan bakar hingga ia mengeluarkan bau asap. Masukkan daging dan salai atau bakar dengan suhu yang perlahan hingga daging kering. DAGING SALAI daging batang pinang cuci bersih gaul garam dan kunyit, perap sekejap salai atas dapur arang guna tempurung kelapa dan sabut hingga kering dan masak Bahan kisar 10 ~ 15 tangkai cili padi suka pedas lebihkan 3 batang serai ~ 2 kisar 1 ketuk 2 inc kunyit hidup 1 helai daun kunyit~ hiris 4 keping asam keping 2 batang rebung hiris ~ dan rebus garam dan gula secukup rasa * daging lepas salai, rebus kejap * cara masak rujuk video SAMBAL PELAM 1 biji manga muda ~ di racik halus bahan tumbuk 1 inc belacan 1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut 10 biji cili padi 4 biji cili merah 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih garam dan gula secukup rasa * cara masak rujuk video Terima kasih kerana sudi menonton jangan lupa surport chanel kak ita dengan like, komen dan subscribe terima kasih atas sokongan

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baru baca resipi dah terasa sedapnya.. nak layan video pulak.

saya pun kerap masak daging salai, tapi beli yg frozen, hihi

Post Top Ad

test