DAGING GULAI KAWAH - masam manis f

Breaking

Jan 4, 2011

DAGING GULAI KAWAH

Assalamualaikum...

Masak apa hari ni...? ita masak Daging Gulai Kawah. Ita suka lauk daging gulai kawah ni, kalau balik Kelantan mesti pak cik suami ita akan tapawkan bawak balik JB. Gulai kawah pak cik suami ita tu sedap sangat , tapi sebab orang meniaga kita nak mintak resepi segan pulak...

Kedai makan pak cik suami ita ni terletak di bandar Kota Baru, pernah masuk Majalah 3 kerana adalah sorang pekeja kat kedai dia tu yg kira cepat tak payah pakai caculator... siapa ingat ! nama kedai dia kalau tak silap ita HOVER tak tau lah ita apa maksud dia tu... pada yg duduk KB mesti tau kan?

Tapi resepi gulai kawah hari ni bukan la resepi pak cik suami ita, ini resepi Chef Hanieliza, sedap jugak... boleh lah klu nak merasa Daging Gulai Kawah. Jom kita intai2 resepinyer...


MyKitchen's Recepi

DAGING GULAI KAWAH
By: Chef Hanieliza

500 gm daging lembu
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
2 keping asam gelugur
Minyak masak utk menumis
garam secukup rasa
air secukupnyer
rempah tumis - 4 sekawan

Bahan B - dikisar
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc halia
1 inc lengkuas




"DO IT YOURSELF"

Daging dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan airnyer.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum
masukkan bahan yg dikisar dan masak hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata.
Apabila sudah pecah minyak masukkan santan pekat, asam gelugur, garam dan gula merah.
masak sehingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post Top Ad

test