Jun 23, 2017

Agar-agar Soya Cendol Gula Melaka


Assalamualaikum

Ita pasti ramai para suri rumah di luar sana yang sudah semakin sibuk memenuhi dan mencukupi kelengkapan menyambut kedatangan Syawal. Ialah kita kan nak sambut hari raya, pasti banyak persiapan yang perlu di siapkan.

Selain sibuk membuat biskut raya, membeli baju raya, menjahit langsir, mengecat rumah dan mengemas, pasti sudah mula berkira-kira apalah juadah yang nak di sajikan di pagi hari raya nanti.
Semakin hampir hari raya semakin meriah rasanya.. ada antara kaum keluarga yang telahpun pulang ke kampung. Pasti penguhujung Ramadhan ni nak di habiskan bersama ibu, ayah dan sanak saudara tercinta.

Hari ni ita nak kongsikan satu hidangan pemanis mulut yang mudah dan ringkas untuk di sediakan tak kiralah nak di hidangkan untuk berbuka puasa pada penghujung Ramadhan ni.. atau pun untuk di hidangkan pada hari raya nanti. Cara membuatnya yang cukup mudah dan ringkas di tambah lagi dengan kejadiannya yang unik pasti menjadi kesukaan ramai.



AGAR-AGAR SOYA CENDOL GULA MELAKA

10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula halus
1 cawan Soya Yeo's
2 cawan cendol
1 cawan gula Melaka
1 helai daun pandan ~ di simpul



Satukan gula halus, air, agar-gar dan daun panadan dalam periuk dan masak hingga agar-agar laut dan mendidih
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian
Panaskan semua, 1/3 bahagian dan masukkan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan gula melarut
Setelah didih , tapis
Tuang dalam loyang dan biarkan hingga hampir keras
Panaskan pula 2/3 bahagian agar-agar
masukkan air soya dan cendol
Bila bahagian gula Melaka telah sedikit keras, cucuk-cucuk permukaannya dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan soya cendol perlahan-lahan
Kemudian sejukkan
Bila dan keras bolehlah di potong dan di hidangkan dingin





Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya. Walaupun Ramadhan sudah semakin meninggalkan kita, namun keberkatannya masih lagi kita boleh kongsi bersama di hari raya pula.
Yeo's mengajak kita semua bersama-sama dengan kempen Yeo's BERKAT DI RASAI BERSAMA agar menggalakkan kita berkongsi nikmat dan rezeki bersama-sama dengan saudara-mara, sahabat handai malahan dengan jiran tetangga juga mereka yang memerlukan. Yeo's ingin menjadikan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang penuh dengan keberkatan ini dapat di rasai bersama-sama. Jadikan minuman Yeo's sebagai salah satu keberkatan untuk di kongsikan bersama-sama dan jangan lupa memilih Yeo's sebagai salah satu juadah untuk di sajikan pada hari raya nanti. Salam Ramadhan dan selamat menyambut Hari raya Aidil Fitri. 



Jun 16, 2017

Orange Coktail


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi minuman yang enak, segar dan nyaman dan pasti di sukai ramai.
Minuman orange coktail ini bukan sahaja sesuai untuk di sediakan sebagai pembasah tekak di bulan Ramadhan, malahan ianya amat sesuai untuk di hidangkan pada tetamu di Hari Raya nanti.

Bukan itu aje.. ianya sesuai untuk di sajikan pada jamuan rumah terbuka, majlis kenduri-kendara atau jamuan ringan di pejabat atau di rumah.


Minuman yang sangat mudah di sediakan, cepat dan ringkas dan rasanya cukup segar dan nyaman.
Ita selalu sediakan minuman ni bila ita buat jamuan ringkas di rumah. Ianya bukan sahaja minuman malahan boleh ita katakan sebagai dessert yang ringan untuk tetamu.

Selain buah-buahan coktail anada juga boleh letakkan jelly dalam minuman ni. Sediakan jelly kjosong atau jelly oren, dadu kecil atau parut halus, letak dalam minuman ni.. pasti terasa liut-liut bila di nikmati.

Ita tau pasti ramai yang dah tak sabar kan.. nak tahu resepinya. Jom ita kongsikan


ORANGE COKTAIL

Orange Sunquick
Air gula secukupnya
Buah-buahan coktail dalam tin
nata de coco
Jelly di sagat atau di keruk
Ketulan ais
air secukupnya

Sediakan air orange Sunquick bersama, air dan air gula secukup rasa
Letakkan buah-buahan coktail bersama airnya
Letakkan nata de coco dan jelly secukupnya
Akhir sekali letakkan ketulan ais
Sedia di nikmati bersama keluarga



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.