Selamat tengahari semua.... mesti semua tgh terfikir2 nak makan apa lah hari ni kan... kadang2 susah jugak jadi orang dapur ni... dok nak kena fikir nak masak apa lah tuk menjamu keluarga. Kang masak yg sama aje ttu bosan pulak kan??.. Ita ni kadang2 pun tak tau nak masak apa... kalau masak pun nak kena pulak fikirkan bersesuaian tak dgn selera keluarga. Kadang2 kalau masak yg tak kena dgn anak tekak ni tak berusik pulak kawan tu... satu pembaziran jugak kan...
Masak ni sebenarnyer tak lah susah mana sebab semua bahan yg diperlukan sama aje... bawang putih dan bawang merah dah mmg asas dalam setiap masakan. Garam dan gula atau serbuk perasa pastikan semuanyer secukup rasa dan bersesuaian dgn selera keluarga.... Yg paling utama dalam memasak adalah kita kena pandai merasa setiap lauk-pauk yg kita masak... sesuaikan masam manisnyer... barulah setiap hidangan yg disajikan nampak menyelerakan....
Hari ni ita nak berkongsi satu lagi resepi yg pada ita sangat menyelerakan dan sedap! resepi dari Pak Engku yg terkenal dgn Kuzie Catering nya... Sentuhan air tangan dari Pak Engku ni mmg sedap! setiap resepi dari Pak Engku yg telah ita cuba, pastinyer menjanjikan hasil yg menyelerakan... Kali ini ita kongsikan resepi yg ita ambil dari buku masakan beliau "Resepi Kenduri Kahwin" iaitu Nasi Butter. Nasi ni mmg sedap lembut dan lemak. Cuma ita ada buat sedikit kesilapan ketika memasak... ini lah akibat tak membaca setiap arahan dgn betul... mujur hasilnyer tidak menghampakan.... malah makin enak dan lazat... nak tahu apa kesalahan yg telah ita lakukan... ita telah masukkan sekali kismis dan badam semasa menanak nasi, yang sepatutnyer diletakkan hanyer sebagai taburan setelah nasi sedia untuk dihidangkan... oleh kerana itu nasi ita tak berwarna kuning butter jernih seperti dalam buku masakkan pak Engku...
Ok lah setelah penat membebel marilah ita bawa kedapur untuk kita lihat cara2 penyediaan nasi Butter ni.. yokkkk...
MyKitchen's Recepi
NASI BUTTER
By: Pak Engku
1 kg beras basbathi - dicuci bersih dan ditoskan airnyer
300 gm mentega
garam secukupnyer
1 tin susu cair
100 gm kismis - digoreng
100 gm badam - digoreng
air - secukupnyer (biasa sukatan air bersamaan dgn sukatan beras)
Bahan tumis
3 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar - dipotong 1/2 inc
2 biji cili merah - potong memanjang (utk hiasan)
Rempah tumis 4 sekawan - (ita tambah)
"DO IT YOURSELF"
Panaskan mentega dan masukkan bahan yg dikisar. Masukkan rempah tumis,dan daun pandan biar tumis hingga naik bau. Masukkan air secukupnyer, susu cair dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan beras dan daun ketumbar. Dan biarkan nasi tanak sepenuhnyer.
Ketika menghidang taburkan dgn kismis dan badam yg telah digoreng tadi. Taburkan juga cili hiris dan daun pudina.
Ita masukkan kismis dan badam sekali semasa memasukkan beras ke dlm periuk nasi. Oleh itu nasi ita agak kecoklatan kerana campuran dari daun ketumbar, kismis dan badam. Kalau lihat pada buku dan hasil air tangan Pak Engku nasi ini akan berwarna kuning Butter.
Ok setelah kita melihat cara menyediakan nasi Butter ni, ita akan kongsikan juga lauk yg ita makan bersama dgn nasi butter ni... lauk ni pun sedap dan sungguh menyelerakan dan amat sesuai pula digandingkan dgn nasi Butter ni... jap lagi ita masukkan eh...
3 comments:
wahh..kak ita..
sedappnya tengok nasi butter tu...
mas tak pernah try lagi..
masuk list resepi ni..he..he..
Assalam ita nampak cantik je nasik ita tu berderai sy suka nasi camgitu
Salam kak, menarik sungguh..tak sabar nak mencuba resepi ni..tapi nak tanya, badam ke gajus sebenarnya yang digunakan dalam resepi ni?
Thanks.
Post a Comment