DAGING KUZIE CATLYE - masam manis f

Breaking

Feb 23, 2011

DAGING KUZIE CATLYE

sepertimana yg telah ita janjikan tadi... ini lah lauk yg ita makan dan ita lawankan dgn Nasi Butter tadi. sedap tau lauk ni walaupun susahnyer nak menyebut... Walaupun nama lauk ni daging kuzie tapi tak de pulak digunakan rempah kuzi dalam masakan ni...


Bau dia sangat sedap dan harum... mungkin gabungan dari rempah kari dan rempah kurma. Mmg sedap dan menyelerakan dan serasi dgn selera kami sekeluarga. Ita rasa selain daging ia juga sedap kalau kita gunakan ayam atau kambing... cuba lah... masak ni perlukan kreativiti, juga ikut selera dan citarasa masing2.... Jom lah tak yah nak berceloteh panjang lebar kita salin resepi dulu sementara ita siapkan pencuci mulutnyer...

MyKitchen's Recepi

DAGING KUZIE CATLYE
By: Pak Engku

1 kg daging batang pinang - dipotong dan dicuci bersih
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili merah - dibelah 2
3 biji cili hijau - dibelah 2
1/2 tin susu cair
1/4 tin tomato puri - (ita tak gunakan tomato puri ita gantikan dgn tomato buah yg ita cincang halus sebab ita tak berapa suka bau tomato puri tu...)
10 biji badam
100 gm rempah kari daging
50 gm rempah kurma
garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Tumis
2 sudu minyak makan
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan  tumisan hingga naik baunyer. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air. Bila naik minyak masukkan tomato puri dan juga susu cair.
Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. ita masukkan juga 1 kiub daging.
Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan badam.
Boleh lah dihidangkan bersama nasi kesukaan anda... dan nasi yg ita pilih untuk dimakan bersama lauk ni ialah Nasi Butter.


Sukatan untuk setiap resepi ni bergantug pada jumlah keluarga. Ita kurangkan setiap bahan kerana tentera ita tak ramai cukup lah makan untuk 3 mulut sahaja. Jadi pada yg nak mencuba jangan takut dgn sukatan yg banyak kerana kita boleh kurangkan setiap sukatan bergantug pada jumlah ahli keluarga dan citarasa kita. Kita boleh juga menambahkan apa2 bahan lain yg kita suka seperti kentang, carot atau tomato buah untuk menambahkan viriety dlm masakan... selamat mencuba...

6 comments:

Ummi said...

Salam Ita, waaaaaaaah teruja tengok daging kuzie nih....mengancam...kena try nmpaknya...adehh kena tunggu angin rajin dulu la Ita...maleh nak masak nasi set gini..hahaha

Mas said...

memang kena daging ni ngan nasi butter tadi kan kak...
tengok jer dah tahu sedapp..

Unknown said...

kak ita nk order 1 set nasi ngan daging ni kak...sungguh menyelerakan lah..haha btw ni bawa kari ayam hijau thai utk akak semangkuk ni ...dh cuba masak resepi tu..tq sharing yer..:)

hani said...

salam kak,
gandingan idea dgn nasi butter akak..sesekali dpt makan macam ni, mmg terangkat

Deliah's Deli said...

suka la tgk blog ita ni..resepi sedap2 n gambar pun cantik2...salam kenal :)

shahliza81 said...

kita dah buat kak daging ni gn nasi butter tu..sedap sgt..abg pun suka kuah daging ni..lain dr yg lain katanya..cuma kita pekat skit la..tak macam akak buat kering kan..sbb guna santan..abis stok susu cair masa tu..nati bleh buat len kali plak.tq bg respi yer kak

Post Top Ad

test