SAJI oh! SAJI - masam manis f

Breaking

Apr 21, 2012

SAJI oh! SAJI

Assalamualaikum


SAJI oh! SAJI
Dah berapa kali dok berulang alik ke kedai untuk mendapatkan majalah yang satu ini.. adoii.. setiap kali itu juga ia masih tak muncul-muncul.. kenapa lambat pulak munculnya SAJI bulan ini??
Aduyaiii... buat suspen aje...
Debaran semakin terasa bila ramai rakan-rakan yang telah mengucapkan Tahniah di FB tak kurang juga yang menghantar email dan msg, terima kasih banyak-banyak ye.. terharu sangat dengan ucapan tahniah yang tak putus-putus.. Makin meledak gelora dijiwa kerana majalah SAJI belum lagi berada dalam gengaman ita..
Aduyaiiii.. mengurut dada.. sabar... esok lusa sampailah tu.. nak meredakan gundah gulana..

Pagi ni dalam awan hitam yang berarak kelabu, ita meredah hujan lebat untuk mencari buah hati pengarang jantung yang satu ini..
Dengan tersipu-sipu malu.. sebab dah berapa hari dok bertandang ke kedai apek ni.. takut jugak dimarahi.. ayak!...
" apek, itu majalah SAJI sudah sampai belum?"
" aya... mau itu SAJI jugak ka... ala apa itu dalam SAJI???"
" ada resepi lah apek.... mau masak.."
" lain punya tak mau ka??"
" lain sudah beli.. ada tak pek?"
" aya.. mayak kesian la sama lo... hali-hali latang cali SAJI... ala ala... nanti wa ambil.. belum bukak tali lagi.. "
Yesss!!..
" Aya sebab hali-hali latang..  hali ni wa kasi  free..."
" eh! ye ke ?? aya.. lu manyak baik lah apek.. terima kasih manyak-manyak aaaaa.."
" nanti bila sudah masak hantar sini sikit maaa..."
"ya lo.. ya looo.. hihi "
Ada ada aje apek ni kan..

Fuh! lega bila SAJI sudah berada dalam gengaman..
Sehelai-sehelai,  helaian SAJI ita selak dan akhirnya terhenti di situ...
Alamakkkk!!! segannya... aduyaiii...
Sebaris-sebaris ayat ita baca.. sayu pulak rasa dihati..
Terima kasih Ila kerana memberikan akak peluang untuk muncul dalam majalah SAJI bulan ini..  Tiada ucapan lain yang dapat ita ucapkan selain rasa syukur dan terharu.. Terima kasih semua..


Di kesempatan ini ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua team majalah SAJI bulan Mei ini, teristimewa kepada wartawan eksekutif adik Rosparadila Abdul Rahman yang telah memberikan ita peluang untuk berkongsi cerita suka duka dan pengalaman selama 1 tahun setengah ita mengemudi blog Masam Manis, untuk dikongsikan kepada semua  pembaca setia majalah SAJI.

Jutaan terima kasih juga kepada juru foto, Nasirruddin Yazid yang banyak membantu ita sewaktu sesi photography hari itu. Ialah kita biasa ambil gambar masakan bila orang nak ambil gambar kita terasa kekok pulak hihi
Adoii.. macam-macam aksi yang disuruh ita lakukan.. haha ita ni pulak adoiii keras kejung.. almaklumlah.. segan pon ada jugak! hihi bukan model atau artis la katakan... hihi  jadi tak biasa lah.. haha yaaa.. adaoooo  hihi kesian pada Nasirruddin.. sabar aje lah kan..

Terima kasih sekali lagi kepada Utusan Karya Sdn Bhd, kepada semua Sidang Redaksi, Unit Kreatif, Unit Jurugambar dan semua pengurusan yang terlibat.

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Kemunculan ita kali ini bersama resepi Kek Keju Oreo dan step by step cara membuatnya. Kalau ada yang perasan sebenarnya kek ini pernah di siarkan oleh seorang rakan bloger di blognya di SINI.  Ibarat kata orang pucuk dicita ulam mendatang. Kedatangan CT ke Johor Bahru hari tu bagaikan langkah kanan kerana kebetulan ita baru sahaja menyiapkan kek ini dan inilah kek istimewa yang ita kirimkan pada CT sebagai buah tangan..

Di kesempatan ini juga ita ingin mengambil peluang sekali lagi untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan tak kiralah di blog atau di FB yang telah banyak memberikan ita sokongan, yang sentiasa memberikan ita kata-kata semangat dikala  ita sedih dan gembira

Terima kasih kerana setia menemani blog Masam Manis, sentiasa meninggalkan pesanan yang tidak mampu ita balas kesemuanya.. kerana masa ita yang cukup terbatas.. insyaallah jika ada peluang ita akan cuba untuk memperbaiki keadaan...

Terima kasih kepada Kak Zuraini, CMG, Chef Amer, Kak Ummi, Dr. Ezani dan beberapa rakan lain yang awal-awal lagi telah mengucapkan tahniah pada ita.. walaupun pada masa itu majalah SAJI tak keluar lagi dipasaran...  Terima kasih sekali lagi ye..

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan dan chef- chef yang sudi berkongsi resepi, dan memberikan ita peluang untuk mencuba dan kongsikan di blog ita..

Istimewa ucapan kali ini ita tujukan kepada keluarga tersayang, kepada suami yang sentiasa berdiri teguh di belakang ita, yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Tidak lupa kepada tulang belakang Masam Manis, anak-anak tersayang yang bersusah payah melahirkan blog Masam Manis, sentiasa memberikan emaknya idea dan ilham untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pengunjung Masam Manis.


Akhir salam daripada ita buat semua..
Jangan lupa dapatkan SAJI dipasaran ye!

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung


120 comments:

Amie said...

Selamat petang Ita,
tumpang bangga & gembira... teruskan usaha meriahkan dunia masakan tanahair kita ye Ita.

Azlita Aziz said...

Selamat petang Amie

Terima kasih
Insyaallah kita sama2 meriahkan dunia masakan dan dunia blog masakan sama2 ye!

Cheq Sue said...

tahniah kak ita...untuk sekian kalinya MASAM MANIS muncul di majalah. semoga bermanfaat untuk semua :)

Makanan Kesihatan said...

x pernah comment kat blog akk..tahniah kak masuk majalah..nnt saya pun nk cube la buat cheesecake oreo ni. msti sedap..

Gee® said...

Tahniah Ita...k.gee dh beli Saji tu...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Aisy..
Terima kasih juga kerana sudi berkunjung..
Insyaallah.. cubalah harap2 ianya menepati selera aisy dan keluarga

Puan Eka said...

tahniah kak..
eka memang suka sangat tengok akak berjaya camni..
dari mula2 baca blog akak eka dah rasa kagum....

sampailah eka baca hampir semua resepi....

sekarang bila makcik tanya resepi je,cecepat google..contoh

kuih lopes masam manis
karipap masam manis

masam manis mesti ada.hihi

makcik kata,memang tak kedekut resepi akak ni..

tahniah sekali lagi..

Azlita Aziz said...

Terima kasih kak Gee

Kak Gee banyak bagi ita sokongan.. terima kasih banyak2

Azlita Aziz said...

Terima kasih Eka..

Terharu akak membaca coretan eka
Alhamdulillah jika setiap resepi menepati citarasa..

Terima kasih juga kepada penyumbang resepi yang telah memberikan akan peluang mencuba dan kongsikan bersama

Unknown said...

selamat petang yang dekat magrib kat sini Ita,wah tahniah ya,akak memang tak miss majalah saji setiap bulan,pasti nak cari kat kedai mamak berdekatan ni nak hafal semua resepi Ita dan buat heeee tahniah lagi sekali ya

Unknown said...

mesti nak beli jugak majalah saji ni nak baca satu persatu pasal chef blog ni heheee TAHNIAH ya Ita

Puan Eka said...

sama-sama kak...

:)

Jase Jamin said...

tahniahhhh!!!!!!

Sufaini Bidin said...

congrats kak ita...i really really proud of u...ur passion really inspired me...really want to see u personally...

ilahjy said...

salam dek ita lawa cygg.. wah meremang bulu roma kusss... bangga kembang kempis idung kusss membaca..
nak cari saji nak cari saji nak cari saji....bila sebut pasal ada kwn masuk majalh pasti kak ilah p cari..sampai cerita pada toke kedai pasal kwn masuk najalah..tapi toke kedai buat dak jer..mcm tak faham..adoiii aiii..punyalah kak bangga dgn semua kwn2...tahniah ya dek ita dan anak2 serta suami yg byk mmbantu terutama wayang kat atas tu best....dulu2 sebut wayang...la ni panggil video la cd laa tv laa dll hehehe...mmg kretip..nak g belajauu lah canon dah ada tuuu..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Tahniah Ita, seronok mendengarnya. Yatie tumpang gembira dan berbangga....sememangnya Ita mmng layak menerima pengiktirafan ini...moga terus suksess di masa2 akan datang. Kali ni mesti nak cari juga majalah Saji...lama betul tak beli majalah.....keranamu Ita...akan ku beli juga buat kenang2an...

rahel said...

Selamat petang Kak Ita,tahniah yer Kak,semoga makin byk resepi2 yang menarik..oh ya dah lama Rahel tunggu resepi kek keju oreo ni,kagum sangat nampak hari tu Kak dapur Kak Ct Delima..sungguh menyelerakan.

dapurCikWan said...

Tahniah Kak Ita. baru je baca saji Mei! =)

Azlita Aziz said...

Selamat malam kak Noor

terima kasih kak
Ita pon pelangan setia majalah SAJI jugak! mesti nak beli sebab suka tgk resepi dalam tu yg sedap2 dan terkini..

adoiii..jauh naaa.. nak jadi chef blog tu kak.. aduyaiii.. segan ita
Btw terima kasih kak Noor atas sokongan..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Jase Jasmin

Azlita Aziz said...

Terima kasih Sufaini..

Terharu akak :)

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Yatie

Terima kasih..
Yatie adalah juga idola dan semangat ita..

Terima kasih atas segala dorongan dan kata-kata semangat..
Semoga kita sama2 terus berblog dan mewarni lagi blog masakan

miss you!

Azlita Aziz said...

Selamat malam Rahel

Terima kasih juga dari akak
Insyaallah nati akak kongsikan resepinya di blog ye!

Azlita Aziz said...

Terima kasih Cik Wan

Terima kasih juga kerana memberi sokongan pada majalah SAJI

Unknown said...

Tahniah kak Ita! tumpang gumbira juga..kalau akak tak share cerita kat blog ni sure saya pun tak tau.ya la dok jauh ni mana nk dapat majalah saji ni kan,,kalau kat Msia dah lama dah saya cari..hehe

Azlita Aziz said...

Terima kasih Nieza,

Ye la Nieza ini pun adik2 yg kat luar negara juga yg minta akak sharekan di sini sebab mereka tak dapat nak beli majalah SAJI ni kan..
tak pe lah.. hihi boleh baca kat sini jugak! tapi yang lain2 cerita dan resepi dalam SAJI ni pon menarik!

terima kasih sekali lagi..

liemaopurut a.k.a ana said...

tahniah kak ita. semoga kak ita sentiasa sajikan kitorang dengan macam2 jenis resepi dan masakan yang best2. tahniah sekali lagi ;p

Azlita Aziz said...

Terima kasih ana
insyaallah..:D

Choco Ani said...

Assalamulaikum Ita.. Tahniah Ani ucap kan.. wah teruja nak dpt kan majalah saji.. besok pagi Ani cari.. ;)

Moga Ita sekeluarga diberkati Allah..

Elly_z said...

Salam dan tahniah Kak Ita! Saya pun tumpang bangga.. Siap update kat hubby, alih2 kena btg idung sendiri.."jgn baca jer.. Cubalah wat resipi tu.. Abg nak gak rasa.."... Hehehe... esok saya cari majalah Saji!

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Ani

Terima kasih..
Terima kasih juga atas doanya.. semoga Ani dan keluarga juga diberkati.. Amin

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Elly-z

hihi gelak akak baca..
eeemmm kena lah buat tu..

Btw terima kasih atas ucapan tu ye!

MekNa said...

Assalamualaikum kak ITa...TAHNIAHHHHH .....saya terus cari Majalah SAJI bila tahu ada resepi kak Ita kat bulan nihh...tahniah kak

RASA HATI said...

Tahniah...saya seorang peminat..anda..terima kasih berkongsi RaSa...

Love2cook Malaysia said...

I've got the mag free from Saji already kak...hehe. Just had the time to congratulate you. Wonderful as always! ;)

Unknown said...

wahhhhhhhhhhhhhhh

ayu mau cari majalah saji gak, nanti nak bt entry.. heheheh

tahniah kakakku

ogyep yummy mellow said...

Tahniah Kak Ita... Bravo... bravo... bravo... keep up your good work..

lynn said...

Assalamualaikum kak Ita, Saya pembaca setia blog akak nie dari jauh. Amat kagum dengan hasil tangan Kak ita..pernah memcuba resepi2 dari akak memang sedap dan cantik. selalu mendapat pujian dari kawan kawan. Terima kasih byk2 atas tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung.

Selama ni tak pernah tidak terlintas untuk menulis komen tetapi kerana malam tadi termimpi kak Ita...hahhaa...rupa2nya kak ita keluar kat majalah Saji...Tahniah Kak Ita..saya tumpang gembira dan bangga sekali....

Chah said...

whoaa...tahniah kak! saya selalu tetinggal ketapi, tapi janji sampai jugak kan...semoga menjadi pencetus dan pembakar semangat utk terus hidangkan kami dengan sumting yang lazat2 lagi ok...:)

Unknown said...

Tahniah k.ita!!!!! u are great sis..keep it up!!! i always follow u..:))

Nur-nba said...

Tahniah sekali lagi... Memang nampak keunikan dalam setiap entri masakan dalam blog ni.. Peminat akak tentu bertambah lagi lepas ni.. Moga Kak Ita terus menempa kejayaan.. Esok nak cari juga Majalah Saji.. :)

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak.
Masa baca kat fb ingatkan resepi akak yang masuk saji. Petang tadi masa belek2 kat pasar malam tengok tuan citer pasal tuan empunya badan ada sekali, terus saya bayo.

Tahniah kak. Tadi saya ambik 1 gambo kat atas, tempek kat MH. Takpe kan kak??

asyifamustaffa said...

Tahniah kak.Ita...
Nie x sabar nak p kedai bsok nie......

zila norazila said...

salam kak ita
bangga dgn akk..masakan akk mmg ada klss tersendiri..smoga lps nie lbh deeboommm kak..hidup johorr..he hehe sry terover pulak kak..:)

HomeKreation said...

Aslmkm & tahniah Ita. Along tumpang gembira, nanti esuk nak gi cari gak lah majalah ni buat koleksi & kenangan teman2 blogger.

daliana said...

congrats kak!!!mmg faveret kalo online wajib jenguk blog akak.harap2 satu hari kte dpt berjumpa ye kak :)

!eNa PnG said...

Tahniah kak Ita...

Anonymous said...

Tahniah sis...apapun hasil air tangan sis mmg menakjubkan..

dZana said...

tahniah ita.. smga terus bersmgt utk berkarya..

The Cendol Champion said...

Tetiba yatie pulak rasa terharu...semoga kak ita lebih bersyukur dgn kurniaan Allah SWT,

Salam sayang kak ita

fAtrinA said...

Waaah best! Tahniah akak..memang best blog akak ni..xmasuk sehari xsah. Gambar tu mng walllahhh :)

Rozie said...

tahniah... memang terbaiklh kak ita ni.. semoga sukses selalu... selalulh kongsi resipi untuk tatapn kami semua... suka...

rostina76 said...

salam k.ita...saya sblm ni silent reader akak je tapi harini seronok sgt tgk akak msk dlm saji (hehe, dok imaging mcm kena tekup dgn tdg saji le plak, sorry2).congrats dr ros @brunei ni. lama dah xbeli magazine since @sini sbb rasa mcm mahai (kat msia rege RM5, kat Brunei pun depa ltk rege BND5....huhu dah jadi berganda)...tapi rasa mcm nak g beli la saji bln ni.

Kak Nik Ja said...

salam ita...setinggi2 tahniah...ari tuh nampak blogger ijan blog resepi masuk saji..kali nih ita pulak...tahniah kpd semua blogger2 masak...!never stop to improve ourselves!

mashitah said...

Tahniak kak ita...akak pencetus idea masakan untuk semua ....saya doakan kak ita terus sukses ye.....

Ain Fajar said...

salam k.ita..nak ucap tahniah jg kat akk walau terlamabat..mmg best blog akk nie mmg layak msk majalah..tahniah yer kak..semoga akk berjaya lagi..teruskan usaha..

Kiowa72 said...

Assalam Ita cayang, walaupun dah wish in advance (^___^), nak jugak letak kat sini, tp sorilah terlambat, baru balik dr kg kenduri arwah tokwan akak. Akak sentiasa teruja atas peningkatan demi peningkatan untuk Ita dan dapur Masam Manis...akak berbangga dengan wanita sehebat Ita di dapur dan sentuhan yang sentiasa menakjubkan... you deserve it dear! Tahniaaahhh beribu2 lemon Ita....muaahhhh!

Ummi said...

Assalam Ita, sori lah akak publish ucapan tadi terkeluar nama Kiowas tuh...adeeeiii, budak Aiman ni x sign out, akak tulis dan click je publish, terus dia save atas nama blog Aiman dah, x sangka lak dia x sign out...hehehee...sori eh... ^___^

Anonymous said...

salam... sy juga sorg blogger. baru selak buku SAJI yg umi beli tadi n terjumpa website blog nih. first time tengok trus jatuh cinta. pas ni boleh la refer masakan kat sini. sume gambar msakan nmpak mnarik n sdap. xsbar nk try resepi baru.. ^_^

HONEY LEMON said...

Tahniah Ita...semoga semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang sentiasa menjadi pujaan hati saya dan sentiasa membuatkan saya tertunggu-tunggu masakan Ita....Blog Ita sudah menjadi buku resepi untuk saya...Tahniah sekali lagi...

Mat Gebu said...

Tahniahhhhh!!!....kak, yang ni lah saya ucapkan "Tahniah" kat FB dulu, yang jadi ala2 misteri...haha, maaf yea buat akak tak leh tidur malam...Alhamdulillah....saya akan dptkan saji nanti... (^__*)

mama ju said...

Salam Ita.

Tumpang suka. Insyaallah nak beli majalah tu. Tabik sama ita( byk kali!)

H.U.S.M.Y.N.A said...

Tahniah kak Ita....seronok nyeee....

CT Delima said...

As'salam Ita

Alhamdulillah..rasa bersyukur dan tumpang rasa kegembiraan untuk Ita dan blog Masam Manis. Semoga Blog Masam Manis terus berkembang mekar dan jua memberikan idea2 yang menarik dan resipi yang enak2 lagi ya Ita...hehehe. Baru dapat beli SAJI siang tadi untuk ct simpan buat kenangan juga :D

Tahniah dari CT sekali lagi Ita...muahhhh!

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam...
Terima kasih Ani

Azlita Aziz said...

Terima kasih Mekna

Terima kasih atas sokongan

Azlita Aziz said...

Terima kasih Rasa hati..
sama-sama kita berkongsi rasa ^_^

Azlita Aziz said...

TQ Love
I really appreciated

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azliza.. sha yang paling lewat bagi ucapan tahniah buat akak... almaklumlah busy hari minggu begini.. TAHNIAH KAK! memang terbaik! all the best yaa kak muahzzz...:))) cantik! << ikhlas dan jujur ni...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ayu.. ^_^

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ogyep
TQ TQ TQ hihi

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam lynn

Terima kasih Lynn terharu akak membaca coretan Lynn

Alahaiii sampai mimpikan akak ye.. aduyaiii.. sayu pulak rasa hati akak..

Terima kasih sekali lagi atas segala sokongan

Azlita Aziz said...

Terima kasih Chah..

tak pe tertinggal keretapi pon.. hihi

insyaallah.. doa-doakan ye..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Asmah

terima kasih atas sokongan ^-^

Azlita Aziz said...

Terima kasih Nur nba

Semoga ianya menjadi yang lebih baik kepada semua

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam sam

alahaiii.. segan akak..
Terima kasih ye Sam

Azlita Aziz said...

Terima kasih Asyifa

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Zila..
yes!!.. hidup Johor hihi

Terima kasih ye Asyifa

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Along

Terima kasih ye Along..
Terima kasih juga atas segala resepi along yang pernah ita cuba!

Azlita Aziz said...

Terima kasih Daliana..

Insyaallah jika ada jodoh dan panjang umur kita pasti akan jumpa juga!

Azlita Aziz said...

Terima kasih Lena PNG

Azlita Aziz said...

terima kasih Ummiakid

Terima kasih kerana sentiasa memberikan akak sokongan

Azlita Aziz said...

Terima kasih Dzana ^-^

Azlita Aziz said...

Terima kasih Cahaya..
Insyaallah.. sentiasa doakan yg terbaik ye..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Fatrina..

cayang diaaa.. ^_*

Azlita Aziz said...

Terima kasih Zie

Insyaallah jika diizinkan Nya

Azlita Aziz said...

Terima kasih Rostina

Terharu akak
Terima kasih sangat2 diatas segala sokongan.. semoga Ros dan keluarga diberkati..

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam
Terima kasih Mokwo

Semoga blog masakan semakin ceria dan sentiasa mendapat tempat di hati setiap pengunjung..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Mashitah

Terima kasih atas sokongan dan doa..

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam
Terima kasih Ain Fajar..

laa.. tak lambat.. hihi cuma akak aje yg selalu lambat reply..

terima kasih sekali lagi ain atas sokongan

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam..

Tu lah.. semua ucap tahniah hari tu kan.. ita pon terpinga2 adoiii.. terlupa pulak ttg majalah SAJI ingatkan lambat lagi.. hihi

Terima kasih kak Ummi, akak adalah sumber inspirasi ita di dapur dulu kini dan selamanya..

Sama2 kita warnai dunia blog masakan ye kak..

Cayang akak jugak muah! muah! ^-*

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ain Syafieqa kerana sudi jenguk Masam Manis

Salam perkenalan juga dari akak

Azlita Aziz said...

Terima kasih Honey
Sayu hati ita membaca baik-baik kata2 Honey..
Terima kasih banyak-banyak ye..

Semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua..

Azlita Aziz said...

Terima kasih Mat..

Haha tu lah akak punya suspen, Mat tahniah kat akak utk apa pulak hari tu..
Aduyaiii... seingat akak, akak tak tersenarai dalam anugerah Bintang Popular Berita harian hihi ^_*

Terima kasih Mat, kerana sentiasa memberikan akak sokongan, memberikan kata2 semangat untuk teruskan minat berblog..

Mat antara bloger yang sentiasa buatkan akak teruja untuk mencuba resepi dan memasak setiap hari..

Terima kasih sekali lagi..

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam
Terima kasih Mama JU

Terimakasih atas sokongan ^_*

Azlita Aziz said...

Terima kasih HUSMYNA

^__^

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam CT

Terima kasih CT
Alhamdulillah berkat sokongan dan galakkan dari rakan-rakan dan CT juga

Semoga dua blog masakan semakin ceria.. se cerianya sinaran mentari..

Terima kasih kerana sentiasa memberikan ita sokongan.. ita amat2menghargainya..

sampaikan salam buat anak2 dan keluarga Ct ye!

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Shariah..

Terima kasih shah
Aduyaiii.. segan akak ^_*

Nuridah said...

Assalamualaikum Ita,

tahniah buat Ita semoga terus berkarya dan sememang nya you layak mendapat penghargaan ini...teruskan niat iklas mu itu.

miss3 gurl said...

Tahniah ita & terima kasih krn sudi berkongsi resepi2 yang mabelessss!!!smoga ita terus sukses & suatu ari nnt ieda arap akan ada keluaran buku masakan ita sendiri..

idafirdausi said...

congratulations kak.. x sabar nak beli SAJI :)

MamaFaMi said...

Tahniah Ita... you deserve it.

Hody Loh said...

Tahniah......i love your blog so much..so nice..

ismi nisa said...

Tahniah..Kak Ita.nak cari majalah saji la balik nnti

aJa said...

waaaaahhh kak ita,....beshnyer

tahniah ya kak...mesti g cari SAJI lepas ni...

:)

Senora Homemade Kek said...

As salam K.Ita,

TAHNIAH! nothing more to say coz you really deserves it... Blog kak ita memang menjadi tatapan setia kitorg di Homemade Kek, cuma jarang mengomen.. hehehe.. Semoga makin maju blog kak ita ni...

Aiza said...

Tahniah buat Kak Ita...
teruskan memasak,berkarya dan berkongsi dengan semua...

Thumbs up! Keep it up sis!! (^_^)

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam kak ita
tahiah .............

semoga lepas ni lagi baaanyak idea2kreatif yang kak ita hasilkan. Hanim suka tengok blog kak ita. Menjadi pencetus dorongan pada hanim utk memasak bila tengok hasil tangan kak ita.

all d best kak ita

fazian.batrisyia said...

tahniah...kak ita mmg layak masuk majalah selalu. byk idea & resepi best dlm blog akak...

RINDU MAMA...semasa ada dihargai,setelah tiada jangan ditangisi said...

Saalm..Dik Ita memang layak masuk majallah...blog masak Dik Ita yang terbaik satakat ni...teruskan dengan resipi2 lain yang terbaik dari ladang...!!he..he...

Ayu said...

Assalam Ita,
tahniah buat ita for being featured dalam majalah saji bulan mei ya..
semuga bertambah2 lagi being recognised blog ita di dunia persana blog masak2 nikan..tumpang happy dan bangga buat ita ....teruskan berkarya ya..

Watierman said...

Assalam Dik Ita...ooops terlambat sudah...nak juga Akak ucapkan Tahniah buat Ita atas pengiktirafan Majalah Saji terhadap blogger masakan...dan Ita sememangnya calon yang paling tetap...Akak dah lama kagum dengan kreativity Ita dalam dunia masakan dan seni persembahan makanan yang disediakan...Keep up the good work Dik!!Congratulations!

Hawa said...

kak ita bestttt

Zalia said...

Tahniah kak Ita... kek tu menggoda betul la. Hehe

Ida,Japan said...

slm kak Ita....baru sempat terjah sini kak....sgt sibuk sejak dua menjak ni,..blog pun dh terbiar dh.adehhh.wahh!k'ita & masam-manis semakin meletop2..syabas kak! Sekalung jutaaan tahniah ida ucapkan..keep up with good job kak

Aini Iskandar said...

sukanya...... terharu saya kak ita !!! sayang kak ita, mmmuuuahhhh ....
saya doakan semoga kak ita akan lebih berjaya di masa hadapan...

IELA said...

Semoga Kak Ita terus rajin berkarya. Terima kasih sgt2 dengan segala kerjasama dan masa yang Kak Ita luangkan untuk ila dan team Saji. Jangan lupa lepas nie ada lagi resipi2 dan gambar2 Kak Ita yang belum keluar ^^... Keep in touch yer Kak Ita...

zatiwani said...

tahniah kat akak...kita nak beli majalah saji yang ini gak...tak sabar nak try resepi tue..heheheh

Sheery Dream Cakes said...

Tahniah akak ita dan masam manis...
moga akak akan terus maju jaya... :)maaf diana lambat sampai...

Unknown said...

saya dah dapatkan satu keluaran SAJI spt yg djnjikn..tibe2 ada org pelik,beli majalah saji :D
TAHNIAH k.ita

Post Top Ad

test