Lompat Tikam Kelantan - masam manis f

Breaking

Nov 5, 2015

Lompat Tikam Kelantan


Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain. Ada yang kata tambahan pulut itu adalah pengaruh dari Siam yang tak boleh berpisah daripada makanan berasaskan pulut.
Lompat tikam adalah makanan yang menjadi kesukaan ramai di Kelantan dan di makan tidak mengira masa. Di Kelantan ia di jual dalam bungkusan plastik dan sangat murah harganya jika di bandingkan dengan tempat lain. Kalau kat kampung ita di Kota Bahru anda masih boleh lagi membeli dengan harga 50 sen sahaja.. murah kan? tak pelik lah jika sampai aje ke Kota Bahru ini dululah yang di cari oleh suami ita.



Semalam ita hidangkan suami dengan makanan kesukaannya.. kata orang tua-tua.. kalau nak suami sayang kat kita.. kena jaga perut dia dulu... isilah perut suami dengan makanan kesukaannya sampai kembung.. haha pas tu mesti dia tak cari lain.. hihi betul ke? ya lah sebab perut dah buncit tak ada orang nak.. haha
Sebenarnya ita tergoda dengan lompat tikam yang di sediakan Cik Manggis. Tik tok.. tik tok.. air liur menitik atas keybord.. aduh.. dengan berkilat-kilatnya dia.. di tambah lelehan air gula Melaka tu.. pergh.. memang tak boleh tahan di buatnya.. menikam terus ke kalbu..  

Resepi ni ita masak ikut cara ita ya.. Ita kukus adunan hijau tu dan ita guna santan yang cair aje untuk adunan hijau dan ita letakkan sedikit garam supaya rasa lemak. Ikut resepi asal cuma masak atas dapur. Tapi ita masak kejap aje.. sampai dia berwap aje.. pas tu ita kukus. Anda boleh ikut mana-mana cara yang di rasakan sesuai.


LOMPAT TIKAM KELANTAN
Resepi Oleh : Cik Manggis
Adunan Hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan air ~ ita guna santan cair aje
6 helai daun pandan
secubit garam

Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis
Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. Ita tambah secubit garam
Kemudian di tapis
Masukkan dalam periuk dan masak hingga berwap.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk
Kalau tak nak kukus masak sampai pekat dengan api perlahan. Jangan lupa untuk senantiasa kacau supaya adunan tidak berbintil-bintil. Ita malas nak kacau lama tu yg ita kukus terus.

Adunan Putih / Kepala santan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau
Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan ni tak pekat ya.. kalau nak pekat lebihkan tepung beras.

Sirap Gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 cawan air
sehelai daun pandan ~ di simpul
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat
Angkat setelah masak dan tapis

Pulut Merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
1 cawan air atau santan cair
secubit garam
sehelai daun pandan ~ di simpul
Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan air hingga kembang
Kemudian cuci dan dan bilas bersih
Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit garam. 
Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak. Boleh juga di kukus


Cara menghidangnya, potongkan adunan hijau dan letakkan dalam mangkuk
Letakkan pula adunan putih atau kepala santan 
Kemudian hiaskan dengan pulut merah
Akhir sekali curahkan air gula Melaka
Apa tunggu lagi.. jom kita makan..





8 comments:

Roziah @ Cie said...

terliur dah nih. aishhhh

Rizziela said...

sedapnya...x pernah cuba lg ni

fazianbatrisyia said...

sedap ni kegemaran dan kegeraman sy ni kak ita...
sy la ni suka masakan Kelantan.
dah lama tak ke pasar malam, semalam sy tgk dah banyak menu Kelantan dijual. boleh mengubat rasa teringin tu...

MISSNICK said...

Sedapnya kak ita....lama sangat dah ni tak makan lompat tikam...time balik kampung dok sibuk cari makanan lain hehe...

Mirza Rohizat said...

pernah terjumpa masa kenduri kat kelantan ni :D
masa tu tak taw pun nama dia apa..hehee

Anonymous said...

salam akak, nak tanya.. yg belah putih tu xpayah kukus skali ke kat atas hijau?? bila kita biar sejuk die akan megeras sedikit ke memekat je?? :)

Unknown said...

Sy dah bua ikut resipi ni tapi lpisan hijau tu tak mengeras..kenapa ye?

Unknown said...

Sy dah bua ikut resipi ni tapi lpisan hijau tu tak mengeras..kenapa ye?

Post Top Ad

test