Nasi Ambeng makanan tradisi Jawa Johor yang di cari-cari - masam manis f

Breaking

Nov 16, 2020

Nasi Ambeng makanan tradisi Jawa Johor yang di cari-cari


Nasi Ambeng adalah makanan tradisi suku kaum atau masyarakat Jawa di Johor yang sangat di sukai dan di tunggu-tunggu. Kebiasannya makanan ini di hidangkan pada majlis kenduri kendara, kenduri kesyukuran atau pun kenduri arwah. Penyediaannya agak renyah kerana banyak bahan atau lauk pauk yang perlu di sediakan seperti nasi, mee goreng, sambal goreng Jawa, serunding kelapa, ayam masak kicap dan ikan masin bulu ayam. Nasi ambeng di hidangkan di atas daun pisang dalam dulang atau talam besar . Satu hidangan itu di sajikan untuk 3 atau 5 orang makan yang bertujuannya untuk kesepakatan dalam hidup berjiran atau bermasyarakat. Sehingga kini ianya masih lagi di amalkan di kampung-kampung terutamanya. Nasi ambeng ni tiada kuah tau! menunya semuanya kering-kering belaka. Sebenarnya bukan saja-saja di buat kering.. sebab kebiasannya mereka yang makan akan mengambil nasi dan lauk-pauk yang di hidangkan tu untuk keluarga di rumah. Jadi mudahlah jika ianya kering dan juga lambat basi. Masih boleh di makan hingga esok hari. NASI AMBENG NASI PUTIH ~ masak nasi macam biasa IKAN MASIN BULU AYAM ~ cuci bersih dan goreng SERUNDING KELAPA ~ untuk resepi serunding kelapa boleh rujuk link di bawah https://www.youtube.com/watch?v=gQ8L7... AYAM MASAK KICAP 1 ekor ayam ~ potong kecil gaul garam kunyit goreng Bahan Tumbuk atau kisar 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 10 ~ 15 tangkai cili kering 2 labu bawang besar ~ hiris bulat 2 batang lada merah ~ hiris 1 batang serai ketuk kicap manis ABC secukupnya air secukupnya sedikit minyak untuk tumis kulit kayu manis bunga lawang cengkih daun kari garam dan secukup rasa * cara masak rujuk video SAMBAL GORENG JAWA 1 peket besar tempe ~ potong dadu goreng 2 biji kentang ~ hiris nipis goreng 4 keping tauhu ~ potong dadu goreng segengan ikan bilis ~ goreng hati ayam ~ hiris kecil gaul garam kunyit goreng ( ita ganti udang ) tahu kering fucuk ~ potong kecil rendam sihoon ~ rendam kacang panjang ~ potong serong cili kering ~ potong kecil serong Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar udang kering atau ikan bilis 10 ~ 15 tangkai cili kering kicap manis ABC secukupnya 1/2 cawan air asam jawa garam, gula dan secukup rasa * cara masak rujuk video MEE GORENG KICAP 1 peket mee kunig 1 mangkuk taugeh 1/2 mangkuk kucai ~ potong 1 inc 1/2 mangkuk udang segar Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar udang kering atau ikan bilis 10 ~ 15 tangkai cili kering Kicap manis ABC garam, gula dan secukup rasa * cara masak rujuk video Selamat mencuba! jangan lupa subscribe, like dan share #selamatmencuba #nasiambengjawajohor

1 comment:

Warisan Petani said...

Jumaat lepas ada buat yasinan dan tahlil di surau, dapatlah nasi ambeng setapau

Post Top Ad

test