Ais Krim Kelapa Pandan yang sangat sedap - masam manis f

Breaking

Nov 6, 2015

Ais Krim Kelapa Pandan yang sangat sedap


Bila menonton Majalah 3 di TV 3 tempoh hari tentang aiskrim kelapa.. aduh.. memang mengences habis.. Terus terbayang aiskrim kelapa yang ita makan di Kota Bahru.. sedapnya lah aiiii... masih terasa-rasa kelemakkan dan harum kelapa pandan yang masih segar..

Kalaulah ita ada jet peribadi macam PM kita, mahu hari ini juga ita terbang ke Kota Bahru untuk menyejukkan tekak yang tak semena-mena termengidam.. Aduh! kenapalah.. di tunjukkan aiskrim kelapa ni.. tak sanggup lagi memendam rasa..




Ita segera ke Sangkaya, restoran segera yang menghidangkan aiskrim kelapa. Ita pilih aiskrim kelapa kerana dah terbayang-bayang kesedapannya..
Fuh! mahal sungguh harganya.. sebelah tempurung kelapa aje.. mencecah RM 10.00. Tercekik-cekik nak menelan.. dah lah scoop yang kecik... sekali ngap aje dah habis.. Macammanalah pulak dengan mereka yang mempunyai anak yang ramai.. kalau sebelah tempurung kelapa yang secoit tu dah RM 10.00 kalau 7 anak.. dah RM 70.00 memang terbeban juga kalau bagi mereka yang pendapatan tak seberapa.. dah lah tak puas makan.. Rasa pun ala-ala aje.. tak rasa lemak dan harum kelapa.. Kalau kat Kota Bahru .. baru RM 5.00 ada setengah tempat tak sampai pun Rm 5.00 padanlah pak menteri suruh kita semua balik kampung.. rupanya makanan di kampung masih lagi murah.. tapi ada ke kerja kat kampung yang sama pendapatannya dengan di bandar.. pak menteri oiiii....


Kerana tak puas menikmati aiskrim yang cenonet tu.. ita berhajat untuk buat sendiri.. Puas hati kalau buat sendiri.. kita boleh pilih kelapa yang harum macam kelapa pandan.. boleh buat banyak-banyak dan puas makan.. yang penting mengikut buget.. dan di sediakan dengan doa dan kasih sayang..

Buatnya tak lah susah sangat.. cuma tak sabar nak tunggu ia keras aje.. sebab dah tak tertahan-tahan.. dengan harum pandan yang semerbak tu.. Jom kita buat sendiri.. puas hati.. anak-anak dapat menikmatinya dengan riang dan gembira!


AIS KRIM KELAPA 

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Ita guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tanbah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan ~ di simpul

Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk

Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar
Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.
Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!

Tuang dalam bekas atau loyang aluminium. Ita letak dalam loyang buat roti macam dalam gambar. Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.
Bila dah keras bolehlah di hidangkan

Macam mana nak hidangkan


Kalau kat Kelantan, aiskrim kelapa di hidangkan bersama pulut. Memang sedap sangat bila makan terasa-rasa pulut yang lembut.

Resepi Pulut

1 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
1 helai daun pandan di simpul
Pewarna jika suka

Pulut rendam dulu hingga kembang. Kalau nak pulut berwarna rendam dengan sedikit pewarna. Bila dah kembang cuci bersih. Masukkan dalam periuk nasi bersama, santan cair, garam dan simpulan daun pandan. Tanak pulut hingga masak.

Bila dsah masak sejukkan dulu, kemudia bolehlah letakkan dalam mangkuk yang kita nak letak aiskrim tadi.


Scoop kan aiskrim yang telah kita sediakan tadi. Yang ni terpulang nak berapa scoop.. Sebab buat sendiri bolehlah letak banyak-banyak.


Ini yang istimewanya aiskrim kelapa Kelantan, kerana dia letak jely. Jely ni ita import khas dari Kelantan. Yang macam ni tak ada jual kat Johor. Tapi jangan risau kalau tak ada boleh buat jelly sendiri. Atau boleh gantikan dengan cendol lagi sedap!


Kemudian kita taburkan kacang. Kacang ni kacang tanah, goreng pas tu tumbuk kasar. Ada yang tak tumbuk dia letak sebijik-sebijik. Ita beli aje kacang yang dah siap tumbuk. Kalau tak suka kacang ni.. boleh gantikan dengan badam lagi sedap!


Akhir sekali... inilah kesedapannya.. lelehan gula Melaka.. pergh... lihatlah lelehannya tu.. tak sabarnya lah nak makan..

Sirap Gula Melaka

1 cawan gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Masak semua bahan hingga gula larut. Jika nak pekat bancuhkan sedikit tepung jagung dengan sedikit air dan masak sekali hingga dia pekat. Kemudian tapis. Tunggu sampai betul-betul sejuk baru curahkan atas aiskrim..


walla...





23 comments:

hasliynda umairah beauty said...

sedapnya

I am LZ said...

Alahai sedapnya..

azizah said...

Salam kak ita, bhn yg dh diputar tu simpan kat bhgian sejuk beku ke bhgian bwh je ea?

Ruzita Idias Ismail said...

Aduhai..sedapnya Ita. Kita kat Kota Bharu pun bukan nak makan terus pergi beli, nak jugak buat sendiri..lebih puashatikan..penuh kasih sayang gitu...

Unknown said...

terliur tengok aiskrim kak Ita nie...nak buat jugak! ^_^

IeRA said...

Sedapnya..

Kak ita, lepas putar sekejap tu kena simpan dlm peti ais 4 jam tu bawah atau atas?

Dilah Naim said...

nyaman je rasa tekak ni walaupun sekadar tengok gambar.. ;-)

Azlita Aziz said...

simpan dalam tempat beku Iera

Diana Archer said...

Setahu saya mmg kena simpan dlm freezer (peti sejuk beku) bkn dlm chiller :)

Diana Archer said...

Sedapnyaaa kak ita.... blh bt ni.. thank u share resepi..

Gee® said...

Aduh mak aiiii....!!! kalau la bole pinjam jet PM jap bole terjah umah Ita makan eskrem...kan

insan biasa said...

Alahaiii...sedaapppnyer le...smpai pi dpur..scoop ais krim yg ada dlm freezer..:-)...in sha Allah bakal jd antara resepi yg akn dicuba pd ari2 mendatang...tqvm kak ita..

~fam~ said...

terbaiklah kak ita. dok mencari juga resepi ni. sebab benda tu sedap sangat dan mahal sangat. Thanks kak

ZYani said...

Ya Allah! Semoga Allah murahkan lagi rezeki kak ita..sungguh xlokek dengan ilmu..terima kasih kak ita..sy lepas tgk majalah3 hr tu pun asyik telan liur je tkenang..insyaAllah nanti nk buat..terima kasih sekali lagi ye kak ita!

ayemrawi said...

sedapnya serius nak try. tq for resepi aunty ^^

Pretty Sweets said...

Salam k.ita sedapnye terliur sy dibuatnye...sy nk cube buat ni,tp klo sy lebihkan santan bolehkan? Xrosak resepi kan?? Hehe

Unknown said...

assalam
saya amik resepi ni ye..nak cuba mkn satu family.terima kasih

Unknown said...

Selamat petang. Susu tu 1tin besar ke yg 1 tin yg kecik yer?? Hehe

caca said...

Salam kak ita..kalau pkai blender blh ke?

norma said...

Salam ita
Jelly tu klo nk ord bole?

z.azrina said...

Salam akk..t.kasih atas resepi...nak tanya..boleh x saya ganti mixer dengan blender? T.kasih

Unknown said...

Apa nama jelly tu ye..

Ida said...

Salam kak Ita, terima kasih atas resepinya. Moga bertambah murah rezeki kak Ita.

Post Top Ad

test