Mar 31, 2013

Muhammad Amirul Ashraf


M ~ memberikan sinar kebahagian kepada bahtera mahligai yang baru terbina
U ~ untuk buat kesekian kalinya kami menjadi ibu dan ayah, Ya Allah aku bersyukur pada mu..
H ~ harapan yang menggunung agar kehadiran mu menambahkan lagi ikatan kasih sayang antara kami
A ~ anak yang di harapkan dapat mendoakan ibu dan ayah bila panggilan Ilahi menjemput kami 
M ~ menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik mu kelak
M ~ menjadi anak yang solleh dan berakhlak mulia
A ~ agar kebahagian dan kejayaan sentiasa berpihak kepada mu anakku
D ~ doa ibu dan ayah tidak pernah putus untuk mu.. nak

A ~ andai kamu berjaya kelak, ingatlah asal usulmu supaya kamu tak tersesat anak ku..
M ~ moga hidupmu sentiasa di hormati dan di sayangi..
I ~ ingat pesan ayah dan ibu mu.. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
R ~ rezeki.. ajal.. dan mautmu  dibawah ketentuan Ilahi..
U ~ usah kamu takut dilambung ombak anaku... perjalanan mu masih jauh..
L ~ lihatlah dunia... pasti tempatmu sentiasa ada di sana..

A ~ andai kegagalan bertandang.. bangkitlah dengan semangat Sang Pahlawan
S ~ setiap kegagalan, menjadikan kamu lebih tabah dan berani menempuhi setiap rintangan..
H ~ hadapilah dengan tabah dan sabar.. Kerana ianya menguji keimananmu..
R ~ renungilah setiap nasihat yang ibu dan ayah berikan
A ~ anggap kehidupan ini  hanya sementara yang kekal kelak kita di sana..
F ~ fikir sebelum bertindak agar setiap apa yang kamu lakukan.. menjadi kebanggaan.. kami semua..


Selamat Ulang Tahun anak ku... MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF






Mar 30, 2013

MEE RACUN


Jangan terkejut pulak..
Itulah istimewanya negeri Johor Darul Takzim ni.. Anda akan dapat menikmati pelbagai makanan yang enak dan lazat yang pasti sukar anda temui di tempat lain..
Johor terkenal dengan syurga makanan sejak zaman berzaman lagi..
Kalau nak disenaraikan tentu panjang berjela-jela makanan istimewa dari Johor
Oleh kerana itu jika anda berpeluang singgah di negeri Darul Takzim ini jangan lepaskan peluang untuk merasa akan keenakkan setiap masakan yang terdapat di sini.
Apa yang pasti cari yang asli supaya anda dapat merasakan kepuasannya..


Hari ini sekali lagi ita bawa anda semua tinjau-tinjau apa lagi masakan yang menarik yang harus anda semua cuba. Ita pasti sekali anda cuba pasti anda akan teringat-ingat akan kesedapannya.
Kali ini ita perkenalkan dengan Mee Racun yang cukup terkenal di Batu Pahat Johor. Masakan istimewa ini telah melangkau ke 3 generasi, dan tidak hairanlah kini kedai ini di namakan Kedai Mee Racun 3G.

Pasti ramai yang ingin tau.. Bagaimanalah rupa mee racun yang ita katakan istimewa ni kan..
Jom.. jom.. kita intai-intai pula bagaimanalah rupanya..


Haa.. inilah dia mee racun. Rupanya seakan-akan mee bandung kan? tapi apa yang pasti rasanya tidak sama tau.. bagi pengemar mee bandung macam ita ni sudah pasti ita dapat bezakan kedua-duanya. Memang tak sama dan sukar untuk ita gambarkan bagaimana rasanya.. kalau nak tau kenalah cuba!! yang pasti memang sedap!

Di atas tu ada 3 jenis yang ita order lah.. nak order banyak-banyak takut tak larat pulak nak makan.. Banyak pulak tu satu pinggan besar.. Memang lepas makan pasti tersandar kekenyangan..
Gambar pertama mee racun biasa, mee kuning bersama kuah yang mengacam habis di gandingkan pula bersama telur goreng hancur, kentang, daging tauhu dan lain-lain.
Yang ke dua tu pilihan Amirul, mee tiau racun, sama juga tapi apa yang berbeza adalah meenya.
Yang lagi satu ni istimewa sikit sebab ada tulang walla... sedapnya menghirup sum-sum tulang dengan straw.. berpeluh-peluh menikmatinya hingga tak hirau panas terik matahari yang hampir terbenam..

Sedap ke kak ita??
Ita tau.. pasti persolan itu yang akan ditanyakan dahulu kan??


emmm... kalau dah licin pinggan.. ita pasti sudah tentu anda semua dah tau jawapannya kan..

Melangkah ke dalam kedai, pasti tumpuan mata terarah ke dinding kedai yang penuh di hias gambar pasukan MU. Terdetik dalam hati, pasti tuan kedai ini peminat tegar pasukan Red Devil ni.. Sempat pula cik abang kita mengusik tuan kedai..
Kak saya ni peminat Chelsea.. boleh ke makan kat sini..?  hihi
Tergelak besar kak Mi tuan kedai.. bila mendengarnya lansung menyatakan anak beliau merupakan peminat pasukan bola popular itu.. dan keluarga besar mereka memang fanatik bola sepak. Bukan itu saja tau..  anak saudara beliau merupakan pemain pasukan Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai Harimau Selatan.


Inilah kak Mi, pemilik generasi ketiga Mee Racun. Kini kak Mi telah turunkan pula resepi turun temurun keluarga mereka kepada anak-anaknya pula sebagai penyambung tradisi..
Seronok berborak dengan kak Mi, orangnya sangat ramah hingga tak sedar hari dah petang.

Menurut kak Mi resepi milik datuk nenek mereka asalnya di usahakan di gerai asal mereka di Jalan Sultanah Batu Pahat Johor. Kini setelah 3 generasi berlalu mereka telah memiliki 3 cawangan yang diusahan oleh mereka adik beradik, satu terletak di Taman Seri Jaya, satu lagi berdekatan Bomba Batu Pahat dan satu lagi kedai kak Mi yang terletak di Jalan Timah Sari.


Kedai ini beroperasi dari pukul 7 pagi hingga pukul 2 pagi. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.
Suasana kedai cukup selesa dan tahap kebersihan juga sangat baik.
Layanan juga cukup istimewa terutamanya dari kak Mi yang ramah-tamah.
Kalau nak cari kedai ni, tak lah susah sangat. Cari Hotel Pinetree dan kedai ini berhadapan dengan hotel tersebut.
Tempat letak kereta tak usah bimbang kerana terdapat ruang untuk meletakkan kenderaan yang tidak jauh dari kedai.


Mee Racun 3G
No 2, Jalan Timah Sari
Kg Kenangan Dato Onn 1
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Telefon:
Nuridza : 017 ~ 7688931
Norjahan : 012 ~ 784 9653
Mahir : 019 ~ 7999516

Masa Operasi :  7 pagi hingga 2 pagi
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad




Mar 29, 2013

LAMB CHOP

Kesedapan Lamb Chop Chef Amer, membuatkan ita harus membuatnya berulang kali..
Sedapnyaaa..

Balik dari kelas Chef Amer, ita terus menceritakan tentang keseronokkan kelas itu..
Seperti biasa pelbagai persoalan yang harus ita jawab bila suami mula menanyakan soalan..
Ita dah boleh masak masakan barat.. kata ita penuh semangat
Ya ke?? tambah suami yang tak pasti..


Malam itu kami makan malam bersama bekalan yang chef bekalkan..
Wah!! sedap sungguh.. melihatkan suami meratah Lamb Chop buatkan anak-anak menelan air liur..
Kami berkongsi makan dan merasa..
Melihatkan Azrul dah mula menjilat garfu bila lamb chop sudah tak bersisa di pinggan.. aduh!! kesiannya anak emak..
Mak nak lagi.. kata-kata Dalili buatkan ita tersenyum..
Mana ada lagi.. dah habis..
Mak.. minta lah lagi dengan Chef Amer.. tambah Dalili sambil mengunggis tulang kambing yang dah tak bersisa..
Nanti mak buat ya..
Bila??? serentak semua yang di meja bersuara..
emm... bila mak free
alaaaa... lemah suara kedengaran
Ok esok mak buat
yeaaa... Dalili bersorak


Pagi-pagi lagi suami dah bangun
Kata nak buat Lam Chop?
Jom kita cari barang..
Uik.. baru pukul berapa..?? kedai pun belum bukak lagi

Mula kami singah di pasar, cari bahan basah.
Seperti biasa bila nak cari rempah masakan barat ita akan singgah di Cold Storage. Di situ semua ada..
Sebelum pulang kami singah di kedai Daging yang Chef maksudkan..
Senang aje cari kedainya.. bila Chef dan tunjukkan arahnya.. ita pun rasa-rasa pernah datang ke sini dulu.. tapi tak perasan pula kedai daging yang dah beroperasi lebih dari 20 tahun ni..
Suami mula meminta Lamb Shoulder seperti yang chef arahkan.
Nak masak apa ni..?
Nak buat lamb Chop..
Boleh potongkan..
Boleh.. sangat.. kata penjualnya ramah
Student Chef Amer ke?
ya.. cepat aje ita jawab.. manalah tau kalau guna nama Chef dapat murah sikit.. hihi


Balik suami terus keluarkan daging dan cuci..
Suami ita memang suka bantu ita memasak didapur.. dan kami kerap masak bersama..
Alhamdulillah bila ita mendapat suami yang cukup ringan tulang
Bertuah badan.. kata mak bila melihat suami membantu ita memasak didapur

Ita pula mula buat bahan perapan
Mudah aje bahan-bahannya..

Dulu bila makan di hotel atau restoran, ita bayangkan pasti sukar nak membuatnya.. memandangkan harganya yang mahal sepinggan
Bila chef tunjukkan caranya.. senang aje rupanya.. tapi kenapa mahal sangat dipasaran
Kali ni ita beli 2 kg daging.. biar puas anak-anak meratah
Kalau makan di Hotel berapalah harga yang perlu di bayar..

Makan kat Hotel??
tak nak lah..
Bila dengar cerita dari chef.. buatkan anak tekak ita mula mual..
Biarlah ita penat di dapur.. asalkan ita dapat sediakan yang halal dan bersih untuk mereka-mereka yang ita sayang..


LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah

10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman


Kata Chef, daging yang dah dilumurkan dengan bahan perapan di biarkan dahulu satu jam diluar hingga semua bahan perapan tu menyerap dalam daging.
Kemudian barulah di paketkan dan di simpan dalam peti ais
Untuk lebih mudah kita peketkan dalam jumlah yang kecil
Katalah satu keluarga ada 4 orang, jadi kita peketkan 4 keping untuk satu bungkusan supaya mudah bila kita nak nyah bekukan sebelum di bakar

Daging yang dah di lumurkan haruslah di perap semalaman supaya segala bahan perapan serap di dalam daging..

alaaa... bila boleh makan ni..? kata Dalili tak sabar
Esok barulah boleh kita makan..
Sekarang, Dalili kena tolong mak siapakn pula sosnya

Resepi Black Pepper Sauce ini untuk 5 hidangan
Kerana lamb ita banyak, ita gandakan sukatannya
Sos ni kita boleh buat awal dan simpan dalam peti ais. Ianya tahan lama jika di simpan dengan baik
Kerana serbuk secukup rasa ita kehabisan, ita tambahkan kiub ayam


BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu



Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata


Lepas sarapan pagi, ita terus keluarkan daging yang telah ita perap
Biar ia nyah beku.. tengahari nanti dah boleh di bakar

Ita keluarkan magik pan.
Kalau tak kerana lamb chop ni.. pasti ianya tak terusik lagi..
Ita dapat magik pan ni dari kenalan FB
Sejak berblog, macam-macam barang yang ita terima.. syukur sangat punya ramai teman yang baik hati..
Kadang terfikir macam mana nanti harus ita balas budi baik mereka..

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga


Bila memasak dalam magik pan ni, rupanya terasa lebih mudah dan ringkas
Dapur pun bersih tak merecik-recik dengan minyak
Dapat pula menjimatkan karen atau gas selain dari menjimatkan masa memasak
Guna api kecil aje tau kak ita.. teringat lagi kata-kata Intan Shafinaz mengigatkan ita tentang kaedah pengunaannya..

Bau daging mula semerbak
Dalili lah yang pertama berlari ke dapur..
Yesss!! dah masak..
nak.. nak.. nak...
sedapnya bauuu...

Daging yang di masak dengan magik pan ni benar-benar enak.. dagingnya sangat moist..
Jusnya tak kering.. daging dimasak dengan rata dan sempurna sekali
Sangat lembut dan tak tergambar kesedapannya..
Terima kasih Intan..
Pasti akak akan gunakannya lagi untuk resepi yang lain pula..
Kepada yang nak dapatkan magik pan ni boleh lah hubungi intan di talian : 012 ~ 5900648 


Suami ita pulang awal hari ini
Dah tak tahan.. terbau-bau aje Lam Chop ni..
Sampai nak buat kerja pun tak senang..
Tuu.. dia penangan Lam Chop Chef Amer
Dah boleh buka restoran ni.. gurau suami dan anak-anak di meja makan
Kami mula berangan-angan..

Tak sia-sia menuntut ilmu dengan yang pakar.
Suami kerap memuji tentang kesedapan rempah yang menyaluti daging
Pulak bila digandingkan dengan Black Pepper Sauce yang mengancam
Aromanya, lemak manisnya.. dengan kuahnya yang pekat wallaa.. memang tak akan cari yang lain..
Tak makan luar lagi lah lepas ni..
Kepada yang teringin belajar cara masakan barat, jangan segan-segan untuk mengikuti kelas Chef Amer di seluruh Malaysia



Kedai Daging Mim
No 8210, Jln Mata Kucing
Kampung Pasir 
81200 Johor Bahru
Tel En Zul : 07~ 2378140

Lokasi kedai di Kompleks Mohamad Rahmat
Berdekatan Masjid Kampung Pasir dan Balai Polis Tampoi
Berhadapan Plaza Angsana




Mar 25, 2013

Bengkel Masakan Barat dan Pasta

Assalamualaikum


Alhamdulillah Bengkel Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer, telah pun melabuhkan tirainya semalam. Kelas yang buat julung-julung kalinya di adakan oleh Chef yang terkenal dengan coklatnya buat pertama kalinya di adakan di Johor Bahru.  Kelas selama 2 hari ini di anjurkan oleh Oliez Academy bersama Mom's Bake House

Kelas yang sangat hapening dengan peserta yang sangat sporting.. telah berlansung dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Cuaca panas terik di sebelah pagi dan hujan lebat di sebelah petangnya sedikit pun tidak menganggu konsentrasi para pelajar yang datang bersama semangat untuk menimba ilmu dari Chef tersohor ini  dan antara 9 chef terbaik di Malaysia.

Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua peserta. Semoga setiap ilmu yang chef curahkan bersama tip-tips berguna dapat di amalkan dan dimaanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Seperti kelas-kelas sebelum ini, ita begitu teruja apabila diberitahu terdapat peserta yang datang jauh dari utara. Begitulah kan.. kata orang kalau nak menuntut ilmu.. tak kira di mana.. walaupun terpaksa berlayar jauh nun.. di negara Cina.

Kalau kelas sebelum ini terdapat peserta yang datang dari Sabah, Selangor, Melaka, Singapura, untuk bengkel kali ini ada sepasang suami isteri yang datang dari Grik dan juga dari Pucung. Aduyaiii.. terharu ita.. Ita rasa chef pun begitu juga..

Apa kata kita intai-intai pula kelas Masakan Barat dan Pasta bersama Chef Amer..




Kelas yang tak kering gusi dibuatnya bila Chef asyik mengusik setiap para peserta. Seakan kita berada di pentas raja lawak laaa.. pulak!! haha


Reaksi seorang pakar... ada berani?..


Inilah antara menu yang chef ajar dan persembahkan kepada setiap peserta.. Apa yang pasti semuanya sedap-sedap belaka.. wallaaa.... semuanya ita suka

 saya suka.. saya suka.. saya suka..

Air tangan chef memang tak pernah menghampakan.. Sedap sangattt..
Chef bukan sahaja mengajar tapi sebenarnya chef lebih kepada mencurahkan ilmu.. seperti mana kata chef
" ilmu ini tak bawa ke mana.. sebaiknya kita kongsikan.. sekurang-kurangnya kita mendapat pahala di sana kelak.." 
Amin...

Terima kasih Chef.. banyak sangat ilmu yang telah chef kongsikan pada kita semua.. kami semua doakan semoga chef di murahkan rezeki berlipat-lipat kali ganda.. dan semoga chef di berikan kesihatan yang baik dan di berikan kebahagiaan bersama keluarga tersayang..

Berbaloi-balaoi menyertai kelas chef, kerana setiap peserta bukan sahaja di ajar memasak dengan kaedah yang betul.. Chef juga memberikan panduan bahan-bahan yang terbaik untuk digunakan.. bukan itu aje tau.. hinggakan siap berikan alamat kedai yang menjual bahan yang murah untuk mereka yang berhajat untuk meniaga kelak..  Chef juga mengajar cara packaging, harga sesuatu masakan untuk dijual di pasaran.. Bahan apa yang terbaik untuk mendapatkan hasil masakan yang sedap!!.. Apa yang pasti.. kita dapat menyediakan hidangan yang lazat dan berhasiat serta halal untuk seisi keluarga.

Yang lebih istimewanya, setiap peserta dibekalkan dengan makanan yang di ajar.. bukan 1 tau tapi setiap peserta mendapat 2 set hidangan Lamb Cop dan 2 set hidangan Chicken Chop wallaaa... tak sabar nak di bawa pulang untuk insan-insan tersayang dirumah.. Bayangkan kalau terpaksa membeli.. berapa pulalah harganya kan?..

Chef Ita minta izin kongsikan bahan-bahan yang chef gunakan di sini ya chef.. sebagai rujukan peserta-peserta kita yang menyertai bengkel chef dan untuk ita juga.. maklumlah chef umur dah masuk kilauan emas ni.. asyik lupa aje..


Peserta kali ini juga bertuah kerana Chef juga tidak lokek memberikan satu lagi resepi percuma bagaimana menyediakan tuna sandwitch yang waalllaaa.. sedap sangat.. tak sampai berapa minit dah habis selesai..  serius chef memang sedap!!


Para peserta juga di ajar cara memilih daging yang betul, kaedah memotong dan memarinate daging dengan cara yang tepat..


Chef juga menunjukkan bagaimana cara nak debone ayam untuk di buat Chicken Chop
Ooooo... macam tu ya chef caranya.. barulah ita tau..
terima kasih chef.. ^__^


Masa untuk merasa


Apa kata mereka?


Kepada mereka-mereka yang tak berpeluang mengikuti bengkel Chef Amer kali ini jangan lupa intai-intai bengkel beliau seterusnya..
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 
Pn Siti Zaleha di talian 
019 ~ 7550154
atau semakan kelas selanjutnya di Johor Bahru di 

Kepada rakan-rakan ita yang lain jangan lupa janji temu kita di Bengkel Pembuatan Biskut bersama Chef Amer pada bulan April ini.. jangan lepaskan peluang.. tempat amat terhad sila daftar segera supaya nama anda tak tercicir dari senarai..
kali ni pasti lebih hebat lagi.. 

Akhir kata daripada Chef Amer..


Cook with love...


N3 berbayar



Mar 22, 2013

CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM


Salam Jumaat kepada semua..
Apa khabar teman-teman ita di luar sana..
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..

Oh ya, semalam adalah hari yang bersejarah bagi pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang mana anak-anak telah berjaya dengan cermerang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan semalam.Tahniah daripada ita untuk anak-anak yang berjaya. Tahniah juga kepada ibu bapa dan guru-guru, kerana galakan dan dorongan yang tak putus-putus beserta doa yang sentiasa mengiringi hari-hari mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan anak-anak ini.

Kepada -anak-anak yang kurang bernasib baik, jangan putus asa atau kecewa. Kegagalan bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya bangkit dan tebus segala kegagalan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Tidak semestinya mereka yang gagal dalam SPM tidak boleh berjaya dalam kehidupan. Anda pasti boleh berjaya asalkan rajin berusaha dan yakin pada diri sendiri.


Hari ini ita akan kongsikan satu lagi koleksi Cream Puff. Tapi kali ini cream puff yang ita buat adalah Chocolate Cream Puff with Strawberry Cream.

Cream puff adalah fav suami dan anak ita Dalili. Kebiasannya ita buat cream puff biasa bersama cream kastard. Selalu kalau buat memang tak cukup kerana anak-anak semua suka.
Bosan dengan resepi yang sama ita cuba tukar selera..
Sesekali tak salah jika kita mencuba untuk mencari kelainan..

Ramai yang selalu email ita dan menyatakan yang cream puff mereka tak menjadi, tak nak naik kembang atau kata nama lain ianya leper.
Tiada rahsia untuk membuat cream puff ni.. buatnya pun tak lah susah. Mudah dan ringkas dengan bahan-bahan yang simple kita boleh dapati di dapur.
Jika ikut kaedah dan cara yang ita nyatakan pasti menjadi dengan cantik!
Cream puff ni dalamnya berongga atau kosong ya, supaya kita boleh paipkan cream di dalamnya.
tapi cara membuatnya kena cepat-cepat, jangan biar lama-lama adunan tu di luar.. Maksud ita lepas paipkan atas loyang terus bakar, jangan biar di luar lama-lama..
Api ketuhar juga kena api yang besar biasanya 220C dipanaskan dahulu selama 15 minit sebelum di masukkan cream puff. Bila dah masukkan turunkan pada 210C. Bakar pula selama 20 minit. Bakar menggunakan api atas dan bawah, dan kalau ketuhar ada kipas, hidupkan sekali kipas supaya kepanasan dalam ketuhar sekata.


CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM

Puff Pastri

120 gm mentega
150 ml air
170 gm tepung
1 sudu besar serbuk koko
5 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula kastor

Sediakan dulang pembakar dan lapik dasar dulang dengan baking paper
Panaskan ketuhar pada suhu 220C

Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
Telur di pukul rata, ketepikan ( tak payah guna mesin, kocok-kocok guna pemukul telur sahaja)

Satukan mentega, garam, gula dan air
Panaskan atas dapur hingga mendidih dan mentega larut, kacau rata.
Tutup api dan masukkan tepung dan serbuk koko yang telah di ayak.
Dengan kadar segera kacau sehingga adunan sebati
Letakkan semula atas dapur dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
Tutup api dan alihkan dari dapur.
Masukkan pula telur yang kita pukul terlebih dahulu.
Dengan segera, kacau rata hingga adunan licin dan berkrim
Masukkan adunan dalam piping bag yang telah di letakkan nozel
Paipkan atas dulang
Jarak-jarakkan antara satu sama lain
Buat sehingga habis
Terus masukkan dalam ketuhar
Turunkan suhu ketuhar pada 210C dan bakar selama 20 minit

Sejukkan atas redai setelah masak.

Intinya

1 cawan krim putar bukan tenusu
2 sudu besar filing strawberry

Pukul krim putar hingga kental
Kaup krim putar dalam strawberry filling
Masukkan dalam piping bag

Cara penyediaan ada 2 kaedah
Potong cream puff dan letakkan filling
Kaedah ke 2 cucuk dalam puff dan pancitkan cream
Taburkan gula icing dan sedia dihidangkan




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.