Amboiiii.... Jelitanya dia... tak berkelip mata memandang!
Sesuai dengan namanya JELITA majalah Jelita kali ni tampil bergaya dengan artis jelita yang semakin meningkat naik namanya di persada seni tanah air.
GAYA DULU SENTUHAN 2012 memang bertepatan dengan tema bulan ini yang lebih baru , lebih cantik dan lebih segar.
Ita mengenali majalah Jelita sekitar 18 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh seorang kawan kepada ita yang pada masa itu amat buta tentang dunia fesyen. Kebetulan ita akan mendirikan perkhawinan dan masih tercari2 barang keperluan untuk hari bahagia ita nanti.
Mengengam senaskah Jelita, membuatkan minda ita terbuka tentang dunia fesyen pada waktu itu.. Jelita lah menjadi rujukan untuk ita setiap kali mencari fesyen terkini untuk koleksi baju raya. Sejak itu Jelita sentiasa ita nantikan kehadirannya setiap keluaran.
Kini majalah Jelita semakin gah dan mendapat tempat di hati para peminatnya. Tampil dengan isu dan fesyen terkini, sangat berinfomasi baik dari ruangan fesyen dan kecantikan, tidak lupa juga ruangan tips dan petua, pengembaraan, dekorasi maupun ruangan resepi.
Melihat gambar masakan terpapang di dada majalah adalah idaman setiap bloger masakan kini. Pasti setiap daripada bloger mengimpikan untuk menatap perit jerih mereka memasak dan merakam gambar dapat di muatkan walaupun sesisip dalam majalah.
Kini impian itu telah di realisasikan oleh Unit Editorial majalah Jelita yang diterajui oleh Datuk A Kadir Jasin selaku Ketua Pengarang.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami Bloger Masakan, semoga usaha murni mengetengahkan bloger masakan dan mempromosikan tentang kewujudan kami di alam maya ini, memberikan semangat kepada setiap bloger masakan untuk tampil dengan koleksi resepi yang lebih hebat!
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Selain itu ruangan Sajian dan Ulasan Blog, dapat merapatkan lagi jurang ukhwah dan mengeratkan lagi jalinan silatulrahim serumpun, disamping dapat bertukar-tukar idea dan resepi.
Pada keluaran Mac 2012, sekali lagi majalah Jelita memberikan peluang kepada bloger masakan untuk memperagakan hasil sentuhan mereka di dada majalah tersohor ini. Peluang yang di beri tidak di persia-siakan..
Bergandingan dengan Juara Master Chef Pertama Dr. Izani, Chef Sukur Rahim antara barisan chef yang tidak asing lagi, dan LOVE2COOK MALAYSIA bloger masakan yang tidak asing lagi dikalangan bloger masakan, terasa diri ini amat kerdil sekali.
Perasaan gembira, teruja dan terharu, seakan bersarang dalam benak lubuk hati ita. Hanya pada Mu jua ku ucapkan rasa kesyukuran seandainya bakat anugerah yang Kau pinjamkan ini di hargai...
Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga kepada Anis Mastura Ramli, yang sudi mempelawa ita untuk mengisi ruangan Sajian dalam majalah kesayangan ramai pada bulan ini. Tidak ketinggalan kepada semua Unit EDITORIAL majalah JELITA.
Ita juga mengambil peluang di sini untuk memohon maaf, bagi pihak ita juga majalah Jelita di atas sedikit kesilapan yang mungkin tidak di sengajakan atau sedikit kesilapan teknikal terhadap beberapa resepi yang tertukar.
Peluang ini juga turut ita rebut, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang resepi asal, yang memberi ita peluang untuk mencuba dan merasa dan kongsikan untuk dinikmati bersama.
Terima kasih juga kepada semua pengunjung setia Masam Manis yang tidak pernah jemu memberikan ita kata-kata semangat, perangsang dan menyuntikkan kekuatan untuk ita bertahan setakat ini.
PERCAYALAH... kekuatan Masam Manis kerana anda sentiasa berdiri di belakang dan setia memberikan sokongan...
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari

Tahniah! sekali lagi kepada rakan-rakan lain yamg turut di undang untuk menghiasi ruangan Jelita pada kali ini. Di harap blog masakan semakin mantap! dan semakin dinilai bakat dan kebolehannya..
Syabas sekali lagi kepada semua..
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Malaysia : Coretan Dari Dapur
Singapura : Nur's Little Kitchen
Indonesia : Indonesia Eats