ETERNITY majalah online - masam manis f

Breaking

Feb 28, 2012

ETERNITY majalah online


Assalamualaikum..
Pembaca yang budiman..
Pernah nampak tak majalah Eternity di atas? hihi ita pun tak pernah nampak majalah itu di pasaran sebenarnya. Rupa-rupanya majalah Enternity adalah majalah online yang pertama di terbitkan oleh Media Glam Sdn Bhd.

Hebat sunguh arus pembangunan sekarang yang menjadikan semuanya serba cangih! Mudah dan serba ringkas!
Majalah Enternity adalah koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. Mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma.

Dengan wajah baru yang bersifat lebih moden, terkini dan mesra pembaca, majalah Eternity mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia pembacaan anda. Kemunculan majalah Eternity ini adalah untuk memimpin golongan belia dalam menghadapi suasana persekitaran yang berbeza.  Lebih santai dan dimuatkan dengan pelbagai isu semasa dan terkini. Padat dengan ruangan fesyen, info, tip dan tidak ketinggalan ruangan resepi. Yang paling utama majalah ini  meriah dengan gambar yang menarik untuk tontonan semua dan sangat mudah di kendalikan dan menjimatkan kerana ianya percuma!


Awal tahun ini, ita telah dihubungi oleh seseorang, dan meminta ita menyumbangkan resepi untuk majalah mereka. Resepi itu bakal disiarkan untuk keluaran bulan Feb dan bertemakan kasih sayang sempena Velentine's Day.


Pada mulanya ita agak terkejut, kerana tak menyangka ada juga yang sudi mengundang ita untuk menyumbang resepi untuk majalah mereka. Ita sangkakan gambar yg ita ambil tidak sesuai dimuatkan dalam majalah kerana  biasanya majalah inginkan gambar yang nampak jelas, dan resepi adalah hero utama, sedangkan gambar ita penuh dengan props.


Entah macam mana kami terputus hubungan. Beliau ada mengirimkan email pada ita tapi tau ajelah kan email ita tu sama dgn komen dari Fb jadi banyak sangat dalam tu dan memang amat sukar ita nak cari. Setiap hari banyak sangat msg yg masuk sampai kadang kala ita tak sempat nak baca..


Sekali lagi ita dihubungi, pada awal bulan Jan, dan meminta ita menyumbangkan resepi untuk keluaran bulan Mac. Kali ni tema sedikit berbeza. Khas untuk lelaki, dan ita hanya ada 3 hari sahaja untuk siapkan sebelum dateline. Aduh berpeluh jugak nak fikir apalah menu yang sesuai untuk lelaki. Tapi alhamdulillah, Pinky (maaf ye ita tak tau nama sebenar) memberi cadangan untuk ita memilih resepi dari blog ita sahaja yang amat di sukai oleh suami, bapa atau anak-anak lelaki ita. Fuhhh!!...barulah lega rasanya... dan ita pun memilih beberapa resepi yang di minati oleh ahli keluarga ita..

Pada mulanya ita tak tahu lansung tentang kewujudan majalah online ni.. Puas ita mencari majalah ni dipasaran dan rata semua kedai yang menjual majalah ita tanya, tapi tak pernah ita jumpa. Akhirnya ita cuba cari di internet dan alangkah terkejut dan tidak sangka rupanya ada juga majalah online di Malaysia.

Terima kasih kepada kepada Pengarah Besar Media Glam Sdn Bhd, Dato' Dr. Fadzilah Mohd. Ali yang mencetuskan idea yang sangat baik untuk menerbitkan majalah secara online. Juga kepada Ketua Pengarang Media Glam Sdn Bhd, Pn. Aishah. Semoga kehadiran majalah Enternity, dapat merubah ketingian tamadun dan semoga ianya berjaya dan disukai ramai. Terima kasih juga kepada Pinky yang mengundang ita untuk menyumbangkan resepi dari dapur Masam Manis dan tidak ketinggalan kepada semua editor yang terlibat dan turut menyumbang idea  untuk majalah online ini.

Akhir kata segulung ucapan terima kasih yang tak terhingga dari Ita, dan semoga majalah Enternity akan terus berjaya dan sentiasa menjadi majalah yang ditunggu-tunggu setiap keluaran.


Cover depan Hero Malaya Anuar Zain, penyanyi, pelakun dan idola fesyen remaja dulu dan kini.. wah! Ita membesar dengan lagu beliau, umur pun sama.. Ni kalau masa remaja ita ni.. ita dah potong dah majalah ni.. tepek depan buku Sains.. hahaha

GRILLED SALMOND WITH GARLIC AND HERBS
KEK PISANG KACANG PISTCHIO
MOUSSE ROLL KEK
SOTO TULANG
Jutaan terima kasih ita juga kepada semua penyumbang resepi. Tanpa resepi dari anda tidak mungkin ita berada di sini. Harap di halalkan semuanya untuk perkongsian bersama.




18 comments:

Unknown said...

cedapnye..

Yatie said...

Tahniah Ita..Yatie tumpang gembira dan berbangga...sememangnya Ita mmng layak dan lepas ni akan keluar lagi di majalah2 yg lain..insyaAllah...

nonierahman said...

Ala..xleh buku guna hp.hmm jap g tgk kat komp.anyway tahniah kak ita.

Mat Gebu said...

Baru je tau...terima kasih dan tahniahhh!!!.. ^__*

Ummi said...

Assalam Ita cayang....waaahh lagi mantopsss ni....resepi2 dan gambar2 meletupss dishare melalui majalah secara online pulak dah...! Tahniah beribu2 lemon dari akak, moga Ita terus maju lagi...tumpang bangga! ^__^

Hanim said...

Tahniah k.ita...wah! Majalah free, tiap2 bulan ke free?

Qasey Honey said...

congrat kak...suka2 n bangga dan apa ya akak capai skrg...
mmg sya tgu bila giliran kak Ita pula...hehehe...
mesti lps ni akak lg mletoppp.....

sabar dubai said...

tahniah kak ita.....akak mmg deserve utk sumbang resepi yg mengancam tuh ehehe...

blogresipi.com said...

salam kak Ita,
Tahniah buat akak dan blog masammanis. Gambar2 resipi akak sangat cantik dan sesuai bebenar ditampilkan dalam majalah. Saya harap akak dan masammanis akan terus berjaya lagi di masa depan. Congratulations again kak. Very happy for you :)
Ijan

CT Delima said...

As'salam Ita

Rindu banget nak komen2 ni, macam lama sangat tak menaip kat blog...hehehe.

Tahniah dari CT ya Ita, kalau kat KL ni pernah ternampak kat satu kedai kalau tak silap CT lah. kat Pavillion atau Midvalley. Iupun lepas diberitahu oleh my laling CM semalam..huhuhu asik tertinggal jer. maklumlah tengah sibuk sedikit jadi masa nak bukak blog amat terbatas. Tahniah sekali lagi dari CT \^__*/

Ida,Japan said...

Congrats K'Ita!!now ur turn sis, u deserved it....I'm happy to hear that...keep up more with good job k

Oh Oeya said...

Tahniah Kak Ita :)
Kita pon mmg kagum sgt dgn hasil kerja Kak Ita :)

Gee® said...

Tahniah Ita, seronoknyaaa.... gee rasa masakan ita ni bukan sahaja sesuai utk keluaran majalah tapi harus dibukukan macam chef Hanieliza tu... sebab semuanya best2 dan hebat2 belaka...

Yatie said...

Tahniah Ita, Yatie tumpang gembira dan berbangga..sesungguhnya Ita mmng layak..mmng cantik gambar2 dan menu yg di sediakan sungguh memikat selera...moga terus sukses..

Dr Ana said...

Salam, Waugh congratulation for the hard work... Nak prepare menu satu hal, pastu masak, then photo shooting perghhh susah tu! Teruskan 2, best baca blog Ita keep it up!

mashitah said...

Tahniah kak ita...mas ngan member kat off (TM Pandan) mmg minat blog masam manis..mmg taraf 5 bintang..kitaorg kat sini tak jemu menalaah blog akak...mas tiap2 hari lalu dpn taman akak ....tahniah akak

MizzTina said...

akak!!!! sebenarnya saya la PINKY tu.. hehe.. terlalu sibuk smpi xperasan entry akak yg ni.. pape pun, tahniah kak.. n terima ksh sbb sudi berkongsi resepi.. :)

harap akak puas hati yer..

MizzTina said...

dan lagi satu kak, FB bernama TINA KECHIQUE tu juga saya.. hehehe..

Post Top Ad

test