Minum petang dengan kuih Nona Manis yang enak bangat! - masam manis

Sep 30, 2014

Minum petang dengan kuih Nona Manis yang enak bangat!


Seperti yang di janjikan, ita akan kongsikan resepi kuih Nona Manis. Tapi ita minta maaf sebab ita tak sempat buat step by step sebab ita buat lewat malam.
Tapi jangan bimbang.. jangan risau kerana kuih ini cukup mudah cara penyediaannya. Ita rasa semua pon boleh cuba!



Ita berkenan dengan kuih ini yang sudah menular ke popularannya. Kuih ini berasal dari Indonesia, dan baru sahaja menerjah ke pasaran tempatan. Oleh kerana masyarakat kita di Asia yang serumpun kebanyakkan kuih muih kita tak banyak bezanya. Kalau ada pun dari segi nama atau sebutan yang mengikut lorat daerah masing-masing.


Resepi kuih ini hasil perkongsian sahabat maya ita, Hesti's yang bermaustautin di Indonesia. Seorang ibu muda yang cukup suka memasak dan merakamkan gambar. Kalau singgah blog beliau pasti teruja melihat keenakan masakan yang di kongsikan.

Dah lama berhajat nak mencuba kuih ini tapi sering terlupa.. bila nampak rakan-rakan maya berkongsi kuih mereka baru ita teringatkan kuih yang satu ini.


Kuih ni rasanya sangat sedap sesedap namanya.. Kejadiannya juga sangat cantik mata memandang. Kuih ni kalau kita lihat pada resepinya kita sudah dapat mengagak, bagaimanakah rasanya. Ianya seakan kuih tepung pelita cuma bezanya tepung pelita terlalu lembik dan lembut hingga terpaksa di makan di dalam bekas. Kuih ni pula yang bahagian luar hijau tu rasanya seakan kuih kasui, kenyal-kenyal lembut. Yang putih santan tu sama lah rasanya seperti kuih tepung pelita yang bahagian santan juga.. lemak-lemak masin.


Kalau nak tengok resepi asal boleh intai di blog Hesti's. Resepi yang ita kongsikan ini ita dah kurangkan sukatan kepada 1/2 daripada adunan asal. Cukuplah untuk ita buat minum petang kami 3 beranak. Ita juga olah sedikit sukatan supaya rasanya mengikut citarasa tekak kita anak tempatan. Ada bahan yang tiada di sini dan di gantikan dengan bahan lain..

Terima kasih kepada Hesti di atas perkongsian resepi yang enak bangat.. ini. Anak dan suami ita cukup sukakan kuih ini  hingga berketul-ketul di makan tanpa jemu..

Bagi yang dah mula mengences tu... lepas ni boleh cuba ya..


NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's

Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum


Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)


Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.


Sedap tau! dia tak manis sangat secukup rasa dengan lemak manisnya.. cuba lah...






39 comments:

  1. salam kak, saya pernah rasa kuih memang sedap masa ke Indonesia lama dulu.

    ReplyDelete
  2. wow nampak menarik sngt kuih nona manis ni Ita...mekasih kongsikan resepinya...mesti cuba ni...suka kuih2 mcm ni...comel je kuih Ita...

    ReplyDelete
  3. comel.. ingtkan pakai buah nona dah tadi.. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Akak,

    Semua resepi sgt mengujakan, sy kembali memasak dan baking pun sebab blog akak.

    Ada resepi yang sy belajar dari sini. Amazing Picture !!!
    Love it !!

    ReplyDelete
  5. Nmpk sdp ssgt kaq.. Dr td tunggu Resepinya.. Sok pg Nk wt tuk Srpn hubby.. Thanks kaq..

    ReplyDelete
  6. Uihh mcm sdap je..bolh bygkan bila kak ita crita ciri2 kuih ni..knyal diluar..lmbut di dlm..bukn mcm sdap nihh..ni mmg sedap ni..mesti cuba...

    Kak ita..sya dh cuba wat peria tu..nih la fes time mkn peria..betullh tak pahit pun..sedap sgt..berselera td mkn tghari...timakasih kak ita kerana info peria dn gmbar k.ita tu telh mmbuatkn sya telh mkn satu lg mknn berkhasiat untuk.kekal sihat...:o)

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Ita...

    Kita mohon nak salin respi..nak bagi Mak, bukan kita nak buat, kita nak suruh Mak buat hahahahaha

    Makaseh Kak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Macam menarik je kuih ni... boleh cuba juga nanti... :)

    ReplyDelete
  9. mmg cantik kuih ni...cantik juga nak hidang pada tetamu

    ReplyDelete
  10. comelnyer kueh tu kak ita, comel mcm kak ita jugak..bleh try ni

    ReplyDelete
  11. cantik sungguh kejadian kuih tu kak...terbaik!Saya nak copy resepi ya kak.terima kasih.

    jemput singgah blog saya ya kak.
    http://zaizamrichvitashop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. salam kak ita
    bole tak kita replace air pandan dengan pandan paste and kalao bole how much paste should i use ye? thanks!

    ReplyDelete
  13. Nk cubalah nnti ..tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  14. Nk cubalah mcm mesti sedap..tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  15. Comelnya kuih ni rasa memanggil untuk cuba

    ReplyDelete
  16. Semua resepi dalam blog akak sedap la...akak try la buat resepi menggunakan gula stevia pula, Dr.Sweet Stevia Sugar untuk gantikan gula. Mane tahu lagi sedap. lagipun stevia lebih baik dari gula..cadangan saje. Nway, banyak resepi kesukaan saya dalam blog akak. saya suka~

    ReplyDelete
  17. As salam Kak Ita...Terima kasih kongsi resepi ni, sedap betul nona manis membelai tekak...sya dah cuba buat, memang sedap..

    ReplyDelete
  18. Assalam Kak ita, Trima kasih ngan perkongsian resepi yg sedap ini...sya dah buat, betul2 sedap..

    ReplyDelete
  19. assalam kak ita..salam perkenalan..Zaty bru pertama kali tengok resepi ni..nampak macam sedap.. nanti boleh la try buat.. =)

    ReplyDelete
  20. Ade jual tak kuih ni? Mcm sedap.sy berminat nk beli

    ReplyDelete
  21. Salam k ita. Nk tanya yer. Adunan A + B tu x perlu masak ke? Tq

    ReplyDelete
  22. Akak, kalau nak buat 300 biji, berapa kotak santan agak2 kena pakai?

    ReplyDelete
  23. Hi kak ita

    Nak tau berapa ml santan pekat tu dan berapa ml air yg ditambah utk genapkan 1cawan?

    Utk buat Nona manis ni ada 3bahan A,B dan C...jadi kena guna 3 Kotak santan 200ml?

    ReplyDelete
  24. Semua resepi dr azlitamasammanis memang akan menjadi, saya sukaaa

    ReplyDelete
  25. Saya dah cuba buat smlm. Sedap n ada masa nk buat lg. Terima kasih share ilmu resepi ni. Minta halalkan ye :-)

    ReplyDelete
  26. Salam Kak Ita. Terima kasih atas perkongsian. Mohon halalkan ilmu ye.

    ReplyDelete
  27. Salam kak ita...nk tanya..mase bhn b da masak..n satukn ke bahan a..nk masak atau juz satukan n kacau tanpa api?

    ReplyDelete
  28. Salam kak ita...nk tanya..mase bhn b da masak..n satukn ke bahan a..nk masak atau juz satukan n kacau tanpa api?

    ReplyDelete
  29. Tq kak, sy br cuba buat... Alhamdulillah hasilnya sgt baik. Selamat berpuasa

    ReplyDelete