Rehatlah anak ku.... mak tau mirul penat.. Tidurlah sayang... - masam manis f

Breaking

Nov 24, 2019

Rehatlah anak ku.... mak tau mirul penat.. Tidurlah sayang...

Al Fatihah
Muhammad Amirul Ashraf bi Salki
31. 3. 1994 ~ 7. 11. 2019


Assalamualaikum..

Lama rasanya kak ita tak menulis di sini, tak bertanya khabar dengan sahabat-sahabat akak di maya ini.
Hari ini kak ita cuba untuk kumpulkan kekuatan dan semangat yang ada  untuk menaip setiap bait-bait ayat.. Insyaallah kak ita cuba kuatkan semangat walaupunn rasannya separuh dari nyawa dan kekuatan diri ini seakan hilang dan bersemadi bersama anak yang kak ita sayang..

Terlebih dahulu kak ita dan keluarga mengambil kesempatan yang ada ini untuk melahirkan dan merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua sahabat-sahabat kak ita di alam maya yang telah sama-sama mendoakan agar urusan anakanda akak Amirul berjalan dengan cukup sempurna.

Alhamdulillah berkat doa kalian semua upacara pengurusan anakanda Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki berjalan dengan cukup sempurna. Terima kasih sekali lagi atas doa kalian yang tak putus-putus buat anakanda Amirul dan juga buat kami sekeluarga.
Walaupun ada suara-suara yang berkata kenapa nak bagi tau kat media sosial..
kenapa nak viral..
sungguh bukan itu yang kak ita inginkan..
kak ita hanya ingikan doa dari sahabat-sahabat.. dan kak ita benar-benar percaya pada kuasa doa.. dan dengan doa kalian lah Ya Allah... sempurana sungguh perjalanan anakanda Amirul dari penghujung hayatnya hinggalah dia di semadikan
Terima kasih sahabat... hanya Allah jua yang dapat membalas dan memberikan gajaran pahala di atas setiap doa dari sahabat semua.


Kami sekeluarga juga megambil peluang yag ada ini untuk megucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat anakanda Amirul yang berusaha sedayanya untuk membawa Amirul ke Hospital bagi mendapatkan rawatan dan meghubungi kami ibu dan ayah Amirul dengan seberapa segera.

Alhamdulillah atas usaha kalian semua dapat auntie dan uncle berjumpa dengan Amirul buat kali yang terakhir walaupun ia sudah terbujur dan hanya nafas terakhir yag masih berbaki untuk berjumpa ayah dan ibunya buat kali terakhir..

Terima kasih juga kerana atas usaha anak-anak sekalian dapat autie membisikkan kalimah sahadah di telinga Amirul.. memaafkannya.. dan meredohkan permergianya jika sememangnya itu yang telah tertulis...

Ya Allah kalaulah boleh di gantikan nyawa ku saat itu.. ingin sahaja aku mejadi galang gantinya.. tapi aku akur dengan setiap perancanganMu.. siapalah aku untuk melawan takdirmu.... mungkin sekiranya dia berada di sisi Kamu adalah lebih baik untuknya...

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan anak yang sebaik ini kepada ku selama 25 tahun..
Aku bersyukur kerana kau memilih rahimku untuk mengandungkan dan melahirkannya.. walaupun sampai saat ini.. aku seakan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku..
Aku berharap ianya hanyalah sebuah mimpi ngeri.. dan setiasa berharap setiap kali aku bangun dari tidur mimpi itu tidak ujud sama sekali...
tapi apakan dayaku... Engkau maha besar lagi maha mengengetahui..



Kepada sahabat-sahabat Amirul..
Amirul ada berpesan pada Auntie pada malam persemadiaanya..
Dia tak mau ada antara rakan-rakan yang menyalahkan diri..
Yang menyesali apa yang telah terjadi..
Semua ini adalah kehendak Allah.. dia akur dan dia berharap kawan-kawannya tetap akrab macam dulu.. utuhkan silatulrahim walaupu dia dah tak ada...
Allah anakku...
tulus dan jujur hatimu.. walaupun kau dah bersemadi.. nak
Mak bangga sangat dengan keperibadian Amirul...
Tulus dan luhur sangat...

Kalaulah Mirul dapat lihat.. pasti Mirul orang yang paling happy..
Ramainya rakan yang mandikan jenazah mirul
Masing-masing berebut-rebut nak mandikan mirul.. walaupun hanya dapat capai sedikit tubuh mirul pun jadilah...
Ramainya rakan yang sembahyangkan mirul.. mak macam tak percaya mirul punnya rakan yang seramai itu...
Ramainnya yang megiringi mirul ke pusara...
ramainya yang medoakan Mirul..
Amirul.. mak dan ayah tak akan sesekali salahkan rakan-rakan mirul.. usaha mereka membawa mirul ke hospital dan memberitahu mak dah ayah pun mak dah lahirkan rasa syukur sangat..
terima kasih banyak-banyak.. hanya Allah juga yag dapat membalas segala-galanya

Mirul..
Cikgu Yong dan Cikgu Dollah pun datang
Cikgu kelas mirul sekolah rendah pun datang juga mirul..
Kawan-kawan mirul dari selolah rendah sampai sekolah menengah pun datang..
Kawan-kawan dari MRSM pun datang
Malam tu Iman dan Syami pun datang..
Rahul pun datang mirul..
Mirul ingat Shafik tak.. ? Syafik pun datang.. yang mak sedih sangat di datang bawa hadiah perkhawian mirul.. Dia dah beli hadiah tu lama dah.. dia tunggu majlis mirul di JB
Tapi kita tak sempat buat... kini majlis mirul jadi majlis Tahlil....

Mirul...
Kawan-kawan Tampin pun datang..
Kawan-kawan Gemas pun datang..
Kawan dari off Spore pun datang..

Semua nak jumpa mirul buat kali yang terakhir..
Semua sayang Mirul
mak tau anak mak baik sangat...
mak redoh mirul pergi.. kerana Allah lebih sayangkan Mirul..

Kepada saudara mara, sahabat handai, jiran-jiran, rakan sekampung, rakan sepermainan, kami sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjunngan dan ziarah kalian semua..
Kalaulah Amirul ada dialah orang yang paling happy sekali..
Walau dalam kesedihan ada juga kemaisan yang tak berpenghujung..



Amirul, atuk ma dan mak cu pun datang tau, alhamdulillah atuk sempat kucup dahi mirul buat kali yang terakhir..
Mak syukur sangat.. orang yang besarkan mirul dari kecil hingga besar semua ada bersama mirul di saat mirul tinggalkan kami.
Mak cik, ayinn.. Noor, nazri pun ada
mak ngah, pak gah, dan nurul pun ada
Cikgu Suhada datang mirul.. bengkak-bengkak mata dia menangis.. dia macam tak percaya mirul dah pergi..
Mak pun tak percaya mirul...
Mak anjang ada
Cik ana pun ada
merekalah yang jaga mirul masa baby dulu..
Alhamdulillah Pak anjang yang imamkan mirul
Pak ngah pun sama uruskan mirul
Alhamdulillah inilah yang mirul inginkan...
Mak long yang bagikan nama Amirul pun datang.. walaupun dia tak sempat lihat mirul
Mak bersyukur sangat , doa mirul dan impian mirul untuk melihat keluarga kita berkumpul menjadi satu keluarga yang besar tercapai..

Ya Allah apa yang ingin kau tujukkan...


Mirul,
Isteri yang mirul cintai pun datang..
Mak tak boleh tengok Airin sedih..
Mak tak boleh tengok Airin nangis..
Mirul janji nak sehidup semati dengan dia..
Tapi kini mirul tinggalkann dia...
Mak akur mirul...
Siapalah kita nak merancang segalanya.. kerana perancangan Allah adalah yang terbaik..
Innsyaallah mak akan jaga harta mirul dunia dan akhirat ini baik-baik...


Mak ayah Airin pun datang..
Adik-adik dia pun datang..
Saudara mara dia pun datang..
Ya Allah... terharu mak Mirul
Mak harap sangat Airin kuat..
Walaupun mak sendiri tak kuat Mirul..


Kepada semua , kak ita dan keluarga dengan rasa rendah diri mohon sekirannya Amirul ada buat salah, ada lukakan hati,
ada menghiriskan hati..
Maafkanlah dia..
Ampukanlah segala dosanya
halalkann segala makan dan minumnya
Sekiranya Amirul ada berhutang atau ada barang yang dia terambil, boleh hubungi ita atau suami

Doakan Amirul..
Di ampukan segala dosanya
Di lapanngkan kuburnya
Di lepaskan ia dari seksa kubur
Di lepaskan ia dari fitnah kubur
Di tempatkan ia di surga yang terindah milik Allah bersama orang yang beriman, orang yang beramal  solleh, para suhada, para anbia dan kekasih-kekasih Allah

AMIN....






Al Fatihah
Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki







19 comments:

#JMBELOG said...

sALAM TAKZIAH, SEMOGA ROHNYA DICUCRI RAHMAT ILAHI.

Fyy Iman said...

Salam takziah semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..
Arwah sakit apa kak?

Nurulatika Yunus said...

Salam Takziah buat akak sekeluarga.. semoga Mirul ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

LiaNa YuSoF said...

Allah.. sedih saya membacanya...
Salam takziah kak..
Semoga Kak Ita & keluarga serta isteri arwah terus kuat dan tabah..

Maaf ya saya bertanya, arwah meninggal sebab apa ya?

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Innalillahiwainna ilaihirojiunnn…


saya juga masih tak percaya hingga sekarang..

Kasturi Nusi said...

Semoga Allah tempatkan amirul dalam kalangan orang2 beriman

Hanim said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Salam takziah buat kak Ita dan keluarga, moga arwah Amirul ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman. Moga kak Ita kuat dan tabah hadapi ujian ini...

Norliha Samad said...

Semoga roh Amirul ditempatkan bersama para solihin. Aaminn. ALFATIHAH

Hernee Nazir said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un.. salam takziah buat kak ita sekeluarga.. semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah.. 😭

Normala Saad said...

Takziah buat Ita sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

Unknown said...

Sangat terharu dan sedih membaca nukilan ita..Amirul memang anak yg baik semiga Amirul ditempatkan dikalangan org yg beriman..aamin

Warisan Petani said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah

zana-norzana said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un.. salam takziah buat kak ita sekeluarga.. semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah..

Unknown said...

Sedihnya membaca dari mula akhir..
Moga diberikan kekuatan pada ibuayahnya, isterinya dan semua yang menyayanginya...

Amin2.. Moga ditempatkan bersama org2 yang beriman..

Zila Zaidon said...

Setiap kali baca entry Ita mesti menangis.....Semoga Ita dan family tabah dgn dugaan ini...Syurga buat Amirul anak yg baik & taat...Aamiin

~ aHLa sWeeTie ^_^ (shazarina hashim) said...

Salam takziah buat kak ita sekeluarga..terpana seketika bile bace kwn2 mirul dari tampin dan gemas..kedua2 itu kampung asal saye,kak...arwah bekerja di n9 ke,kak..?
Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan hamba yang soleh.

Suria Amanda said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un.. salam takziah buat kak ita sekeluarga.. semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah

yani said...

Ya Allah..sayunya rasa hati sebak sangat saya sampai menitis airmata. Moga arwahnya ditempatkan bersama golongan beriman. Allah sangat sayangkan Amirul. Aunty doakan Airin juga tabah menghadapi perkara ini. Moga Kak Ita dan keluaraga sentiasa sabar...perkara ini membuatkan saya teringat arwah adik saya Ahmad Rahmad Mohd Sidek yang meninggal pada tahun 1994, tahun kelahiran Amirul..Al fatihah untuk kedua arwah

melina said...

Assalamualaikum...innalillahiwainnailaihiroji'un.
Salam takziah sis.
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 mukmin.
Al Fatihah.

Post Top Ad

test