Dec 11, 2016

Keria Butterscotch


Keria Gula Melaka adalah kuih atau manisan yang cukup popular kini. Hari-hari ianya lalu lalang di wall fb ita , boleh kata saban masa dan setiap ketika. Hingga ada yang mengambil peluang menjenamakan semula dan memberi nama keria montoks'.

Ita memang dah biasa dengan keria gula Melaka kerana mak ita memang menyediakan keria gula Melaka untuk jualan sejak berzaman lagi. Ita pernah kongsikan resepi keria gula Melaka ni dari tahun 2010 lagi, seawal ita berblog di SINI. Tak sangka, setelah 6 tahun barulah ianya popular dan menjadi kesukaan ramai. Itu pun setelah popularnya keria antara bangsa yang popular di Melaka dan pernah keluar di Majalah 3.


Kalau hari ini ramai rakan di fb yang teruja dengan keria gula Melaka, sebaliknya di Johor Bahru berlainan pula. Kami sedang angau dengan Keria Butterscotch. Sebenarnya ita terus tersuka dengan keria butterscotch ni bila pertama kali ita merasa. Memang sedap sangat! kebetulan ita memang peminat kuih keria. Ita boleh habiskan keria ni berketul-ketul tau!. Keria yang di jual di Buttercotch and Co di Taman Daya JB telah menjadi kesukaan anak murid ita juga. Kerana ita seringkali memesan kuih ini untuk minum petang anak murid yang datang belajar di kelas ita. Hingga ada yang bila pulang dah mula angau nak makan keria butterscotch ni..

Hari ini ita kongsikan resepi Keria Butterscotch untuk di cuba oleh anda semua. Ita pasti ianya juga akan menjadi kegilaan anada juga. Keria gula Melaka ni ita perasan ada yang jual 5 keping RM 5. Tapi di buttercotch and Co, keria 5 keping bersama sauce buttercotch di jual hanya RM 4.50 sahaja.
Kepada yang nak merasa boleh singgah di Butterscotch and Co. Pada yang tinggal jauh bolehlah cuba resepi yang ita kongsikan ini.

Untuk lebih mudah kita sediakan dahulu Butterscotch, kerana sause ini perlu di sejukkan dahulu.

KERIA BUTTERSCOTCH


Butterscotch Sauce

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan golden syrup
secubit garam
1/2 cawan dairy whipping cream / tick kream / double cream
1/3 cawan coklat butterscotch
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gula perang, butter, garam , esen vanilla dalam periuk dan masak hingga gula larut dengan api sederhana
Bila gula dah larut masukkan cream dan masak lagi hingga pekat sedikit
Tutp api dan masukkan coklat butterscotch
Kacau rata dan sejukkan




Keria Gula Melaka

Untuk membuat keria, sebaiknya kita pilih keledek putih, kerana ia kurang serap air dan mudah untuk di bentuk. Jika guna keledek oren atau unggu, jangan kupas kulitnya ya, kita kukus atau rebus bersama kulit supaya ia tak serap air. Bila dah empuk, baru kita angkat sejukkan dan kupas kulitnya.

500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira

3/4 cawan gula Melaka ~ di hiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat

Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk

Dalam kuali yang bersih
Satrukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria



Hidangkan keria bersama sause butterscotch yang yummy!








Dec 7, 2016

Manggo Cheese Cake yang sangat awesome!


Assalamualaikum..
Lamanya ita tak berkongsi resepi dengan follower yang ita sayangi. Last resepi yang ita kongsikan ialah... Pistachio Rose Cake emmm... dah cuba belum? macam mana rasanya kek yang mewah dengan kacang Pidstachio.. bila makan terasa macam berada di zaman kolonial British pulak!

hihi... hari ini satu lagi kek hebat yang ingin ita kongsikan. Makan sambil pejam mata.... seakan tak mahu berhenti menikmatinya... melunsur nyaman di anak tekak ni.... ya Allah betapa hebat anugerah deria rasa yang Allah kurniakan.. Seakan berada di awangan bila dapat menikmati sepotong cheese cake yang osem! wah!.. adakah ku bermimpi.. kerana tak mungkin dengan berat badan yang semacam di pam-pam ni.. ku mampu terawang-awang..

Semalam adalah hari ulang tahun suami kepada adik ita.. sang isteri bercadang untuk menyediakan sebiji kek cheese untuk suami tersayang. Maka datanglah sang isteri ke saloon ita untuk menyediakan kek suprise buat suaminya kerana sang suami sangat mengemari cheese cake. Ita apalagi tumpang sekaki lah.. Alang-alang dah buat.. sekali terus buat 2 biji. Satu untuk adik dan satu untuk ita.. tak kan dok tengok aje.. lelehan manggo cheese yang yummy tu kan... mana boleh tahan...


Sebenarnya dah lama teman-teman fb dan follower ita di masam manis meminta ita buatkan manggo cheese cake. Hajat memang nak buat.. tapi kenangkan badan kita yang semakin montoks ni... kita pendamkan lah dulu hajat di hati..
Bila di sorongkan batal.. kita pun apalagi.. tumpang lah sekali. Inilah hasil manggo cheese cake yang di sediakan oleh adik ita, suami ita dan Dalili. hihi... ita pantau aje... kata cikgu kan... ? ^_^

Sebenarnya semalam ita ada personal kelas. Jadi mereka 3 beranak ni lah yang bertungkus lumus menyediakan manggo cheese cake ni..
emmm.... dapyaaa....!! memang sedap sangat!

Mungkin resepi ita sedikit berlainan dari resepi manggo cheese cake yang lain. Ita tak gunakan yogurt sebaliknya menggunakan sepenuhnya manggo puri dan hasilnya wallah... sedap tak terkata. Anda pun harus cuba!


MANGGO CHEESE CAKE

Untuk menyediakan manggo cheese cake yang non bake, kita pelulah sediakan lapisan dasar untuk kek ini terlebih dahulu. Anda juga perlukan ring untuk menyediakan kek ini, kerana lebih mudah untuk di sediakan nanti.

Base atau Lapisan dasar

150 gm biskut Oreo + biskut Marie ( boleh guna semua biskut Oreo atau semua biskut Marie atau campurkan kedua-duanya 50/50 pun boleh)
50 gm cornflakes  ~ ramas-ramas sikit
90 gm butter ~ di cairkan

Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Tuangkan dalam ring pan yang di lapik alas kek
Ratakan dan padatkan
Sejukkan di dalam peti ais hingga keras

Sekarang kita sediakan manggo puri terlebih dahulu sementara kita tunggu lapisan dasar mengeras

Purri Mangga

3 biji mangga yang masak ranum ~ di buang kulit dan cuci bersih
1 biji di hiris nipis
1 biji di dadu
1 biji di parut atau kisar ( bahagi kepada 2 )
2 sudu besar gula
Paste mangga jika suka

Satukan 1/2 daripada mangga yang di kisar bersama gula dalam periuk dan masak hingga menjadi puri
Tutup api dan masukkan hirisan mangga. Biarkan hirisan mangga lembut.
Sekjukkan

Manggo Cheese

400 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
180 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
300 gm wipping cream ~ non dary
12 gm gelatin
60 ml air
3 sudu besar purri mangga ~ ( yang kita sediakan di atas )

Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang.
Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan 
Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan
ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese.
Kaup balik rata
Ulang proses hingga habis semua  

Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
Susun hirisan mangga tadi 
Ulang proses yang sama
Tuangkan baki adunan dan ratakan
Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam

Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga



Jelly Mangga

Baki 1/2 mangga yang di kisar
Mangga yang di dadu kecil
8 gm gelatin
50 ml air
2 sudu besar gula

Tuangkan gelatin atas air dan buarkan kembang
Panaskan secara kukusan hingga jelatin mencair
Satukan   mangga kisar dalam periuk kecil, gula , dan mangga dadu dan masak dengan api sederhana
Tuangkan gelatin dan gaul rata.

Tuangkan jelly kita ni atas kek.
Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras dan rasa kek yang dingin.
Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
Biasanya ita akan laserkan dulu tepi ring dengan pisau yang ita celupkan dalam air panas supaya mudah untuk keluarkan kek dari ring.
Ada juga yang menggunakan hairdryer dan di panaaskan pada ring supaya mudah untuk keluarkan kek.
Kek ni sangat enak di makan dingin.






Nov 18, 2016

Pistachio Rose Cake


Assalamualaikum..
Lama rasanya jari jemari ni tak mengetuk papan kekuci ni.. Rindu nak sembang panjang macam dulu.. rindu nak main masak-masak dan tangkap-tangkap gambar macam dulu... tapi apakan daya, kesibukkan dan keterbatasan waktu seringkali menghambat. Insyaallah ita akan cuba luangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog kesayangan ita ni. Semoga apa yang di kongsikan dapat memberikan sesuatu yang positif buat semua peminat dunia masakkan.



Seperti yang ita janjikan di Fb ita, kini ita kongsikan resepi yang di nanti-nantikan semua. Maaf kalau lewat bersiaran, ita kena siapakan tempahan kek yang akan di hantar petang ini. Namun dalam kesibukkan mengejar waktu... dapatlah ita penuhi permintaan rakan fb yang meminta ita carikan resepi Pistachio Rose Cake. Katanya nampak sedap sangat kek bertambah menyelerakan hiasan dan taburan mawar yang melengkapi penata hiasan deco kek yang simple dan elegent ini.

Dah lama ita teringin mencuba, setelah mendapat permintaan dari adik ni.. bahan pun ita dah beli... resepi pun ita dah jumpa. Tapi masa terlalu mencemburui.. hingga ita terpaksa menunda dari sehari ke sehari. Namun ita harap setelah ita kongsikan, tertunailah hajat adik kita ni..

Seperti yang ita katakan tadi, kek ni sedap dan rugi jika tak cuba. Ia seakan kek carot, tapi tak ada carot lah.. di gantikan dengan pistachio atau kek victoria sandwich yang di letakkan pistachio untuk menambahkan kelainan.



Resepi kali ini ita ambil dari blog Dima Sharif . Tapi ita olah ikut kesesuaian citarasa tempatan. Ita kurangkan sukatan gula, kerana kebiasannya kek mat salleh ni agak manis medu...  boleh potong kaki wak!
Untuk krimnya pula ita menggunakan resepi cream cheese. Untuk garnish ~ Broken Caramelised sugar-pistachio Barks, ita tak buat. Pada yang rajin boleh lah buat pasti lagi berseri hiasan kek anda nanti.

Ita rasa ramai yang dah tak sabar menanti ni... Jom kita teruskan pada bahan-bahan yang kita perlukan


Pertamanya kita mestikan kena sediakan kacang Pistachio. Kacang ni kita bakar sekejap dalam oven. Suhu 160 bakar dalam 10 minit atau hingga kacang kita masak. Bila dah masak, biarkan sejuk sebelum kita cincang kasar. 

Selain Pistachio bebagai hero, pasti rose adalah heroinnya. Ros water atau air mawar anda boleh dapatkan dari kedai bakery atau kat supermarket pun ada jual. Bunga rose kecil atau rose kering tu anda boleh dapatkan dari kedai Cina jual tea atau kedai ubat Cina. Atau ita beli di Cold Storage.

Dalam resepi Dima menggunakan sugar syrup , sebaliknya ita gantikan dengan golden syrup untuk bau dan rasa yang lemak memikat.

Dima juga meletakkan serbuk buah pelaga. Kalau suka boleh letak kalau tak suka tak payah letak, atau kalau nak gantikan dengan serbuk kulit kayu manis pun boleh rasanya.

Setelah dapat bahan utama, jom kita mulakan


ROSE PISTACHIO CAKE
By : Dima Sharif

Mula-mula kita sediakan dulu kek Pistachio

PISTACHIO CAKE

200 gm unsalted butter ~ suhu bilik ( lembut )
120 gm gula caster ~ gula ni ita dah kurangkan sukatannya
175 gm Pistachio ~ di bakar ( ita bakar 200 gm, 175 utuk kek dan bakinya larikan untuk hiasan )
140 gm tepung naik sendiri
1 1/2  sudu teh serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh baking powder
4 biji telur ~ gred A
4 sudu besar air mawar
1 cawan sugar syrup ~ ita gantikan dengan 3/4 cawan golden syrup


Pistachio di bakar sebentar dalam oven suhu 160 selama 10 - 15 minit
Angkat dan sejukkan
Kemudian di cincang kasar
Satukan butter dengan gula dan pukul dalam mixer hingga lembut dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi 
Masukkan golden syrup dan putar lagi
Masukkan air mawar dan terus putar 


Ayak tepung bersama baking powder
Satukan tepung bersama pistachio dan letakkan serbuk pelaga ( jika suka )
kacau rata

Tuangkan adunan tepung dan kacang dalam adunan butter dan kaup balik rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuangkan dalam loyang 8 inci yang telah di lapik dan di grees dengan sedikit butter
Bakar dalam oven dengan suhu 170 selama 30 minit
Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai

Sementara tunggu kek kita sejuk, kita sediakan krimnya pula


CREAM CHEESE

50 gm coklat masakkan putih
350 gm cream cheese
150 gm Non dairy Whipping Cream
45 ml air
11 gm gelatin
50 gm gula icing
1 sudu teh pes lemon


Taburkan gelatin pada air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Cairkan coklat masakkan putih secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Satukan coklat masakkan dengan gelatin, gaul rata dan ketepikan
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing dan pukul adunan rata
Tambahkan pes lemon dan adunan gelatin dan coklat dan pukul sebati


Dalam bekas lain, putar non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream dan cheese dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag
Ketepikan

Dah pun siap, sekarang kita sediakan pula bahan untuk hiasan kek

Bunga rose kering ~ boleh beli di Cold Storage atau kedai sengsey
Filing ~ terpulang nak letak filing apa, strawberry, rasberry atau bluberry
Pistachio cincang sebagai hiasan


Potong kek kepada 2 kepingan
Letakan 1 keping kek atas lapik kek
Letakkan cream cheese
Letakkan pula filling dan ratakan
Tutup dengan sekeping lagi kek
Ulang proses yang sama hingga habis
Hiaslah kek dengan taburan bunga ros dan kacang pistachio yang di cincang tadi
Simpan kek dalam peti ais sebentar sebelum di hidangkan


Yum.. yum.. yum...
Dapnyaaaaa....





Nov 9, 2016

2 Tier Cake Class

Two Tier Cake Class
Belajar Deco kek 2 tier dengan hiasan bunga Korean Flower
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana Johor Bahru ( berdekatan Jusco Tebrau dan Hospital Sultan Ismail )
Tarikh : 4 December 2016 
Yuran : RM600 seorang bagi mereka yang pernah join kelas kak ita sebelum ini yuran RM 580
Small class untuk 4 orang peserta sahaja
Masa : 8.30 pagi hingga selesai deko (6pm)

Peserta akan diberikan secara percuma:
* Apron Masam Manis
* Buku tutorial
*Kek yang telah siap di deco boleh di bawa pulang
Sarapan pagi dan makan tengahari di sediakan
Tempat pembelajaran yg selesa dan berhawa dingin.
Ruang solat yang selesa.
Peserta tidak perlu membawa sebarang keperluan deko kerana semua peralatan disediakan.

Syarat Penyertaan :-
* Peserta perlu mahir menggunakan piping dan harus mahir menyediakan kek hiasan. Kelas tidak akan di ajar membuat dan melepa kek.

Pembelajaran :-
* Peserta di ajar mendeco dengan menggunakan kek sebenar
* Peserta akan diajar cara untuk membentuk bunga dari buttercream
* Peserta juga akan diajar beberapa bunga lain dan daun sebagai tambahan
* Peserta akan di ajar pemilihan warna untuk daun dan bunga yang betul
* Peserta juga akan diajar cara menyusun atur bunga di atas kek.
* Peserta di ajar bagaimana nak dapatkan kek buttercream yang licin dan sharp edge
* Peserta akan belajar membuat 2 buttercream untuk deco kek ( buttercream biasa ~ American Buttercream ABC )
* Peserta akan di ajar bagaimana nak stack kek 2 tier
* Bagaimana nak membungkus kek untuk penghantaran

Tempat adalah sangat terhad.
Peserta yang berminat boleh watsup PA saya di talian 018-7691544.
Bagi yang ingin mendaftar kelas sila berikan nama dan dari mana untuk memudahkan komunikasi.





Nov 8, 2016

Kelas Cupcake


Kelas Cup Cake Fondant
Small group ( max 6 org )
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana Johor Bahru
( berdekatan Juco Tebrau dan HSI )
Tarikh : 13 November 2016
Yuran : RM390 (Ex ~ RM 360)
Masa : 8.30 pagi hingga selesai deko (6pm)

Peserta akan diberikan secara percuma:
* Apron Masam Manis
* Buku tutorial cup cake
*9 cupcake yang siap di deko boleh di bawa pulang

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang di sediakan
Tempat pembelajaran yg selesa dan berhawa dingin.
Ruang solat yang selesa.
Peserta tidak perlu membawa sebarang keperluan deko kerana semua peralatan disediakan.

Syarat Penyertaan :-
* Peserta harus mahir menyediakan cupcake. Kelas tidak akan di ajar membuat cup cake

Pembelajaran :-
* Peserta akan diajar cara untuk membentuk hiasan atas cupcake
* Peserta juga akan diajar dekorasi lain sebagai tambahan
* Peserta juga akan diajar cara menyusun atur hiasan di atas cupcake.

Tempat adalah sangat terhad.
Peserta yang berminat boleh watsup PA saya di talian 018-7691544.
Bagi yang ingin mendaftar kelas sila berikan nama dan dari mana untuk memudahkan komunikasi.




Nov 7, 2016

Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt


30 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Kelas Cup Kek Korean Flower Buttercream di Masam Manis Cake Salon.
Alhamdulillah kelas berjalan lancar sebagaimana yang telah di rancang, walaupun Salon Masam Manis belum siap sepenuhnya.
Terima kasih kepada semua pelajar yang mengambil bahagian , yang datang dari jauh dan dekat. Kelas kali ini ada pelajar yang datang dari Kuantan Pahang. Alhamdulillah terima kasih kerana senantiasa menyokong Masam Manis.


Alhamdulillah impian menjadi kenyataan. Masam Manis Salon di tubuhkan setelah genap 6 tahun Masam Manis berblog. Ianya juga merupakan satu hadiah dan penghargaan buat Masam Manis sempena ulang tahun Masam Manis yang ke 6 tahun.

Tak sangka kejam celik kejam celik dah 6 tahun Masam Manis melayari dunia maya. Enam  tahun merupakan proses kematangan, setelah pelbagai ranjau dan duri, pahit maung dan masam manis yang telah di lalui, kini Masam Manis cuba mengorak langkah untuk mengapai impian. Doakan masam Manis terus bertapak di dunia maya ini.


Senarai nama peserta kali ini

Faiz Mazidah dari Muar
Jessica dari Taman Impian Emas
Nana dari Kuantan
Fauziah dari Senai
Rohana dari Segamat
Sakinah dari segamat
Syahida dari Kuantan
Yati dari Kulai
Zael dari Bukit Indah

Kelas yang sangat menceriakan dengan keletah dan gelagat setiap peserta. Walaupun pada mulanya agak malu-malu kucing... mungkin persekitaran yang baru.. kawan-kawan baru.. dan ada rasa takut dan segan barangkali dengan kak ita.
Tapi semakin masa berlalu semakin selesa.. semakin ceria hingga terdengar suara lemak merdu, pelajar menyanyi girang sambil jari jemari ligat membentuk kelopak bunga. Seronok sangat kak ita rasa.. hingga hilang penat memunggah barang-barang dan mengemas salon baru ini.




Terima kasih semua kerana menceriakan hari-hari kak ita. Seronok bertemu kalian semua. Teruskan dengan minat anda. Jangan putus asa untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Kembangkan kreativiti anda.. insyaallah doa kak ita sentiasa untuk anda mencapai impian yang di harapkan.

Jom kita intai hasil tugasan pelajar hari ini.


masa untuk klick! klick!






Menu hidangan dan sajian kami hari ini
Sarapan pagi dengan nasi lemak dan kuih muih, makan tengahari, nasi beriani dari Restoran Sahab yang terkenal dengan keenakkan nasi berianinya di Johor dan minum petang Keria Butterscoth yang sangat sedap dari Butterscoth N Co



Terima kasih semua dan semoga kita berjumpa lagi insyaallah...
Kepada yang berhajat nak masuk kelas Masam Manis, boleh hubungi pa akak di talian whatsapp 018 7691544






Anak mak dah convo!


Bila anak dah combo.. aduiiii... diri ini sudah berasa semakin hampir dengan garisan penamat.. dah semakin senja dah usia ni..

Dah besar dah anak omak ni..
Masih ingat lagi waktu mereka kecil di kelek di gendong kesana ke mari. Kejap aje masa berlalu dah pun meniti alam dewasa.
Semoga ia menjadi pemagkin ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Semoga berjaya menjadi manusia yang bukan sahaja berjaya di dunia, malahan berjaya juga di akhirat sana kelak.
Teruskan usaha, tapi jangan sesekali menongkak langit. Di mana bumi di pijak , di situ langit di junjung.
Ikut resemi padi semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Doa emak dan ayah senantiasa mengiringi perjalanan mu...



Nov 2, 2016

Kelas Korean Flower New Buttercream di JB


Alhamdulillah selesai sudah kelas Korean Flower Buttercream ( New Buttercream ) buat pertama kalinya.
Kelas masih lagi berlangsung di Starhill Golf And Country Club Johor.
Sebenarnya bedebar jugak nak handle kelas ni. Al maklumlah ia nya merupakan buttercream baru, dan ita tak tahu bagaimana penerimaan pelajar. Adakah lebih mudah atau lebih sukar untuk di kendalikan.

Rata-rata alhamdulillah ita puas hati dengan hasil sentuhan pelajar, walaupun pada mulanya ianya adalah agak sukar. Ialah dah biasa guna buttercream biasa ABC, sekarang kena ubah , pasti ada pro dan kontranya. Ada sesetengah bunga yang mereka harus lebih kuatkan lagi praktis supaya hasilnya menjadi lebih WOW!

Kali ini pelajar lebih bijak dalam pemilihan warna dan penyusunan bunga. Boleh di katakan pelajar kelas kali ini adalah pelajar yang seringkali mengikuti kelas kak ita. Dah banyak kali join kelas kak Ita. Alhamdulillah atas segala kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Rasa syukur yang tidak terhingga atas kepercayaan yang di berikan. Oleh kerana itu kak ita lihat mereka dah semakin pandai bermain warna, pandai dalam penyusunan bunga, sudah semakin mahir dalam selok belok cara memeggang piping bag untuk dapatkan kelopak bunga yang sebenar.

Memang kak ita rasa seronok sangat melihat hasil sentuhan mereka yang semakin hari semakin kemas. Bukan itu aje, mereka juga sudah serasi nampaknya bagaimana nak kendalikan kek, lebih yakin dan lebih kreatif.



Apa yang ita suka, mereka lebih konsisten dalam melaksanakan tugasan, lebih teratur dan meja juga lebih kemas dan rapi.

Pasti ada yang dah tak sabar nak lihat hasil sentuhan dari setiap pelajar kali ini. Jom kita lihat hasil sentuhan masing-masing.













Cantikkan..
Cara susunan dan pilihan warna yang tepat. Pilihan warna, di pilih oleh pelajar sendiri, kak ita hanya tegur jika kak ita rasa warna terlalu terang atau kombination yang tidak sesuai. Selain itu semua mereka hasikan sendiri.

Mereka sudah bersiap sedia menerima tempahan dari anda pula. Kepada yang berhajat untuk membuat tempahan silalah hubungi mereka.




Aidamainoen Mohd Noh ~ dari Batu Pahat
Noorita Jaafar ~ Sedap Kek Dan Biskut Bandar Baru Uda
Tuty Idayu Hasyim ~ dari Tampoi Johor
Annur Azuah  ~ dari Kulai Johor
Siti Zarifah Redzuan ~ dari Seremban
Naz Elia Sofea ~ dari Segamat
Zael  ~ Johor Bahru

Yang lain kak ita tak dapat fb mereka lagi nanti kak ita masukkan link bila kak ita dapat fb mereka ya.


Terima kasih kepada Starhil Golf And Country Club atas hidangan sarapan pagi dan makan tengahari kami. Tempat pembelajaran yang selesa dan layanan yang memuaskan.

Terima kasih yang tak terhingga dari kami team Masam Manis, kepada pelajar-pelajar yang sudi datang dari jauh dan dekat. Semoga apa yang di sampaikan dapat di pratikkan sebaikkan dan jalinan ukhwah ini berterusan selamanya..

Jika ada sebarang kelemahan dan kekurangan, kak ita mewakili team Masam Manis, menyusun sepuluh jari mohon kemaafan, halalkan segalanya.

Terima kasih juga kepada Aida yang hadiahkan kak ita kek yang sangat sedap, maaf tak sempat nak ambil gambar dah habis. Insyaallah akak cuba siapkan video tutorian secepat mungkin untuk memudahkan lagi pelajar praktis dan tak lupa apa yang akak ajarkan.


Terima kasih semua dan semoga kita berjumpa lagi insyaallah...
Kepada yang berhajat nak masuk kelas Masam Manis, boleh hubungi pa akak di talian whatsapp 018 7691544




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.