Assalamualaikum..
Lama rasanya jari jemari ni tak mengetuk papan kekuci ni.. Rindu nak sembang panjang macam dulu.. rindu nak main masak-masak dan tangkap-tangkap gambar macam dulu... tapi apakan daya, kesibukkan dan keterbatasan waktu seringkali menghambat. Insyaallah ita akan cuba luangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog kesayangan ita ni. Semoga apa yang di kongsikan dapat memberikan sesuatu yang positif buat semua peminat dunia masakkan.
Seperti yang ita janjikan di Fb ita, kini ita kongsikan resepi yang di nanti-nantikan semua. Maaf kalau lewat bersiaran, ita kena siapakan tempahan kek yang akan di hantar petang ini. Namun dalam kesibukkan mengejar waktu... dapatlah ita penuhi permintaan rakan fb yang meminta ita carikan resepi Pistachio Rose Cake. Katanya nampak sedap sangat kek bertambah menyelerakan hiasan dan taburan mawar yang melengkapi penata hiasan deco kek yang simple dan elegent ini.
Dah lama ita teringin mencuba, setelah mendapat permintaan dari adik ni.. bahan pun ita dah beli... resepi pun ita dah jumpa. Tapi masa terlalu mencemburui.. hingga ita terpaksa menunda dari sehari ke sehari. Namun ita harap setelah ita kongsikan, tertunailah hajat adik kita ni..
Seperti yang ita katakan tadi, kek ni sedap dan rugi jika tak cuba. Ia seakan kek carot, tapi tak ada carot lah.. di gantikan dengan pistachio atau kek victoria sandwich yang di letakkan pistachio untuk menambahkan kelainan.
Resepi kali ini ita ambil dari blog Dima Sharif . Tapi ita olah ikut kesesuaian citarasa tempatan. Ita kurangkan sukatan gula, kerana kebiasannya kek mat salleh ni agak manis medu... boleh potong kaki wak!
Untuk krimnya pula ita menggunakan resepi cream cheese. Untuk garnish ~ Broken Caramelised sugar-pistachio Barks, ita tak buat. Pada yang rajin boleh lah buat pasti lagi berseri hiasan kek anda nanti.
Ita rasa ramai yang dah tak sabar menanti ni... Jom kita teruskan pada bahan-bahan yang kita perlukan
Pertamanya kita mestikan kena sediakan kacang Pistachio. Kacang ni kita bakar sekejap dalam oven. Suhu 160 bakar dalam 10 minit atau hingga kacang kita masak. Bila dah masak, biarkan sejuk sebelum kita cincang kasar.
Selain Pistachio bebagai hero, pasti rose adalah heroinnya. Ros water atau air mawar anda boleh dapatkan dari kedai bakery atau kat supermarket pun ada jual. Bunga rose kecil atau rose kering tu anda boleh dapatkan dari kedai Cina jual tea atau kedai ubat Cina. Atau ita beli di Cold Storage.
Dalam resepi Dima menggunakan sugar syrup , sebaliknya ita gantikan dengan golden syrup untuk bau dan rasa yang lemak memikat.
Dima juga meletakkan serbuk buah pelaga. Kalau suka boleh letak kalau tak suka tak payah letak, atau kalau nak gantikan dengan serbuk kulit kayu manis pun boleh rasanya.
Setelah dapat bahan utama, jom kita mulakan
ROSE PISTACHIO CAKE
By : Dima Sharif
Mula-mula kita sediakan dulu kek Pistachio
PISTACHIO CAKE
200 gm unsalted butter ~ suhu bilik ( lembut )
120 gm gula caster ~ gula ni ita dah kurangkan sukatannya
175 gm Pistachio ~ di bakar ( ita bakar 200 gm, 175 utuk kek dan bakinya larikan untuk hiasan )
140 gm tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh baking powder
4 biji telur ~ gred A
4 sudu besar air mawar
1 cawan sugar syrup ~ ita gantikan dengan 3/4 cawan golden syrup
Pistachio di bakar sebentar dalam oven suhu 160 selama 10 - 15 minit
Angkat dan sejukkan
Kemudian di cincang kasar
Satukan butter dengan gula dan pukul dalam mixer hingga lembut dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
Masukkan golden syrup dan putar lagi
Masukkan air mawar dan terus putar
Ayak tepung bersama baking powder
Satukan tepung bersama pistachio dan letakkan serbuk pelaga ( jika suka )
kacau rata
Tuangkan adunan tepung dan kacang dalam adunan butter dan kaup balik rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuangkan dalam loyang 8 inci yang telah di lapik dan di grees dengan sedikit butter
Bakar dalam oven dengan suhu 170 selama 30 minit
Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai
Sementara tunggu kek kita sejuk, kita sediakan krimnya pula
CREAM CHEESE
50 gm coklat masakkan putih
350 gm cream cheese
150 gm Non dairy Whipping Cream
45 ml air
11 gm gelatin
50 gm gula icing
1 sudu teh pes lemon
Taburkan gelatin pada air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Cairkan coklat masakkan putih secara double boiler atau masukkan dalam microwave
Satukan coklat masakkan dengan gelatin, gaul rata dan ketepikan
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing dan pukul adunan rata
Tambahkan pes lemon dan adunan gelatin dan coklat dan pukul sebati
Dalam bekas lain, putar non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream dan cheese dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag
Ketepikan
Dah pun siap, sekarang kita sediakan pula bahan untuk hiasan kek
Bunga rose kering ~ boleh beli di Cold Storage atau kedai sengsey
Filing ~ terpulang nak letak filing apa, strawberry, rasberry atau bluberry
Pistachio cincang sebagai hiasan
Potong kek kepada 2 kepingan
Letakan 1 keping kek atas lapik kek
Letakkan cream cheese
Letakkan pula filling dan ratakan
Tutup dengan sekeping lagi kek
Ulang proses yang sama hingga habis
Hiaslah kek dengan taburan bunga ros dan kacang pistachio yang di cincang tadi
Simpan kek dalam peti ais sebentar sebelum di hidangkan
Yum.. yum.. yum...
Dapnyaaaaa....
28 comments:
Thank you kak ita... Sure iam gonna try it out...
Salam kak ita, bunga ros kering tu boleh dptkan kat mana ya? Boleh makan ke? ��
Salam kak ita, terima kasih sebab kongsi resepi. Nk tanya.. Kat mana boleh dptkan bunga ros kering tu & boleh makan ke bunga tu? 😄
Assalamualaikum ita...terima kasih banyak sebab kongsikan resepi kek ni..insyaallah nanti saya cuba..
Cantik sangat dgn taburan pistachio dan rose tu..
Tq kak ita....
Salam, saya ada jual dried french rose. hanya rm25 per jar. boleh whatsapp saya di 013.256 2549 @ check fb saya Nabihah Mustafa II (:
Ble dot kt Kedai ubt cina or cold storage sis
Nampak simple tapi mesti sedap. Sbb kacang cerdik tuuu mmg kak plg suke..
ya Allah meleleh air liur tengok. kenapa suka buat kek sedap2 ni. haha. berkeroncong terus perut.
Jazakallahkhair. Satu perkongsian yang sangat detail.
As salam kak, saya suka tengok orang baking..jeles tapi bila try buat selalu tak jadi..menyampah!!!haha..mungkin rezeki saya untuk makan orang buat daripada makan yang sendiri buat hehe..
Love your cake..looks yummy n delicious!!
Kalau ada kelapangan jemput singgah ke blog saya yer..
yanifreshpickslovers.blogspot.com
Salam ukhuwah :)
SALAM
kak ita kalau buat kek ni lepastu kena simpan fridge ke? kalau kita nak hidang esoknya. tahan x kak?
Tqvm kak azlita share resepi... Suka sgt follow blog kak azlita :)
teringin jugak nak cuba. Tqvm kak ita share resepi.
kak ita, cemana klu saya nk order ye?bleh wassup saya tak? Ina 0169527952
Salam
Tuhan memberkati
Maket Pasta
Kak Ita blh trus guna ya on cake dried roses nie
Kak ita, kalau pakai pistachio yang ready to eat tu boleh x?
assalamualaikum Puan Ita, terima kasih kerana selalu berkongsi resipi kek2 hebat yang tgh intrend skrg....mohon share ya...jazakillah..
Tq k.ita atas sharing resipi ni
Salam kak ita,thanks sebab share resepi.nak tanya,mana kita boleh dapatkan edible fresh flower utk decorate kek tu ye?
Salam kak ita,thanks sebab share resepi.nak tanya,mana kita boleh dapatkan edible fresh flower utk decorate kek tu ye?
Salaam akak,boleh tau mana akak beli kacang pistachio?
salam puan ita, adakah setiap frosting yg puan buat, pukan akan leak gelatin? adakah tujuan nya utk frosting tidak cepat cair/mengalir?
nak share info je..itu rose kering kak...kak kedai herba cina ada..
nak share info je..itu rose kering kak...kak kedai herba cina ada..
salam..just nak share info..itu rose kering..ada jual kat kedai herba cina
Hi.. .Sy nak tanya rose tu masih ada jual x?
Post a Comment