Apr 16, 2017

Nasi Lemak Mudah Dan Ringkas


Ita sediakan nasi lemak ni 2 hari yang lalu. Sebenarnya ita seringkali menyediakan nasi lemak untuk sarapan atau makan malam keluarga. Rata-rata anak-anak dan suami ita suka akan nasi lemak yang membuatkan ita kerap memasak nasi lemak untuk hidangan keluarga.

Nasi lemak makanan yang cukup popular di Malaysia. Kini di makan tidak kira untuk sarapan pagi mahupun untuk makan malam. Cara penyediaan nasi lemah cukup mudah dan ringkas sebenarnya, tapi kini terdapat pelbagai pilihan lauk pauk yang di makan bersama nasi lemak menjadikan ianya satu hidangan yang cukup di gemari tidak mengira bangsa dan kaum.

Berita gembira untuk adik-adik yang mula berjinak-jinak ke dapur. Sekarang kak ita ada rancangan baru.. "mari memasak bersama kak ita " di ig kak ita. Bagi adik-adik yang baru cuba-cuba nak ke dapur,  yang baru mula nak memasak untuk kelurga, bolehlah follow kak ita di ig kak ita azlitaaziz
Buat masa ini ada beberapa resepi yang kak ita tunjukkan cara memasaknya dan salah satunya adalah resepi set lengkap Nasi Lemak ini. Selain itu kak ita juga ada kongsikan bagaimana kak ita menyediakan kek 3D berbentuk teddybear bagi adik-adik bakers kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia bakers. Insyaallah jika ada kek deco yang lain kak ita akan kongsikan di sana. Jadi rajin-rajinlah jenguk ig azlitaaziz ^_^ jangan lupa like dan follow ya!

Sebenarnya ita terpanggil untuk menunjukkan cara memasak, setelah ita dapati masih ada lagi adik-adik ita di luar sana yang masih takut ke dapur dan masih lagi tidak pandai memasak. Ada yang anak dah masuk 3.. 4 pun.. masih lagi tak pandai memasak. Aduh! sedih akak...
Memasak bukanlah satu yang sangat susah.. ia cukup mudah sebab tu kita seringkali dengar orang kata.. ala resepi campak-campak aje.. itu sudah cukup mengambarkan yang memasak ni sangat mudah semudah ABC.

Sebenarnya ita dulu pun tak pandai masak tau! ialah ita mempunyai adik beradik yang ramai.. dan emak telah membahagikan tugas mengurus rumah tangga kepada kami adik beradik. Ada yang tugasnya masak, ada mengemas, ada yang basuh kereta, ada cuci baju, ada lipat kain.. dan tugas ita mengemas dan pergi kedai.. sebab itu ita memang tak pandai masak.. kalau kemas rumah tak payah cakap memang tip top! ( amboi angkat bakul nampak.. hihi )

Bila berumahtangga, adoiii... seram sejuk di buatkannya lebih-lebih lagi bila kena tinggal dengan mak mertua. Mujur masa tu ita kerja jadi masa ita tak banyak di rumah. Bila tinggal rumah sendiri.. barulah ita kerkial-kial nak belajar masak. Apa yang membuatkan ita nak belajar masak bila mak ita pesan " kita kalau nak suami sayang kita.. jaga makan pakai dia... yang paling penting jaga perut dia.. "  mak mertua ita pula selalu ingatkan ita supaya jangan biarkan orang lelaki masak untuk kita..
Kata-kata dari dua insan yang amat ita sayangi inilah yang membuatkan ita berkobar-kobar dan berazam untuk pandai memasak.

Ada orang dia akan kata " saya dah kata kat suami sebelum kawin lagi.. saya tak pandai masak.. jadi bila dah kawin jangan paksa saya masak sebab saya memang tak tahu masak"

Adik-adik yang kak ita kasihi dan sayangi...
Jangan jadikan kata-kata kita sebagai senjata kita untuk mengelak atau melepaskan tengkuk dari menjalan tugas dan tanggung jawab. Memaglah semua orang pun tak pandai masak.. tapi kalau kita tak nak belajar dan perbaiki diri.. sampai bila..? kalau tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.. tak ada satu orang manusia pun yang lahir-lahir terus pandai masak.. nak seibu daya tak nak seribu dalih. Sebab tu ada pepatah atau kata-kata orang tua.. orang perempuan ni belajar setinggi langit pun akhirnya duk ceruk dapur jugak! itu menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri..

Adik-adik sayang tak kat suami...? sayang tak kat anak-anak..?
haaaa... kalau sayang haruslah di belai macam kita sayang kucing.. kita belai.. kita bagi makan baik-baik.. ni tahu sayang aje... tapi tak nak masak untuk suami dan anak-anak.. kalau suami cari orang lain.. pandai pulak meraung.. melakak..

Ok kak ita tak nak membebel.. tolong ya adik-adik.. cuba belajar masak.. tak susah mana pon.. akak percaya bila adik-adik dah mula memasak pasti rasa seronok sangat!! bila tak masak rasa macam ada yang tak cukup lengkap tugasan kita sehari.. ala.. belajar masak yang simple.. simple aje dulu.. akak percaya bila adik-adik akak dah mula masak pasti suami dan anak-anak dah tak nak makan kat luar dah.. mesti nak rasa air tangan ibu tersayang...

Jom kita semak resepi nasi lemak mudah dan ringkas. Untuk cara memasak boleh lihat di ig ita azlitaaziz


NASI LEMAK MUDAH DAN RINGKAS

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 cawan air
* jika masak tak ramai boleh lah kurangkan sukatan beras. Sukatan air dan sukatan beras adalah sama jika gunakan beras biasa. Tapi bergantung pada beras jugak. Jadi harus kenal dengan beras yang di gunakan.
3 sudu besar santan KARA ( santan ni campur dengan air * kalau guna 2 cawan beras santan letak 2 sudu )

1 sudu teh halba
1 sudu teh garam halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
1 batang serai ~ di ketuk perdunya
2 inc halia ~ di titik atau di hiris

Dalam periuk nasi, panaskan  minyak
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur.
Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan  tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit
Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih
Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan beras
Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS 

1 cawan ikan bilis ~ di siang dan di goreng

Bahan kisar
1 cawan cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

1 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam 
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )
1/2 sudu teh aji no moto jika suka

Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
Bila minyak dah panas gorengkan ikan bilis hingga garing
Angkat dan toskan
Panaskan minyak semula
Bila minyak dah panas, masukkan cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak
Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
Bila dah garing masukkan air asam jawa
Lepas tu perasakan dengan garam
Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar dia merenih kejap 
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk
Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis, supaya bila makan ikan bilih masih rangup!

SAYUR KACANG GORENG

1 ikat sayur kacang panjang ~ potong serong
1 batang lobak merah ~ potong mancis
1 batang cili merah ~ hiris nipis

bahan hiris

5 ulas bawang merah ~ di hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inc halia ~ hiris halus

Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak dah panas, masukkan bahan hiris dan masak hingga layur
Masukkan sayur yang telah di hiris
Masak hingga sayur layur tapi masih rangup ( jangan lama sangat masak sampai lecur )
Perasakan dengan garam dan secukup rasa
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak





Apr 15, 2017

Kek Onde-onde yang sedap sangat!


Seperti yang kak ita janjikan dalam ig dan dalam blog yang kak ita akan kongsikan resepi kek yang sangat sedap ini.
Pelbagai kek kini muncul di pasaran dengan pelbagai tema dan rupa. Kini satu lagi kek yang pada kak ita amat serasi dengan anak tekak kak ita yang ke kampungan ni. Kek onde-onde di beri nama , mungkin cara penyediaannya yang mirip kepada kuih onde-onde atau rasanya yang mungkin serupa barangkali. Tapi pada kak ita, kek dan kuih adalah dua benda yang berbeza dan kak ita gabungkan keduanya dalam satu kek supaya dapat di nilai sendiri keenakkan yang sungguh asli.


Mungkin ada yang kata kek ni sama dengan kek pandan gula Melaka, hampir serupa tapi agak berlainan dari segi krimnya kerana pandan gula Melaka menggunakan swiss meringue buttercream , manakala kek onde-onde menggunakan cheese. Itulah yang memberikan kelainan pada kek yang satu ini.

Ok lah.. kita tak payah nak sembang banyak sangat, nampak dah berjeje-jejeh.. dah air liur masing-masing... ^_^  Jom kita masuk dapur dan kita mulakan proses untuk menyediakan kek yang sungguh enak ini.



KEK ONDE-ONDE


Kek Span Pandan

150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula halus
5 biji telur A
80 ml santan
4 helai daun pandan
80 ml unsalted butter yang di cairkan
1 sudu besar ovellete
pewarna hijau
pandan emulco



Mula-mula kita satukan tepung gandum dan baking powder dan ayak
daun pandan cuci bersih dan potong kecil. Masukkan dalam blender, letakkan santan dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis
Satukan jus santan pandan dengan pewarna pandan dan paste pandan emulco. Kacau rata
Butter di cairkan


Satukan telur, gula dan ovellet dan mixer dan putar hingga berbuih
Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar hingga gebu
Masukkan pula jus pandan santan dan putar dengan speed laju hingga gebu
Tutup mixer
Masukkan butter cair dan kaup balik rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang 8 inc yang telah di sapu butter dan di letakkan kertas minyak ( anggaran 350 gm setiap satu loyang )
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 selama 45 minit
Setelah masak, cepat-cepat keluarkan dari loyang dan terbalikan atas redai.
Kemudian terbalikkan semua atas lapik kek.
Proses ini kena lakukan dengan cepat supaya kek tak turun atau penyek oleh tarikkan graviti.

Setelah kek kita siap kita sediakan pula syrup gula Melaka

Syrup Gula Melaka

1/2 cawan gula melaka ~ di hiris atau 4 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul
1 sudu besar tepung jagung


Satukan semua bahan ini dalam periuk dan masak hingga ia pekat. Jangan lupa untuk sentiasa di kacau sewaktu proses memasak gula
Kemudian tapis
Biarkan ia sejuk

Sementara kita tunggu syrup gula Melaka kita sejuk, kita sediakan pula krimnya



Cream Cheese Gula Melaka

250 gm cream cheese
200 ml syrup gula Melaka
60 gm gula icing
300 gm whipping cream
12 gm gelatin
45 ml air


satukan gelatin dalam air dan biarkan ia kembang
Kemudian cairkan cara kukusan atau masukkan dalam microwave
Satukan cream cheese dan gula icing, dan putar hingga ia lembut dan berkrim
Tuangkan gelatin yang cair sambir terus di putar


Kemudian tuangkan syrup gula Melaka dan gaul rata
Dalam mixer yang bersih, putarkan non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream bersama cheese gula melaka dan kaup balik rata
Sedia di gunakan



Proses Penyediaan


Kek span pandan yang telah kita sediakan tadi, kita potong setiap loyang kepada 2 keping
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek span yang nipis

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Tuangkan syrup gula melaka dan ratakan
Paipkan cream cheese gula Melaka dan ratakan
Kemudian letakkan sekeping lagi kek
Ulang proses yang sama hingga selesai.
Salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese gula Melaka
Kemudian salutkan keseluruhan kek dengan kelapa kering ( boleh di beli di kedai bakery)
Hiaslah kek mengikut citarasa anda.



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !


Apr 11, 2017

Russian Honey Cake Medovik


Mulanya  ita ingat nama kek ini Mendovik, rupanya ita silap bila seorang rakan ig dari Russia menegur dan menyatakan nama sebenarnya kek ini adalah Medovik bukan Mendovik. Med dalam bahasa Russia adalah madu dan oleh itu ramai yang lebih gemar memanggil kek ni dengan nama Russian Honey Cake.

Kek ini di katakan sudah mula menular viralnya kini. Ita pun tak pasti sejauh mana viral kek ini dan di mana keistimewaan kek ini sehingga ianya menjadi viral. Rasanya ke... atau rupa dan kejadiannya.. atau hanya indah khabar dari rupa aje..

Ramai yang menyatakan kek ini sedap! tapi mungkin tidak bagi tekak anak kampung ini. Kek yang di buat dari biskut madu dan di lapisi krim masam ini tidak serasi dengan anak tekak ita yang lebih sukakan kek yang lebih lembut dan ringan. Bukanlah ita katakan kek ini dari kategori kek yang berat-berat.. tapi tak tahulah mungkin bau madu yang kuat tidak dapat di terima oleh tekak ini. Bila ita tanya pada suami ita dia kata, rasanya biasa-biasa sahaja.. Tapi tak tahulah pada selera dan citarasa orang lain...


Kek ini di buat menggunakan biskut yang di adun sendiri. Rasanya seakan biskut marrie cuma di buat dalam saiz yang besar dan menggunakan madu asli. Oleh itu bau semerbak madu dari biskut ini yang menbuatkan ianya di berikan nama Medovik atau Russian Honney Cake. Kadang ita terfikir jugak buat apalah susah-susah nak buat biskutnya ni.. kalau guna biskut marrie kan lebih mudah.

Kek ini mungkin kek tradisi Russia , oleh itu biskutnya di sediakan sendiri dalam menghasilkan kek yang berlapis-lapis ini. Terdapat beberapa versi untuk fillingnya dan ita juga tidak berapa pasti yang mana satu adalah yang original Medovik.
Kerana biskutnya di buat menggunakan madu, ada  yang menyatakan krimnya sesuai menggunakan gabungan krim masam atau sour cream untuk nak menyeimbangkan rasanya.
Ada yang menggunakan cream custard bersama gabungan dulce de leche sebagai fillingnya. 
Ada juga yang menggunakan mascopon cheese untuk fillingnya kerana nak membezakan ia dari cream cheese frosting biasa.

Tidak hairanlah jika kek ini agak mahal jika menggunakan Mascorpone Cheese dalam penyediaannya, kerana 500gm Mascorpone cheese sahaja sudah berharga RM 45 ++ wah! mahal betul.. tapi memang lain bila menggunakan mascorpone cheese dari cheese biasa kerana mascorpone lebih lembut dan lebih enak!

Untuk sesuaikan krimnya dengan cuaca kita yang panas, ita meletakkan halal gelatin agar krim lebih solid dan tidak mudah cair dengan cuaca kita yang sememangnya panas. Tapi terpulanglah pada anda.. nak letak atau tidak.

Kek ini ita sediakan atas permintaan rakan follower yang minta ita cuba dan rasa kek yang dikatakan sedang viral ini. Ita pun memang suka mencuba, jadi ita pun merebut peluang untuk mencuba dan merasa sendiri kek ini.

Resepi ita kali ini ita menggunakan cream filling mascopone, tapi ita letakkan juga resepi kastard untuk di cuba jika ada yang tidak sukakan cheese bolehlah gunakan krim kastard.


RUSSIAN HONEY CAKE MEDOVIK

Sebelum kita nak sediakan kek kita kena sediakan biskutnya dulu. Ita menggunakan madu asli, oleh sebab itu biskut ita agak perang sedikit warnanya. Anda boleh guna apa-apa sahaja madu yang anda suka.

Untuk resepi asal oleh Natashaskitchen, satu adunan dapat menghasilkan kek berlapis 8 keping. Ita buat 1 1/2 adunan untuk menjadikan kek ita sedikit tinggi . Di sini ita letakkan resepi asal oleh Natasha, jika ada yang nak buat tinggi bolehlah buat 1 1/2 adunan macam ita. Ita juga kurangkan sukatan gula kerana ita tak mahu ia terlalu manis.

LAPISAN BISKUT
Resepi Oleh Natashaskitchen


1/4 cawan madu asli
3/4 cawan gula halus ( ita kurangkan 1/2 cawan )
2 sudu besar unsalted butter
3 biji telur saiz A ~ di kocok dahulu
1 sudu teh baking soda
3 cawan tepung gandum



Satukan dahulu baking soda dan tepung dan ayak.
Masukkan madu, gula dan butter dalam periuk dam masak dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Setelah gula larut, tutup api dan terus masukkan telur yang telah di kocok dan terus kacau hingga rata. Pastikan telur tidak menjadi scrambled egg ya, kena kacau cepat-cepat.
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di kacau hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan


Keluarkan doh dari periuk dan sedia untuk di canai ketika ia suam


Roll doh panjang dan potong doh kepada 8 kepingan. Setiap kepinggan ita timbang anggaran 90 gm
Sediakan 8 keping kertas minyak yang di potong bersaiz 10 inc.
* sebelum tu ita nak ingatkan dulu tentang oven. Ita menggunakan oven industri yang membolehkan ita membakar terus sebanyak 4 keping dalam 1 masa. Jika anda tak ada oven industri, anda kena bakar sekeping-sekeping. Oleh itu pastikan anda canai satu persatu. Lepas canai terus bakar sekeping dulu, bila dah masak, baru canai sekeping lagi dan bakar. Jangan canai terus 8 keping kerana adunan akan mengecut dan membuatkan kepingan menjadi tidak sama besar.

Taburkan sedikit tepung atas kertas untuk memudahkan proses mencanai
Canai doh nipis anggaran saiz 8 atau 9 inc dan ketebalan 1/8 inc
Kemudian ambil cutter atau kalau tak ada cutter boleh cuna loyang untuk dapatkan ukuran bulat saiz kek yang kita kehendaki.
Potong dengan pizza cutter.
Lebihan tepi doh di biarkan atas kertas dan di bakar sekali. Ini untuk membuat serdak
Cucuk kepingan doh dengan garfu
Bakar dalam ketuhar suhu 170 ~ 190 bergantung kepanasan oven masing-masing selama 5 ~ 10 minit atau hingga ia kuning keemasan
Bila dah masak angkat dan tanggalkan kertas minyak
Ulang proses yang sama untuk 7 lagi kepingan biskut
Biarkan sejuk


Baki lebihan kepingan biskut tu pula , masukkan dalam foodprosessor atau blender kering dan blend halus


Sekarang kita nak sediakan fillingnya pula. Untuk kek yang ita sediakan ini, ita menggunakan sour cream mascarpone cheese. Tapi ita juga letakkan cream custard untuk di cuba oleh mereka yang tidak sukakan cheese.

SOUR CREAM MASCORPONE CHEESE
Rujukkan : Grub Ruffian

1 cawan sour cream
1/2 cawan mascarpone
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar lemon paste ( ita tambah )
30 ml air ( ita tambah )
8 gm gelatin ( ita tambah )
250 gm non dairy whipping cream ( ita tambah )


Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang sebentar
Cairkan gelatin cara double  boil
* Gelatin ni terpulang lah kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa.


Satukan mascorpone cheese, sour cream, gula icing dan vanilla dalam mixer dan putar hingga lembut.
Kemudian masukkan gelatin cair dan putar sebati ( jika suka )
Dalam mangkuk mixer lain, putar whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream dalam cream mascorpone dan kaup balik rata
Sedia di gunakan

Jika tak suka cheese boleh cuba resepi krim kastard di bawah untuk fillingnya

CREAM CUSTARD
Resepi Oleh : Mira

6 biji kuning telur
3 cawan susu segar
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan unsalted butter ~ suhu bilik

Dalam periuk, satukan susu segar dan tepung dan masak atas dapur dengan api perlahan. Pastikan jangan sampai masak. Panas sahaja
dalam periuk lain satukan kuning telur, gula dan vanilla dan pukul hingga sebati.
Perlan-lahan masukkan susu panas tadi dan kacau cepat-cepat hingga sebati.
Panaskan semula atas dapur dengan api perlahan dan masak hingga ia menjadi custard yang berkrim
Kemudian masukkan butter dan kacau rata
Biarkan ia suam dan simpan dalam peti aias selama 1 jam sebelum di gunakan

Cara Penyediaan


Letakkan 1 kepingan biskut atas lapik kek
Kemudian letakkan krim
Ulang proses yang sama hingga habis
Salut keseluruhan kek dengan baki krim
Salut juga keseluruhan krim dengan crumb yang kita dah kisar tadi
Simpan dalam peti ais hingga krim mengeras ( semalaman )
Sedia di nimakti dingin


Selamat mencuba! 



Apr 5, 2017

Teh Tarik Cake



Assalamualaikum..
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu resepi terbaru dari ita kan..?
Maaf sanga-sangat ya.. sebab ita sekarang kurang bersiaran di blog, kurang kongsikan resepi yang sedap-sedap!

Sebenarnya nak sangat berkongsi resepi, banyak resepi yang ita dah kumpulkan yang semestinya sedap untuk pengunjung setia blog kesayangan ita ni..
Tapi masa cukup mencemburui ita.. Kadang ita pun takut nak kongsi.. ialah takut ada yang marah sebab ita share resepi free. Ialah ada yang kata mereka buat kelas, jadi tak adillah ita kongsikan resepi secara percuma.

Sebenarnya  ita sekadar berkongsi resepi aje.. dan ita kumpulkan resepi yang dah ita cuba untuk koleksi ita sahaja. Tak salahkan kalau resepi yang sedap kita kongsikan dengan rakan-rakan yang lain juga. Ada juga resepi di minta oleh follower ita. Tak nak menghampakan permintaan mereka dan ada kala ita juga teringin nak merasa , maka ita cubalah resepi tersebut. Dan jika berhasil dan rasanya enak pada selera ita dan keluarga, maka ita kongsikan untuk rakan-rakan yang lain juga.

Jangan takut kerana ita tak kongsikan resepi anda pun. Resepi ni adalah hasil perkongsian rakan-rakan alam maya juga. Ada juga yang ita olah sendiri resepi mengikut keselesaan ita. Jadi jangan takut dan jangan risau. Ingat satu aje... percaya pada rezeki Allah.


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang pada ita sangat sedap! tak terlalu berat dan sesuai mengikut citarasa tempatan rakyat Malaysia yang rata-rata sukakn teh tarik. Walaupun ita tak minum teh tarik, tapi perasaan nak merasa tu cukup menebal bila ada seorang student ita dari Singapura yang cadangkan ita untuk mencuba!

Sedap katanya dan katanya lagi kek ini sedang popular di Singapura. Ia pun apalagi, pantang betul kalau orang kata sedap! mesti nak cuba. Ita pun cuba google resepi. Tak banyak yang kongsikan resepi kek Teh tarik ni, sehinggalah ita bertemu dengan blog INI

Ita cuba olah semula resepi mengikut keselesaan ita dan citarasa ita sekeluarga. Tapi memang sedaplah kek ni.. lembut dan tidak terlalu berat dan sesuai untuk di hidangkan pada rakan-rakan dan keluarga dan sudah semestinya bagi pengemar teh tarik.

Sebenarnya kek ini ita sediakan sempena ulang tahun suami ita yang jatuhnya pada 1 April yang lalu. Tapi di sebabkan masa tu ita agak sibuk dengan kelas, ita tangguhkan untuk menyediakan kek ini sehinggalah ita dapat hari yang betul-betul ita free.

Alhamdulillah bila suami suka rasa kek yang enak ini. Ita pasti anda pun mesti suka.
Jom cuba!



TEH TARIK CAKE

Mula-mula kita kena sediakan dulu air teh tarik

Teh Tarik Syrup

8 bag teh uncang Lipton
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis

Satukan teh uncang dalam air panas dan rendam hingga kembang dan dapat air teh yang pekat
Larikan 4 sudu besar untuk buat sauce caramel
Baki air teh tadi satukan bersama susu pekat manis


Kek Span Teh Tarik

180 gm gula caster
170 gm tepung
50 gm serbuk badam ~ di bakar sebentar
4 biji telur
15 gm ovelette
1 s/teh baking powder
70 ml teh tarik syrup
1 sudu teh esen vanilla
50 gm butter ~ di cairkan


Sediakan 2 loyang bersaiz 8 inc dan di lapik kertas serta di oles dengan butter
Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 170 C

Tepung di satukan bersama baking powder, kemudian di ayak
Serbuk badam di panggang sebentar
Butter di cairkan

Satukan semua bahan dalam mixer kecuali butter cair.
Dan putar dengan kelajuan perlahan ke laju hingga adunan gebu dan naik sekali ganda
Tutup mixer dan masukkan butter cair
Kaup balik adunan rata


Tuangkan adunan dalam dua loyang dengan sukatan sama banyak
Bakar pada suhu 170C selama 30 minit

Keluarkan kek dari loyang dengan segera setelah masak
Terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk
Setelah sejuk, potong kek kepada 2 keping setiap 1 loyang
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang sama ketebalannya.
Ketepikan

Cream Cheese Teh Tarik

250 gm cream cheese
130 gm gula icing
50 ml teh tarik syrup
15 gm gelatin
45 gm air
300 gm non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla


Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara double boil atau cairkan dalam microwave

Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula, teh tarik syrup dan esen vanilla dan pukul hingga lembut
Tuangkan gelatin dan terus pukul hingga sebati


Dalam mixer lain, putar non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream bersama cheese dan kaup balik rata
masukkan dalam piping bag.

Teh Tarik Caramel Sauce

130  gm gula castor
110 ml dairy whipping cream
60 gm unsalted butter
4 sudu besar teh tarik syrup yang tiada gula ( yang kita dah larikan tadi )
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla


Satukan gula dan teh tarik tanpa susu dalam periuk dan masak hingga gula larut dan berbuih-buih
Masukkan butter, garam , esen vanilla dan whipping cream
Masak hingga berbuh dan pekat
Sejukkan


Kaedah Melayer Cake

Letakkan 1 lapis kek span teh tarik di atas lapik kek
Sapukan teh tarik caramel sauce dan ratakan
Paipkan cream cheese teh tarik dan ratakan
Ulang proses yang sama hingga habis
Baki Cream sapukan pada keseluruhan kek
Simpan dalam peti ais hingga ia sejuk dan mengeras

Setelah betul-betul sejuk baru tuangkan baki teh tarik caramel sos
Simpan semula hingga benar-benar keras dan dejuk
Hias kan kek mengikut kreativiti
Potong dan hidangkan bersama keluarga yummy!!




Selamat mencuba!







Mar 29, 2017

Aku masih seorang blogger....


Assalamualaikum

Lama rasanya  ita tak jengah blog kesayangan  ita ni. Kesibukkan yang tiada penghujung dan masa yang cukup-cukup terbatas membuatkan blog ini menjadi sunyi sepi tanpa berita. Terima kasih kepada kakak-kakak, adik-adik, anak-anak, rakan-rakan dan follower  ita yang tak pernah jemu mengunjungi blog picisan ini dan sentiasa mencuba resepi yang telah ita kongsikan.

Alhamdulillah, pejam-celik, pejam celik dah hampir tujuh tahun  ita menerajui Masam Manis. Dari blog hingusan yang tak pernah di pandang, bertatih dan menapak, hingga kini  ita berasa sangat bersyukur dan bangga dengan blog yang cukup sabar menagkis setiap cabaran dan dugaan yang datang silih berganti.

Sebenarnya , hari ini ita terpanggil untuk bercerita sedikit pengalaman  ita sepanjang  ita bergelar seorang blogger, dari mula menggunakan camera compak hingga kini menggunakan camera DSLR, dari seorang suri rumah, tukang masak untuk keluarga, berjinak-jinak dengan dunia bakery dan kini menjadi seorang tenaga pengajar di Masam Manis Salon.

Walaupun profesion  ita bertukar silih berganti kerana sifat ingin tahu ita yang cukup menebal, namun  ita masih lagi seorang blogger.


"Aku Seorang Blogger"

Ita berasa bersyukur kerana sifat ingin tahu  ita yang membuak-buak inilah yang membuatkan  ita telah mengeksplore banyak pengalaman. Dari seorang suri rumah yang ingin mencuba resepi.. ibu yang terasa teringin  menghidangkan menu yang enak dan lazat buat keluarga tercinta, dan akhirnya berkongsi di alam maya, apa yang telah di cuba untuk di rasa oleh rakan-rakan yang lain. Akhirnya minat ita terhadap dunia masakkan di jelmakan dalam sebuah blog yang pada mulanya di berikan nama " From Intan Kitchen " dan  di tukar kepada Masam Manis yang di rasakan blog yang bakal melalui banyak pengalaman masam dan manis sepanjang mengemudi setiap pelayarannya.

Sauh telah di naikkan, layar sudah di bentangkan.. 

Minat  ita terhadap dunia fotographer sedikit sebanyak membantu  ita dalam menghasilkan blog yang pada mulanya di buat atas dasar suka-suka...
Hobi memasak ita gabungkan bersama photo masakan yang ita rakamkan yang pada mulanya bertujuan untuk simpanan sendiri dan di jadikan koleksi peribadai untuk kegunaan di masa hadapan. Namun siapa sangka, blog suka-suka ini di terima baik di kalangan pengemar masakkan dan kini menjadi follower yang cukup setia mengunjungi blog Masam Manis setiap hari.

Walaupun manis sudah mula terasa , namun masam mula menyinggah. Blog ita mula menerima banyak kecaman dari kalangan blogger masakkan yang lain. Hingga ada yang menyatakan ita nak tarik perhatian, giler glamour, perasan nak jadi popular.. padahal tidak sekelumit pun perasan itu pernah singgah di hati ini. Apa yang ita tahu.. apa yang  ita suka ..  ita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan apa-apa kata pujian dan penghargaan. Pesan mak, senantiasa  ita ingat.." buat apa yang kita suka.. bukan buat apa yang orang suka".

Ita rasa sangat bangga dan terharu, bila blog yang di kutuk , di hentam .. yang di katakan giler glamour ini.. akhirnya lahirlah blog-blog lain yang juga turut sama mengikut jejak langkah  ini. Cara penulisan  ita di ikut.. cara  ita ambil gambar di ikut.. cara susunan barang dan prop juga menjadi ikutan mereka. Ita tak pernah rasa marah atau tergugat.. malah  ita rasa bangga..  ita tahu ini adalah satu perkembangan yang baik dan satu perubahan dalam dunia blog masa kini. Setiap orang sukakan perubahan.. namun tak semua dapat menerima perubahan ini.. tapi ita percaya,, jika ianya membawa kepada kebaikkan .. tidak salah jika kita lakukan perubahan untuk sesuatu yang lebih baik.

Sebelum  ita menjadi blogger masakkan,  ita juga suka jengah blog-blog orang lain..  ita suka baca dan suka menganalisa sendiri. Bukan sahaja blog masakan, blog politik pun  ita baca.. Setiap kali  ita baca blog orang..  ita rasa seronok. Itu yang membuatkan  ita lagi seronok untuk mempunyai blog sendiri.

Untuk pengetahuan mereka yang baru mengenali  ita, blog  ita di buat oleh anak  ita Amirul dan Azrul, mereka berdua, sangat memahami minat dan sedikit bakat yang ada pada ibunya. Blog ini di buat juga adalah untuk membuatkan ibunya ini kurang memikirkan anak-anak yang pada masa itu berada jauh dari mata. Bimbang ibunya akan menangis atau murung setiap kali teringat anak-anak yang berada di asrama, maka blog ini di buatkan khas untuk ibu tersayang. Ita biasalah.. tak berapa celik IT, jadi apa yang di sediakan itulah sahaja yang  ita tahu. Dari cara buka blog, masukkan entry, edit gambar, masukkan gambar semua di ajar dan hanya itu sahaja yang ita tahu.. yang lain-lain jangan tanya kerana otak yang semakin berkarat ini memang agak lembab untuk belajar.

"My Blog"

Alhamdulillah blog ita di terima baik bukan sahaja dari orang tempatan malahan dari luar negara. Bukan sahaja dari kalangan orang Melayu sahaja malahan dari pelbagai bangsa, agama dan suku kaum.
Ita rasa sangat bersyukur bila mereka dapat menerima baik blog masakkan ita hingga ada yang meletakkan link masam manis pada blog mereka.
Apa yang paling ita suka, resepi yang ita kongsikan turut di cuba dan di berikan feedback yang cukup positif.
Follower ita bukan sahaja dari orang Malaysia, malahan dari orang kulit putih dan kulit gelap juga.
Itu yang membuatkan semangat ita berkobar-kobar untuk hasilkan yang terbaik dan menunjukkan pada orang luar bahawa orang kita juga boleh berikan yang terbaik.
Trafik ita juga meningkat setiap tahun terutamanya pada bulan Ramadhan yang kadang kala di luar jangkaan. Ita rasa sangat bersyukur kerana mereka memilih blog Masam Manis sebagai rujukkan.

Blog ita bukan sahaja di kunjungi oleh suri rumah, malahan ada juga bakers dan anak-anak kita yang berada di perantauan yang mencari resepi untuk mengalas perut.

Dulupun ita pernah terfikir.. jika anak ita belajar jauh di perantauan, bagaimana mereka nak masak.. Tapi kini ita bangga, bukan sahaja anak ita dapat jadikan koleksi ibunya sebagai rujukan malahan anak orang lain juga dapat memanfaatkannya untuk tujuan yang sama.
Ita rasa sangat seronok bila membaca kiriman email dari mereka yang kadang kala melahirkan rasa syukur atas perkongsian resepi yang ita berikan.

Ada masa ita sampai tak tertahan menahan kesedihan bila membaca setiap email yang di hantar. Yang ita tak boleh lupa seorang ibu yang baru melahirkan anak, dia lumpuh selepas melahirkan anak , tak boleh bergerak dan hanya tab sahaja yang menjadi peneman setianya. Setiap hari dia akan buka blog Masam Manis sebagai melepaskan kebosanan. Katanya bila ita pos gambar masakkan ia cukup membuatkan ia gembira dan bahagia.. Bila ita tak tulis blog.. dia rasa sepi dan tertunggu-tunggu khabar berita dan masakan terbaru ita..
Sedih sangat ita baca ceritanya hingga air mata ini tertumpah juga kerana cukup terharu.

Satu lagi kisah adalah seorang anak yang terpaksa menanggung adik-adik yang masih bersekolah. Adik-adik di berhentikan sekolah kerana ibu bapanya telah terlalu uzur. Dia tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa mengaja ibu dan ayah yang terlantar sakit. Akhirnya ia menjumpai blog ita dan menggunakan resepi yang ita kongsikan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Dari resepi yang ita kongsikan, ia buat jualan kuih dan kek yang ita ajarkan dan akhirnya dapatlah menghantar adik-adik ke sekolah.

Kisah ke tiga adalah seorang ibu yang berhadapan dengan anak yang menghadapi sakit yang koronik yang perlukan perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan. Dengan blog masam manis ia cuba berjualan dan hasil jualan itu di gunakan untuk bayaran perubatan anaknya yang sakit.

Kisah ke 4, seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga. Di pulaukan oleh keluarga mertua kerana di katakan tidak pandai masak. Akhirnya dia belajar masak dari blog Masam Manis. Kini dia berasa bangga kerana mula di sayangi, kini ipar duai pula yang berebut nak belajar masak darinya.

Kisah ke 5 adalah kisah wanita yang kehilangan suami, hilang dahan untuk berpaut. Selama ini bergantung 100% pada suami. Terasa sangat kehilanagn dan tidak tahu bagaimana nak mulakan kehidupan dan nak menanggung anak yang masih kecil. Dari blog Masam Manis dia kumpulkan semangat baru, mencari sesuap nasi untuk anak-anak yatim itu..

Sedih sangat.. kadang ita tak tertahan-tahan menangis. Suami pun turut sama mengalir air mata bila membaca email dari mereka.
Ita rasa sangat bersyukur, blog ita yang tak seberapa ini dapat juga memberikan sedikit sumbangan pada insan-insan yang memerlukan. Sebenarnya banyak lagi kisah yang tak dapat ita kongsikan di sini.. ianya menjadi semangat buat ita untuk terus berblog walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa ita tempuhi.

Dalam blog ita kebanyakkannya adalah perkongsian resepi yang telah ita cuba, resepi dari keluarga, dari emak, mak mertua, atuk, makcik kak ipar atau resepi favourite ita dan keluarga. Ita bukalah chef, ita hanyalah blogger masakkan yang suka mencuba masakkan yang baru setiap hari.
Setiap kali ita kongsikan resepi , pasti ita akan sertakan dari mana resepi itu ita dapat dan ita jadikan sumber rujukkan.

Kadang kala ita cukup hairan pada sebilangan bakers, mereka cukup marah bila ita kongsikan resepi masakkan yang viral. Padahal ita dah tulis di situ dari mana ita rujuk masakkan yang ita masak. Sebenarnya ita tahu mereka takut rahsia mereka terbongkar. Mereka kadang kala tak ada asas bakers pon.. mereka pun rujuk resepi dari google, buat kelas dan mengajar. Sebenarnya mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri..

Pernah juga beberapa orang rakan fb yang hantar pm pada ita melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tenaga pengajar. Ada yang kata bila dia pergi kelas masakkan, sekali tengok resepi yang di ajar oleh pengajar adalah sebijik resepi yang  ita kongsi dalam blog masam manis.

Ada pula pengajar yang lansung tak boleh sebut nama ita dalam kelas mereka. Terus melenting dan marah student. Ita kata kenapa pulak? apa salah kak ita pada dia.. apa yang kak ita dah buat..
Rupanya setelah ita selidik, resepi yang di ajar adalah menggunakan resepi yang ita kongsikan. Oleh kerana takut rahsianya terbongkar dia cuba alihkan perhatian pelajar dengan mara-marah.. supaya student tak terus bertanya soalan yang dia tak boleh jawab. Aduyaiiii... macam-macam ragam..

Ada seorang rakan ita pula belajar membuat kek dari blog ita. Dah buat jualan pon.. tapi termakan kata-kata manis dari pengajar masakkan. Konon nak dapatkan hasil kek yang lebih baik dengan tips dan panduan yang melangit di janjikan. Sampai di kelas aduyaiii.. bagai tersentap bila lihat resepi sebiji resepi yang ita kongsikan yang selama ini di gunakan.. apo nak di kato..
Oleh itu ita sentiasa ingatkan.. jangan mudah terpedaya dengan janji manis..

Untuk menjadi orang yang hebat anda tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tidak perlu takut untuk berlaku jujur. Ibarat kata pepatah ular menyusup akar tak akan hilang bisanya. Tapi hakikat yang ita dapat , manusia mempunyai pelbagai ragam, kek yang terhasil mengikut acauan nya. Jika loyang bulat kita gunakan bulatlah kejadiannya.. jika empat segi yang kita guna begitulah sebaliknya...

Dulu semua ingat  ita upah fotographer untuk ambil gambar masakan  ita , hihi... kadang agak pelik, kenapa kita perlu upah orang untuk ambil gambar?
Rutin ita sebagai bloger bermula seawal pagi,  ita akan pilih menu atau hidangan yang ita ingin sediakan, pergi pasar seawal pagi untuk mencari bahan masakkan.  Ita yang masak sediri setiap masakan maklumlah ita tak ada pembantu atau orang gaji. Semua  ita buat sendiri.. dari siang ikan, kopek bawang.. menumbuk, menumis, memasak, membakar , menghidang... semua  ita lakukan sendiri.
Ita juga yang merancana setiap sudut pengambaran, pencahayaan, susunan prop, susun atur , cara potongan , hidangan dan mengambil setiap gambar dari setiap angle dan sudut yang  ita rasa menarik. Pada ita jika kita masak sendiri kita akan rasa lebih feel untuk ambil gambar.. kita lebih tahu di bahagian mana yang harus kita fokuskan agar masakan itu nampak lebih terasa enaknya.

Penat??
Tak usah di bilang.. hanya Allah yang tahu. Tapi kepuasan itu lebih utama pada ita. Seronok bila ita dapat hasilkan sesuatu yang memberi manfaat pada insan lain.
Sebab tu bila ada yang marah bila gambar mereka di curi atau di ambil oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.. Ita dah lebih dahulu merasainya.. rasa sedih bila hasil usaha dan penat lelah kita lansung tidak di hargai..
Tapi sekarang ita dah lali dah.. biarlah mereka nak ambil.. itu tandanya setiap apa yang kita lakukan adalah terbaik di mata mereka.

Oh tuhan.. aku photographer dan food stylish?

Minat ita dalam photographer dah lama terpendam. Tapi ita langsung tak ada asas dan ilmu dalam dunia photographer. Dulu pernahlah ita belajar ambil gambar dari seorang rakan, tapi masa tu ita tak serius kerana ita tahu ita tak mampu nak beli kamera dan tak mampu nak cuci filem yang pada masa itu masih lagi menggunakan roll filem.

Ita mula berjinak dalam dunia photography dengan menggunakan kamera compak sahaja. Ita suka ambil gambar tapi tak suka orang ambil gambar ita sebenarnya. Ita rasa cukup hodoh bila dalam gambar hihi

Oleh kerana itu ita mula merakam gambar setiap masakkan yang ita masak.
Pada masa dulu tak banyak yang kita tahu tentang food stylish, tak ramai yang ajar dan tak ada buku panduan untuk merancang bagaimana nak menghasilkan gambar masakkan yang terbaik.
Ita banyak belajar dari permerhatian. Dari gambar yang terakam dalam majalah masakkan dalam dan luar negara. Tapi industri food photography kita di Malaysia berkembang sangat perlahan. Kebanyakkan gambar cover majalah masakkan masih di takuk lama. Pembaharuan yang di buat sukar di terima. Hinggalah  majalah masakkan tempatan mula buka mata bila blog masakan lebih di minati dari majalah masakan pasaran tempatan itu sendiri.

Pada masa itu pihak majalah mula berebut-rebut mencari bloger masakkan untuk menghiasi majalah masakan mereka. Dulu ita ingat photographer majalah yang merakamkan gambar masakan yang hebat. Rupanya masakan yang kita lihat hebat itu adalah air tangan tukang masak itu sendiri.

Bukan mudah nak menjadi photographer dan bukan calang-calang orang yang boleh menjadi food stylish.
Kata orang setiap hasil yang terbaik kita perlukan pengorbanan dan banyak wang ringgit juga yang perlu di laburkan. Ita sentiasa belajar untuk menghasilkan yang terbaik.
Untuk pengetahuan semua bukan mudah tau nak dapatkan gambar masakan yang cantik. Kebiasannya prop yang ita gunakan ita hanya guna untuk satu dua gambar sahaja. Ita tak suka gunakan ianya berulang kali kerana ia tak nampak real di mata ita dan sangat klise'. Oleh kerana itu ita perlu dapatkan prop baru setiap kali ita nak menyediakan masakan baru. Banyak prop dari papan alas yang kebanyakkan ita buat DIY sendiri ada kalanya ita terpaksa pergi ke kampung atau kedai lama untuk dapatkan papan buruk untuk di jadikan prop.
Ita juga akan merantau dari satu negeri ke satu negeri dan daerah untuk dapatkan bahan lain seperti pinggan lama, periuk belangga lama, sudu garfu lama dan apa-apa keperluan dalam prop masakan ita. Tempat yang ita suka kunjungi pastinya bazar karat dan kedai-kedai lama.

Selain prop, sudut dan pencahayaan juga harus di titik beratkan. Kalau dulu orang tak suka gambar yang ada bayang, tapi kini gambar yang ada bayang lagi dramatik dan di sukai ramai kerana nampak lebih hidup dan outstanding.
Disebabkan kemunculan banyak laman sesawang , blog-blog masakkan dan ig. Ramai yang mula mengambil kesempatan dan menaguk di air yang keruh. Banyaklah yang mula menggunakan kesempatan dengan menganjurkan kelas photography menggunakan smart phone. Bagi mereka yang bukan dalam bidang photography mungkin teruja.. tapi bagi photographer.. DSLR juga yang menjadi keutamaan.

Gambar yang di ambil menggunakan smart phone dan DSLR ada kebaikkan dan keburukkan masing-masing. Gambar dari smart phone lebih mendatar, tak nampak hidup dan dramatik. Tidak banyak yang boleh kita belajar dan tak banyak yang boleh kita explore. Cuma ia lebih mudah, lebih cepat dan lebih ringkas. Menggambil gambar dengan smart phone tak perlu belajar sebenarnya. Apa yang pasti anda haruslah bijak dalam susun atur bahan agar bila gambar di rakamkan ia nampak menarik di mata mereka yang melihatnya.
Gambar dari kamera DSLR lebih advance, lebih canggih kerana ia sememangnya di buat khusus untuk merakamkan gambar. Cuma agak payah bagi mereka yang kurang mahir dalam editing.. tapi hasilnya gambar pasti lebih kebabom!!

Dari gambar masakan ita di bloglah ita mula mendapat permintaan untuk merakamkan gambar produk makanan dari pengeluar produk terkenal dan juga IKS. Ada juga bakers tempatan yang minta ita rakamkan gambar masakan mereka untuk tujuan iklan. Tapi di sebabkan kekangan masa dan faktor kesihatan ita yang sering terganggu ita tak dapat berikan komitmen dan terpaksa tolak beberapa tawaran.

Dunia blogger walaupun terasa manis umpama madu tapi adakalanya terasa sangat pahit ibarat kopi tanpa gula. Ingat bukan semua orang suka apa yang kita buat!
Sukar rasanya nak puaskan hati semua orang.. apa sahaja yang kita lakukan sentiasa menjadi perhatian, silap percaturan kita akan menjadi mangsa rakusnya hati manusia yang tiada perasaan.
Sebagai seorang blogger ita pernah mengalaminya.. tak tahu di mana silap dan salahnya.. hingga kita di kutuk, di maki dan di hina..

Dulu blog masakkan cukup meriah, ibarat satu kawasan perjiranan di alam maya. Walaupun tidak pernah mengenali satu sama lain.. tidak pernah bersua muka.. tapi terasa sangat akrab dan sangat rapat. Selalu bertanya khabar.. sering bertukar-tukar menu.. hingga setiap kali ada resepi baru yang di kongsi.. ianya seakan di edar-edarkan pada jiran yang lain untuk di cuba dan dirasa.. ya Allah seronok sangat waktu itu.. Bayangkan  ita yang selalu tinggal sendirian di rumah bila suami bekerja, anak-anak pula di asrama.. jiran-jiran kiri dan kanan pula biasalah.. kawasan perumahan ita ni kebanyakkannya bangsa asing jadi kami jarang bersua muka. Kalau ada pun kakak sebelah rumah yang selalu jadi rakan sembang  ita. Tapi blog membuatkan  ita terasa seolah  ita punya ramai jiran.. ramai rakan.. yang mempunyai minat yang sama..

Ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. ikatan persahabatan alam maya semakin hari mula semakin rapuh bila ada antara blogger sudah mula berpuak-puak.. mula sindir menyindir antara satu sama lain..  ita perasan sikap ini mula timbul bila masing-masing sudah mula berebut trafik, bila ada antara blogger lain yang sudah mula melepasi trafik mereka.. perasaan marah dan benci mula bersarang. Ita tak pernah kisah pun pasal trafik  ita.. sebab  ita buat blog bukan kerana nak kejar trafik tapi  ita buat kerana  ita suka..  ita minat, di blog inilah  ita curahkan segala isi hati.. segala pengalaman hidup , segala kisah misteri , perjalanan hidup ita dan keluarga.. ia seolah diari kehidupan  ita yang hanya satu-satunya kenangan ita untuk anak-anak bila  ita tutup mata nanti.. terutamanya untuk satu-satunya anak perempuan ita Dalili yang bakal dewasa dan pasti melalui farsa yang sama seperti ibunya. Kerana itulah ita rasa  ita masih lagi kekal sebagai blogger hingga kini.

Perang dingin antara blogger tidak berakhir di situ malah berlarutan bila ada antara blogger-blogger yang di undang untuk menghiasi dada-dada majalah. Mulalah pelbagai gelaran di berikan setiap kali ada blogger yang di undang untuk menjadi tetamu dalam majalah.

Bila di undang untuk menghiasi dada majalah masakan, siapalah yang tidak suka.. Apatalagi  ita yang sukakan sesuatu yang baru dan ingin merasa sendiri dan melaluinya sendiri. Pengalam menghiasi beberapa majalah masakan, gambar di pilih untuk jadi cover majalah masakan , berkongsi resepi dalam majalah masakan adalah merupakann pengalaman yang cukup berharga bagi ita. Tapi adakalanya ianya hanya indah khabar dari rupa, bila kita dah melaluinya baru kita tahu tipu helah, pahit getir dan penat lelahnya. Ada yang di bayar.. ada yang tak dapat bayaran.. dan ada juga yang janji tinggal janji. Tapi ianya satu pengalaman yang cukup-cukup berharga.

Ita pernah di undang untuk ke beberapa rancangan TV, dan hanya sekali ita terima untuk rancangan " semanis kurma" itupun bila ianya hanyalah panggilan talifon secara live sahaja. Seronok memang seronok bila kita di undang oleh pihak TV atau radio, kerana ianya suatu penghargaan, pengalaman dan juga bahan yang kita dapat gunakan untuk penulisan dalam blog kita nanti.

Ita juga pernah terlibat dalam corporate promotion untuk Planta , Maggie, Yeos, dan beberapa produk lain. Sebenarnya ianya sanggat menyeronokkan, bukan kerana bayaran tapi pengalaman itu yang lebih berharga dari segala-galanya.
Ita banyak belajar sesuatu yang baru, dapat mengenali ramai orang dari pelbagai latar belakang. Berkenalan dengan ramai artis yang turut sama terlibat menjayakan program yang sama. Bersua dan di interview oleh wartawan adalah merupakan satu pengalaman yang sukar di lupakan.
Tapi.. keseronokkan itu tidak lama.. bila perasaan kurang senang rakan blogger yang lain mula  ita dapat rasakan, akhirnya  ita menolak semua tawaran majalah dan TV kerana  ita tak nak lagi di gelar " giler glamour "

"Bila aku cuba menjadi food reviewer"

Ita suka makan...
Tidak heranlan ita memiliki muka yang tembam dan badan yang ehem... ehem...
Dalam kalangan keluarga ita terkenal kuat makan walaupun sebenarnya ita cukup memilih setiap apa yang masuk kedalam mulut ini.. Ita tak suka makanan yang berbau terlalu kuat seperti durian, cempedak, malahan bau kulit kayu manis pun ita tak suka. Ita juga memilih dan sukar mencuba makanan yang  ita tak pernah makan. Tapi bila  ita jadi blogger makanan  ita harus menjadi seorang yang tidak memilih..

Cuba apa sahaja yang kita nak cuba dan nak merasa.. dari situlah bermulanya  ita menjadi reviewer makanan. Ita mula mencari kedai makanan yang sedap untuk di kunjungi dan merasai hasil makanan yang mereka sajikan. Jika sedap dan kena pada selera  ita dan keluarga,  ita akan kongsikan pada rakan-rakan atau follower  ita.

Satu lagi pengalaman berharga yang ita kutip. Ita cuba untuk membantu peniaga yang  ita rasa masakanya sedap dan ada potensi tapi tak ramai yang tahu. Bila  ita ketengahkan dalam blog dan ramai yang datang.. ianya menjadikan  ita cukup bangga dan terharu.

Sampai kini, ada sesetengah peniaga yang  ita pernah promote kedai mereka tak putus-putus mengucapkan terima kasih pada  ita setiap kali  ita melangkah kaki ke kedai milik mereka. Bangga  ita bila melihat perubahan pada perniagaan mereka.  Ita tumpang seronok melihat bangsa sendiri maju pun sudah cukup buatkan ita happy.

Ada yang pernah tanya dengan ita tentang kedai makan yang ita kongsikan. Ada yang mengangap ita di bayar untuk bercakap bohong dan menceritakan yang baik dan enak sahaja. Maaf itu bukan sikap ita sebenarnya.
Sebenarnya ada agen yang upah ita untuk mencari beberapa kedai untuk ita buat review. Ita di berikan bayaran dan dapat makan percuma di kedai tersebut. Setiap kali ita datang ke sesuatu kedai yang ita nak buat rivew ita tak beritahu dan pilihan kedai atas suka ita dan secara rawak. Bila ita menjamu selera di kedai tersebut ita akan pastikan aspek kebersihan yang paling utama, masakan yang sedap dan layanan yang memuaskan sudah semestinya. Jika tidak capai piawaian tekak ita, sumpah mati hidup balik pun ita tak akan singgah lagi apatah lagi nak kongsikan dalam blog kesayangan ita ini.

Bermula dari situ  ita telah di undang untuk menjadi food reviewer ke Hong Kong, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi atas tajaan Board of Tourism negara tersebut melalui ejen mereka. Tapi  ita terpaksa tolak memandangkan faktor masa, dan kesihatan  ita pada waktu itu yang tidak mengizinkan. Walaupun  ita rasa sedikit terkilan kerana terpaksa menolak perlawaan tersebut. Sekiranya  ita sihat, sudah pasti ita tak akan melepaskan peluang yang tak mungkin ita dapat buat kali ke dua.

Tentu seronok bila kita dapat ke negara orang dan dapat menikmati masakan dari negara mereka.. kan.. ?
Tak apalah bukan rezeki ita barangkali.

" Bakers oh bakers "

Minat ita yang mendalam terhadap dunia bakeri bermula bila ita di undang oleh Chef Amer ke akademinya.
Ya Allah betapa kerdilnya diri ini terasa.. di undang oleh idola yang amat ita kagumi. Sebelum ini ita hanya baca cerita Chef hebat ini di majalah, pernah menonton rancangan TV kelolaannya dan buku coklat miliknya senantiasa menjadi peneman ita setiap hari. Tak sangka bila ita dapat bertentang empat mata dengan idola yang menjadi pujaan hati.

Dengan kata-kata semangat dan galakkan yang di berikan , ita tidak menoleh ke belakang lagi... Ita terus bertekat untuk menjadi seorang blogger bakers.

Alhamdulillah, telah 5 tahun ita berkecimpung dalam dunia bakeri. Dari suka-suka pada mulanya.. kini ita sudah mula menerima tempahan. Ita suka sesuatu yang baru sebenarnya. Kadang ada yang tak faham.. Ita ni sebenarnya ingin mencuba.. kata orang selagi nyawa di kandung badan tidak salah kita mencuba dan mencabar diri sendiri untuk sesuatu kebaikkan.

Membuat kek tak sama seperti memasak. Kalau memasak kita tumbuk-tumbuk.. campak-campak dah jadi lauk. Tapi tidak untuk kek yang sangat fragile. Kek perlukan ketelitian dalam penyediaan, perlukan kesabaran, ketekunan dan yang paling utama sukatan bahan yang tepat dan semestinya yang segar-segar belaka.

Kek, sebagaimana yang kita tahu bukanlah makanan ruji rakyat Malaysia. Ia lebih popular di luar negara. Oleh kerana itu kek luar negara agak keterlaluan manisnya. Untuk menyamai selera tempatan, ita kadang kala terpaksa mengubah beberapa sukatan pada bahan agar dapat di terima ramai.
Teringat ita masa mula membuat kek Red Velvet, kek itu cukup popular dan menjadi viral bukan sahaja di blog masakkan malahan di laman sesawang. Ada yang boleh terima dan tak kurang juga yang kata ia terlalu pahit. Biasalah kek orang putih , rasa pahit tulah yang membezakan ianya dari kek yang lain.. ini tidak rasa kek semua sama aje kan... Untuk mengurangkan rasa pahit ianya dimakan bersama cream lemon cheese yang yummy! tapi akibat tidak dapat di terima oleh tekak orang Melayu kita, ita ubah dan olah agar ia boleh di terima oleh pelanggan ita.

Kegilaan orang ramai pada masa itu terhadap kek membuatkan ramai yang mengambil kesempatan dengan menganjurkan kelas masakkan. Maka ramailah dan berduyun-duyunlah yang merebut peluang dan ilmu yang di curahkan.

Yang sedihnya , semakin ramai yang berpuak-puak dan bergaduh kerana resepi. Hingga tidak ada langsung perasaan malu atau bersalah bila menghemburkan kata-kata yang kurang enak di dengar. Yang lain pula menjadi pemerhati.. tumpang tepuk dan bersorak. Bagi yang seteru pula disimbahkan lagi minyak biar terus terbakar dan akhirnya ikatan persaudaraan terlerai di alam maya. Nauzubillah.. sayang seribu kali sayang.. maka bermulalah penutupan satu blog ke satu blog.. seakan virus yang menyerang.. ramai yang patah semangat dan kecewa.

Dari situ ita mula mengenali sikap manusia yang suka bertopeng. Kita dialam maya memang tak mengenali satu sama lain.. kita hanya kenal di alam maya sahaja.. Kerana itu kita tak tahu bagaimana orangnya.. apa latar belakangnya.. dari mana asal usulnya..

Ada orang yang sangat suka bertopengkan agama untuk menarik perhatian orang lain. Menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Bila buka fb dia.. pelbagai nasihat dan fatwa yang keluar.. tapi sebenarnya kalau orang yang pakai topeng ni tak lama.. ada masa dia pun rimas juga.. Bila bergaduh mula kita nampak belangnya.. hingga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya terasa sungguh berbisa dan tak sanggup cuping telinga ini mendengarnya.. sungguh lain dari kata-kata fatwa punjanga yang di karang setiap hari. Oleh itu bagi adik-adik yang baru .. harus berhati-hati.

Bila telibat dengan dunia bakeri, kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. Ia bukan suatu yang mudah semudah kita makan popcorn. Bertambah lagi dengan harga barang yang semakin meningkat harganya dan tekanan hidup yang semakin sukar.
Pengalam ita buat kek mungkin boleh di jadikan sedikit panduan.
Dunia bakers tak seindah yang di lihat dan di pandang, bakers tidurnya tak tentu masa. Ada kalanya kita tak tidur berhari-hari kerana nak siapkan tempahan. Ada masanya bakar kek tak jadi-jadi.. habis semua bahan dibuang , Kadang kala tengah-tengah buat kek terputus pula bekalan.. ini tak cukup itu tak ada.. kedai pula dah tutup.. pasti mengelabah dan panik setiap kali berhadapan dengan situasi getir ini.

Ada masa tempahan di cancel last minit. Dah siap buat customer tak datang ambil.. siapa pula nak makan kek yang berlambak-lambak.. Ada masa kita pulak yang tak dapat bagi komitmen.. ada kecemasan, anak sakit , kematian.. bagaimana pula nak mengadap customer nanti.

Ada masa buat kek tak sempat hantar kek dah runtuh.. jatuh, terlanggar atau tumbang. Hanya Allah jua yang tahu apa yang bermain di fikiran saat itu..
Apa yang anda rasa ita juga dah rasa.. tapi tak payah nak kecoh-kecoh nak heboh satu alam maya dan menyalahkan satu sama lain.. Tak usahlah menjadi seperti anjing yang menyalak bukit.
Cara ita senang.. minta maaf dan pulangkan duit.

Masa mula-mula ita buat jualan kek ada beberapa rakan bakers yang ucapkan tahniah. Ada juga yang mengalu-alukan kedatangan ita ke dunia bakers. Sampai ada yang kata kalau ita banyak tempahan dan tak boleh buat .. boleh pass pada dia.. dan kalau dia banyak tempahan dan tak boleh buat dia akan pass pada ita.. harus berhati-hati dengan orang seperti ini yang lembut lidah dari gigi. Sebab itu ita lebih suka sendiri. Ita buat bila ita suka dan ita tak buat bia ita rasa tak perlu.. Ita bukan nak kejar kuantiti tapi lebih utamakan kualiti. Buat apa kita kejar banyaknya oder tapi hasil kita tak sempurna dan menyakitkan mata.

Biasalah kan manusia. Kehadiran ita dalam dunia bakers tidak di senangi rakan bakers yang lain. Seakan mereka tidak percaya pada takdir dan rezeki dari Allah.
Dunia bakers di Malaysia ni tak lah sebesar mana pun... bakers kita pun banyak yang baru bertatih dan masih terikut-ikut dengan style kek lama.
Kehadiran ita bukan untuk bersaing dengan sesiapa apatah lagi nak menabur pasir dalam periuk bakers yang lain. Ramai rupanya yang masih tidak percaya pada qadak dan qadar, jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu semuanya atas ketentuan Dia yang satu.
Sebenarnya mereka kurang senang bila ita kongsikan resepi di blog Masam Manis kerana mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Bermula dari situlah, blog ita selalu kena hack. Beberapa kali fb ita di godam, banyak gambar masakkan dan resepi yang ita kongsikan hilang dari fb dan blog ita. Bila ita ita cuba dapatkan semula.. rupanya mereka report blog dan fb ita spam. Kadang ita sedih dengan situasi ini.. tapi ita cekalkan hati. Ita percaya.. setiap apa yang kita buat jika kita buat dengan ikhlas.. insyaallah Allah tetap bersama kita.

"Aku mengkukis untuk projek hari raya"

Jutawaan cookies??
Biar betullll...
Betulke buat cookies boleh jadi jutawan..? Mulanya sukar nak percaya. Bila Chef Amer kenalkan ita dengan seorang jutawan cookis yang popular di Johor Bahru baru ita percaya rupanya buat cookies boleh jadi jutawan. Kerja 4 bualan dalam setahun dah boleh bergelar jutawaan.
wah.. nak cubalah. Ita mula membuat cookies dan nak merasa bagaimana penat lelah dan pahit getirnya membuat cookies. Bukanlah nak jadi jutawan.. sangatttt.... tapi lebih kepada nak dapatkan pengalaman dan gambaran bagaimana kehidupan seorang pengkukis.

Bila dah terlibat secara langsung baru ita tahu betapa sukarnya nak buat cookies. Bukan sukar buat cookies tu.. tapi komitmen dan punctual dalam masa amat-amat tinggi bila kita terlibat dalam projek ini. Mungkin agak sukar untuk ita kerana ita buat seorang tiada pekerja dan pembantu. Dari membancuh tepung , pembungkusan , pemasaran dan penghantaran semua ita kena lakukan sendiri. waaahhh.. boleh ke jadi jutawan ni...??

Masa tidur usah cakap kadang tak tidur berhari-hari kerana nak siapkan kukis tempahan costomer. Lebih-lebih lagi kita mengejar masa. Ada pernah ita tak balik raya , suami dan anak-anak aje yang balik kampung kerana ada lagi kukis yang belum di ambil costomer dan belum sempat di siapkan.

Bila ita dah terlibat dalam bidang ini barulah ita tahu rupanya bisnes kukis ni banyak cabaran, rintangan dan dugaannya. Persaingan juga cukup hebat bertambah bila tiba musim perayaan. Harga barang yang melambung dan tidak menentu turun naiknya turut mempengaruhi keuntungan.
Bak kata pepatah.. kalau untug sabut timbul untung batu tenggelam... silap gaya boleh gulung tikar..

Ita sedikit beruntung kerana ita mempunyai follower ita sendiri yang sentiasa surpport ita, walaupun tak menang tanggan di buatnya.. Boleh ita katakan bisnes ini walaupun nampak simple tapi tak seperti yang kita jangkakan. Kalau di beri pilihan ita lebih rela buat beratus kek dari membuat kukis. Apa-apa pun pengalaman yang di kutip itu lebih bernilai dari harga sebuah keuntungan.

Tulis buku masak lah pulak..

Ita pernah menerima beberapa undangan untuk menulis buku dari beberapa publisher ternama. Tawaran yang di beri lebih kurang sama dan akhirnya ita memilih untuk bersama MPH bagi menghasilkan buku masakkan.

Ingat senang buat buku.. rupanya susah jugak. Masa dan komitmen harus lah 100 %. Bagi  ita yang merupakan seorang bloger.. ia bukanlah suatu yang mudah. Menentukan menu yang sesuai , yang di sukai ramai dan dapat menarik pembaca adalah sesuatu yang sukar lebih lagi zaman teknologi di hujung jari mereka lebih memilih blog masakan dari membeli buku di pasaran.
Hingga kini ita masih berhutang 2 buah buku lagi yang entah bila lah ita dapat siapkan.

Sekarang ita berangan-angan pula nak buat buku decorating cake. Ita harap satu hari nanti impian ita ini akan menjadi kenyataan..

"Viral ke.. virus"

Ramai yang suka viral tapi tak ramai yang suka virus. Begitulah dengan ita.
Dulu-dulu.. bila sesuatu masakan itu menjadi viral ramai yang nak mencuba dan merasa. Setiap hari kita akan lihat makanan itu lalu lalang di wall fb atau blog rakan-rakan yang telah mencuba.
Ingat lagi tak makanan yang pernah menjadi viral?
Pasti ingat akan viralnya kek caramel. Fuh.. berpeluh ita mencuba dan berapa kali ita humban dalam mulut cik tong.. sebelum ita temui kaedah penyediaan yang mudah.
Kek alunan kasih juga pernah popular satu masa dahulu.. Apam polkodot yang dari polkodot dah bertukar jadi angry bird.
Dari durian creap , brownies kedut hingga dah bertukar kek hantu dan kek kampung pisang TMJ haha..
Seronok sebenarnya bila jadi viral ni.. tapi awas bila jadi virus.
Virus yang ita maksudkan bila ada orang yang cuba menangguk di air yang keruh.
Contonya kek RM 1. Kek itu asalnya di jual dengan harga RM 1 sepotong oleh seorang pengeluar tepung yang pada mulanya hanya niat untuk bersedekah di negeri nun jauh di utara pantai timur. Entah macam mana ada pulak kutu yang cuba viralkan.. konon marah lah kot.. tapi silap pecaturan terus popular pulak kek tu.. hingga ramai yang mula berangan pula  apabila di janjikan boleh mendapat pulangan yang lumayan sehingga menjadi jutawan dengan menjual kek RM 1. puuittt!

Virus mula menular maka lahirlah insan-insan yang kononya ingin membatu mereka yang masih berangan di awangan ini dengan mula mengadakan kelas kek RM 1. Wah.. semakin bertambahlah koleksi kek RM 1 sepotong hingga ada yang menjual kek RM 8.90 sebijik pun ada.
Janji-janji manis mula di tabur.. entah kiraan matematik mana yang mereka gunakan dan tak tahu dari celah mana keuntungan dapat di perolehi bertambah lagi harga barang yang melambung kini.
Jom kita sama-sama buka minda dan fikir sejenak apakah kek ini benar-benar ada untungnya.

Pertama
Bila kita mula nak menjual kek RM 1,  kita perlu ada resepi. Bila nak dapatkan resepi kita mula masuk kelas yang dikatakan boleh menjana keuntungan dengan harga RM 250 untuk satu kelas. Ok sekarang kiraan telah bermula.. berapa bijik kek kita kena jual untuk dapat cover balik duit kelas yang kita telah laburkan. Jika 1 biji kek bersaiz 8 " dan di bahagi kepada 12 bahagian dan di jual pada harga RM 12 sebiji. Katalah untuk sebijik kek keuntungan bukan modal ya.... untung aje RM 2 untuk 1 kek. Berapa bijik kek yang perlu di buat untuk cover kos yuran kelas RM 250 ...... ( 125 biji )

Ok, berapa kita perlu buat sehari untuk dapatkan 125 biji jika kita buat kecil-kecilan tanpa pekerja. Katalah 1 hari tak tidur malam , kita boleh siapkan 10 biji dengan oven yang bersaiz kecil bermakna kita perlukan 12 hari atau 2 minggu untuk siapkan 125 biji, barulah dapat cover modal untuk kelas.
Itu baru cover kelas.

Kedua
Seterusnya.. jika kita teruskan membuat dengan jumlah yang sama dan kelajuan yang sama kita akan perolehi keuntugan kasar sebanyak RM 20 sehari dan RM 600 sebulan secara kasar. Alamak... !! terlupa pulak masa cikgu ajar tu dia tak bagi tahu pulak kita kena tolak bil air untuk basuh peralatan, basuh kain buruk, bil api untuk bakar dan berjaga malam, untuk mixer dan aircond kalau rumah ada aircond. Lupa pulak kira bil talifon 10 gig sebulan untuk wasap dan ambil oder. Lupa pulak lagi nak kira duit minyak pergi kedai beli barang dan hartar kek pada customer. Lupa lagi nak kira duit gas 1 tong yang kita guna untuk bakar kek.. alamak..! ada baki lagi tak RM 600 tu..

Jika kita mula rasa tak banyak untung, jika buat sorang dan kuantiti kek sedikit, kita mula tambah kuantiti kek dan mula ambil pekerja. Gaji pekerja sebulan pula paling busuk RM 900 seorang. Kalau dah tambah pekerja pasti kita perlukan oven yang lebih besar. Kita pun mula berangan nak beli oven industri yang besar untuk tingkatkan pengeluaran. Carilah oven industri secondhand berharga RM 2000. Dah ada oven kena beli chiller baru yang besar lah pulak.. yang boleh muatkan lebih banyak kek.. tak kan nak letak kek kat luar.. kalau tak habis lembik kek nanti. Kos beli chiller pula busuk-busuk pun RM 2000 yang secondhand 2 pintu. Pas tu kenalah beli mixer industri jugak agak-agak secondhand dapat tak RM 2000 untuk 10 liter ? Sedikit sebanyak peralatan yang lain turut bertambah contoh macam loyang, tray, senduk, besen dan lain-lain, pasti kosnya jugak meningkat. Bila semua dah mula tukar yang besar kita jangan lupa bil api, air dan talipon juga meningkat sama. So.. berapa pulak biji kek yang kita perlu buat untuk cover kos barang yang kita beli tu dulu.. Adoiii.. lagi tak tidur malam di buatnya... Belum habis cover duit beli chiler, mixer dan oven.. kek dah tak viral lagi... adoiiii... lepas ni doa banyak-banyak agar ada kek lain yang akan viral pulak.

Dari pandangan  ita siapalah yang untung dari kek viral RM 1 ni..?
Tentunya customer jugak tak untung kerana dapat kek yang sama aje rasanya..
Siapa yang untung??
Sudah semestinya orang yang menagguk di air yang keruh itu..

"I want to be a cake decorator "

Menjadi seorang cake decorator bukanlah impian ita sebenarnya. Dulu ita bercita-cita nak jadi interior designer. Ita cukup minat dengan decorasi rumah. Bertambah seronok bila suami yang tahu minat ita memberikan ita kepercayaan 100% untuk hiasan deco rumah baru kami. Sebenarnya bukan rumah baru aje yang ita deco.. dulu masa ita duduk rumah sewa pun ita suka deco dan kebanyakkannya ita suka buat DIY, hingga bila ita nak pindah tuan rumah tak bagi pindah kerana dia suka ita tinggal di rumahnya kerana ita menjaga rumahnya seperti rumah ita sendiri.

Bukan rumah ita aje yang ita deco.. rumah mak dan mak mertua di kampung juga ita yang deco. Rata-rata ita mendapat galakkan dan kepercayaan dari kedua ibu bapa dan mertua sudah cukup buat ita berasa bakat yang cecoet ini amat-amat di hargai.

Minat ita dalam dunia decorasi juga ita kongsikan dalam blog kesayangan ita. Tapi seperti biasa, orang kita tidak terbuka mindanya. Mulalah ada kata-kata belakang yang kurang enak di dengar. bukanlah tujuan ita kongsikan deco rumah untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau riak dengan apa yang ita ada.. ianya lebih kepada ilmu decorasi yang mungkin boleh di jadikan panduan oleh insan lain yang mana tahu dalam perancangan untuk membuat hiasan rumah baru mereka pula.

Dari decorasi rumah kini ita beralih pula pada decorasi kek. Ita cuba buat sesuatu pembaharuan dalam decorasi kek.. tak lah kita asyik di takuk lama... aje.. walaupun ita menerima kecaman yang hebat bila ita mula membuat figurine.... tapi ita gembira kerana seni hiasan kek itu kini sudah boleh di terima ramai.

Ita tak ada asas decorasi kek. Ita tak pernah belajar deco kek dari mana-mana guru. Guru ita adalah buku, google dan youtube. Pada mula ita lihat kek-kek hebat dari bakers oversea.. ita cukup kagum dan ita tak pernah terfikir boleh lakukannya. Kalau ita dah mula mengadap komputer, pasti kek-kek hebat dari bakers luar negara yang selalu menjadi pembakar semangat ita untuk mencuba. Kadang teringin juga nak berguru.. tapi ita lebih suka cuba dahulu..

Ada orang Allah kurniakan dia keistimewaan yang orang lain tak ada. Dia di berikan bakat seni yang kalau dulu di sekolah cikgu-cikgu tak pandang sebelah mata pun.. Cikgu lebih banggakan mereka yang hebat akedemiknya.. hebat matematiknya.. hebat sainsnya.. Orang kita biasalah.. Dotor.. Loyar engineer.. yang di pandang.. itu dah Tan Sri P. Ramlee gambarkan dalam setiap filemnya arahannya dahulu..

Ada orang dia perlu berguru.. Jika tak ada cikgu depan mata dia tak boleh buat. Ada pula yang kadang berguru bagai nak rak.. keluar duit beribu.. terbang berbatu-batu nak dapatkan ilmu.. tapi bila balik hasilnya sama seperti orang yang tak berguru. Kadang terlintas juga dalam kepala ni.. ya Allah.. macam ni hasil berguru dengan cikgu yang beribu.. sedih..!!

Ita suka mencuba. Selagi ita tak dapat hasilnya ita akan cuba dan terus mencuba. Satu sikap ita kalau ita nak ita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh, tak pernah putus asa dan tak pernah ada rasa jemu. Tapi kalau ita tak suka jangan paksa..

Ita adalah orang yang sangat-sangat cerewet. Dari makanan, pakaian, hiasan rumah hingga setiap apa yang ita buat ita cukup-cukup cerewet. Setiap hasil sentuhan ita ianya adalah 100% dari ita. Ita yang buat sendiri tanpa ada pembantu.
Anak-anak dah faham benar dengan sikap cerewet ibunya ini.. Kerja ita tak boleh orang usik.. Ita tak pernah puas hati dengan apa yang orang buat.. ita lebih suka buat sendiri.. sebab tu ita tak pernah ada pembantu hihi

Sebagai home bakers ita sangat berhati-hati dalam penghasilan kek. Kebiasannya kek ita fresh from the oven. Hari ni buat hari ni juga ita hantar pada customer. Ita kebiasannya tidak mengambil masa yang lama untuk mengsilkan sebijik kek. Kek harus sentiasa berada pada suhu yang betul terutamanya kek yang menggunakan cheese kerana bahan kek sangat sensitive dan perlu senantiasa di jaga hygiene.

Ada kalanya ita hairan bila ada bakers yang kata mereka memerlukan berhari-hari.. berminggu-minggu malah berjam -jam dalam menyediakan kek. Pernah terdetik dalam hati ita.. tak rosak ke kek tu.. bila di buat terlalu lama dan berhari-hari. Kebiasannya jangka hayat home bake kek hanya satu minggu sahaja dan bagi kek berat seperti chocolate moist jangka hayatnya lebih cepat iaitu tiga hari. Jika di simpan lama ia akan mudah berkulat walaupun kita simpan di dalam chiler. Tapi ita tak tahulah pulak jika ianya taktik pasaran atau bertujuan untuk meletakkan harga yang tinggi atau nak bagi tahu hasil kerjanya terlalu teliti hingga berhari-hari di perlukan untuk menyiapkan sebijik kek.

Mungkin jika kek terlalu besar, banyak bunga yang harus di sediakan, kita perlukan masa yang agak lama untuk menyediakan bunga dari gumpaste atau figurine. Tapi bila ia telah masuk pada susunan pada kek ita rasa tak sampailah pula berjam-jam nak di siapkan. Ita biasanya bila semua bahan dan alat dekorasi telah tersedia di depan mata, hanya ambil masa satu atau dua jam untuk di siapkan. Bagi kek yang bersalut fondant sepenuhnya , mungkin dua tau tiga jam masa sahaja ita peruntukkan untuk menyempurnakan hiasan.

Figurine oh figurine

Bila ita buat figurine.. orang selalu kaitkan dengan agama. Bayaklah ita terima email dan private message yang marah, yang kurang senang dengan apa yang ita buat. Ita suka buat figurine.. ita tak anggap ia berhala, sebaliknya adalah makanan untuk anak-anak. Seronok bila lihat anak-anak gembira dapat kek dengan karektor figurine comel kesukaan mereka. Ia bukan benda yang kekal pada ita, bila dah di makan dah tak ada dah ia... tapi itu mungkin fahaman ita yang dangkal otaknya ini.
Suami yang tahu minat ita yang banyak bagi galakkan. Selalu suami kata.. " dia orang tak boleh buat sebab tu dia orang jelous dengan apa yang  ita buat.." walaupun ita tahu kata-kata suami hanya nak sedapkan hati.. tapi ita yakin dengan apa yang ita lakukan.

Belajar buat figurine bukan mudah. Tak seperti buat bunga.. Bunga ada acuan khas. Kita terap-terap dengan acuan, ikat dengan dawai , warnakan dengan dust colour dan keringkan. Proses yang cukup mudah, menjadi kegilaan ramai dan harga juga lumayan. Orang yang tak ada asas pun boleh buat, hanya perlu tahu tekstur bahan dan teknik dalam pembuatan.

Figurine.. tak ada acuan khusus. Perlukan kemahiran dan seni halus supaya hasilnya membanggakan. Semuanya gunakan akal fikiran , bakat dan kemahiran. Perlukan kesabaran yang tinggi dan perlukan praktis yang berterusan. Walaupun ianya sukar di sediakan.. tapi harganya tidak setimpal dengan setiap kesungguhan untuk menyiapkan sebiji figurine. Orang kita masih tak pandai menilai seni..

Mula ita buat figurine menggunakan fondant, tapi hasilnya memang cukup menghampakan. Ita teruskan pencarian hingga ita temui CMC untuk di letakkan pada fondant supaya ia lebih keras. Kejadiannya tak seperti yang ita harapkan. Tekstur kasar dan sukar di bentuk. Hinggalah ita di perkenalkan dengan gumpaste yang lebih mudah. Tapi cuaca kita tak berapa sesuai, tarikan graviti dan cuaca panas lembab membuatkan figurin sukar keras dan adalakanya tarikkan graviti buatkan ia berubah bentuk. Setelah pelbagai trial and error akhirnya ita temui gumpaste yang ita gunakan kini. Lebih ringan, cepat keras, mudah di bentuk, lebih licin, tidak mudah retak dan tahan lama.
Figurine ita yang ita simpan dulu masih elok, hingga ada student yang tanya ita.. "akak punya figurine tidak berlapuk dan bercendawan pun.. figurine yang saya belajar dengan cikgu lain.. lepas tiga, empat hari dan mula keluar kulat.. dan figurine retak-retak.."
Sebab tu ita kata kena banyak trial and error sebab hanya ita sahaja yang tahu apa yang ita hendak dalam setiap hasil seni ita. Alhamdulillah Allah selalu memudahkan pencarian ita. Rasa syukur sangat.. Sebab tu ita suka belajar dari pengalaman kerana ita lebih kenali bahan.
Ita suka sesuatu yang mudah, kerja yang simpel dan tidak rumit, sesuai dengan suhu dan cuaca kita serta yang paling utama bahan mudah di dapati.

Demam Korea melanda

Kemunculan kek Korean Flower menjadi kegilaan ramai bakers. Ramai yang mula menanam impian untuk mempelajari kek Korean flower yang menular ke serata dunia.
Untuk pengetahuan semua, terutamanya bagi mereka yang telibat dalam dunia bakeri, asalnya kek ini adalah Arty Cake yang di perkenalkan oleh Maha Muhammed dari UK yang di kenali sebagai " "Monet of cake" dan "The Queen of Buttercream Art" Hasil sentuhan dari Maha menjadi keterujaan sesiapa yang memandangnya.
Kemudian hasil seni ini di copy paste dan di gubah oleh Korean bakers untuk menjadikan ianya lebih nampak hidup dan realistik. Biasalah negara Korea suka copy dan paste dan sukakan sesuatu yang nampak cantik pada luaran sahaja. Lihat sahaja kereta dari Korea, nampak cantik luaran tapi engine tak berapa baik dan keretanya juga tidak tahan lama berbanding kereta dari Jerman dan Jepun.
Tapi macam biasa orang kita suka mengagung-agungkan orang luar.. ibarat kata pepatah kera di luar di susukan anak di rumah mati kelaparan.

Industri kek Korean Flower di Korea berkembang sangat cepat dan pantas. Hingga mereka sesama mereka juga bersaing dan bila terlalu banyak persaingan di negara sendiri mereka mula keluar dari negara mereka untuk mencari peluang di negara lain. Maka lahirlah beberapa nama Korean flower cake decorator yang mula meniti dari bibir ke bibir ramai bakers tempatan.

Ita mula berjinak dengan kek bunga-bunga bila ita mula mengenali Arty Cake hasil sentuhan Maha. Keterujaan melihat sentuhannya yang cukup berseni membuatkan ita berusaha untuk mempelajari sendiri bagaimana nak hasilkan bunga seperti beliau.
Ita membeli setiap nozel yang ada di kedai dan mencuba setiap satunya untuk mendapatkan teknik paiping sebenar. Ada juga ita rujuk dari beberapa buku rujukkan kerana pada masa itu tidak ramai yang berkongsi teknik menghasilkan bunga di google dan yutube.

Pada masa itu ita hanya menggunakan American Buttercream atau lebih di kenali ABC buttercream. Dari ABC buttercream ita beralih ke Swiss meringue buttercream, Italian buttercream dan French buttercream. Apa sahaja krim yang ita tak cuba, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Italian buttercream, Swiss meringue buttercrean dan French buttercream tidak beberapa sesuai dengan suhu negara kita yang terlalu panas.

Di Korea, mereka menggunakan bean paste untuk menghasilkan Korean flower buttercream yang di makan bersama rice cake tempatan Korea. Rasanya mungkin enak pada selera rakyat Korea tapi mungkin tidak pada selera kita. Bean paste juga tidak terdapat di jual di negara kita dan kalau nak import dari Korea pasti harganya berlipat kali ganda dan belum tentu di terima ramai. Bila Korean bakers terjah pasaran kita, mereka mula menggunakan Swiss meringue buttercream dan Italian buttercream, tapi suhu negara kita yang panas membuatkan mereka mencipta satu lagi resepi dari jelly.

Ada yang menyatakan jelly cream berasal dari Thailand dan tak kurang pula yang menyatakan dari Filipina. Tapi apa yang pasti krim itu dapat di terima, tahan panas dan mudah di kendalikan.

Cikgu ku sayang..

Ita tak pernah terfikir nak jadi salah seorang tenaga pengajar. Dulu masa ita mula-mula kerja ada lah.. bila balik dari kerja aje.. budak-budak flat dok sakat.. " baru balik kerja cikgu..?" ha.. layak kah aku jadi cikgu..

Bila ita buat kek ramai yang hantar email dan minta ita buat kelas, ada yang kata nak sangat belajar dengan ita. Kadang ita hairan jugak.. ita dah kongsikan resepi di blog dah buat tutorial dengan gambar step by step.. pun masih ramai yang minta ita buat kelas. Masa tu tak terlintas lansung hati ita nak buat kelas.. ita tahu setiap kelemahan yang ada pada diri ini. uh.. bukan mudah tau nak jadi cikgu.. kita nak turunkan ilmu pada orang lebih-lebih lagi ilmu itu berbayar. Salah percaturan harus kita menjawab di akhirat nanti..

Tapi setelah ita di pujuk oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dan galakkan dari suami yang tak putus-putus ingin ita keluar dari kepompong , akhirnya ita sahut juga segala cabaran. Ita ni pemalu tau sebenarnya.. tak suka jumpa orang. Ita seorang yang suka menyendiri.. kurang bergaul dan kurang bercakap, macam mana nak berhadapan dengan orang ramai.

Untuk pengetahuan, ita tak pernah menghadiri ke kelas yang berbayar. Kebiasannya ita di undang ke kelas untuk membuat promo bagi kelas tersebut bagi tujuan promosi. Adalah beberapa kelas yang ita di undang. Ita melihat pelbagai kaedah dan cara pengajaran yang di sampaikan bergantung kepada tenaga pengajar yang profesional  hingga kepada mereka yang amatur. Ada sesetengah dari mereka yang ita tak berapa suka cara pengajarannya dan cara mereka handle pelajar. Ada yang terlalu bossy dan lebih banyak mengarah dari mengajar. Semua pelajar kena ikut arahan tanpa di berikan peluang untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada pula yang mengajar tapi lokek. Resepi tidak di kongsikan sepenuhnya. Contoh, rempah yang di guna adalah rempah mereka sendiri tidak di berikan option untuk pilihan ke dua. Tak di terangkan bahan apa yang di letakkan dalam rempah dan setiap pelajar harus mendapatkan rempah tersebut jika nak membuat resepi yang di ajar. Ita rasa ianya tidak adil bagi pelajar yang telah mengeluarkan wang untuk menghadirkan diri ke kelas tersebut. Ada pengajar yang sangat spoting, kelas penuh dengan gurau senda namun masih terlihat tahap keprofesionalnya. Ada yang terlalu strick ketika mengajar, tak boleh tanya hanya boleh lihat dan ikut arahan sahaja.
Ada kelas yang ita hadiri siang-siang dah bagi warning supaya student dan ita sendiri tak merakamkan gambar dan video. Hairan ita.. sedangkan ita di undang oleh penganjur untuk mengambil gambar bagi tujuan promo. Mungkin dia takut ita akan kongsikan cara dan resepi di blog nanti.

Ita telah menghadirkan diri ke beberapa kelas undangan, dari yang mengajar secara hands on, demo dan semi demo. Ada kelas yang terlalu ramai pelajar hingga tenaga pengajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar sepenuhnya. Pada masa itu terdetik di fikiran ini jika ita buat kelas nanti ita tak akan buat kelas macam tu.. Mulalah dari situ ita memasang angang-angan untuk membuka kelas ita sendiri.

Bila peluang datang bergolek.. ita pula yang seriau di buatnya. Peserta seramai 30 orang yang harus ita ajar merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi ita yang terlalu amatur ini. Akhirnya ita pecahkan mereka kepada dua kumpulan dan mengajar selama dua hari.

Permulaan ita buat kelas ita menyewa cafe milik rakan suami. Tempat belajar yang selesa tapi bilik yang tidak sejuk dan berdekatan jalan raya yang bising dengan kenderaan lalu lalang membuatkan ita mula mencari tempat yang lebih selesa untuk student ita.

Ita mula menyewa di Starhill Golf And Country Club untuk mengajar. Tempat yang sangat selesa, segala kemudahan yang ita perlukan di sediakan sepenuhnya. Makanan yang enak dan lazat untuk setiap kelas dan layanan dari pekerja yang cukup baik membuatkan ita berasa sangat selesa dan cukup seronok mengajar di sana, ita rasa student ita pun begitu juga.

Tapi seperti biasa setiap yang baik ada juga kelemahannya. Memandangkan ita seorang blogger , ramai antara student yang datang ke kelas ita lebih kepada ingin mengenali ita dengan lebih mendalam selain datang untuk mendapatkan ilmu. Adakalanya mereka seakan tidak mahu pulang walaupun hari telah lewat malam dan suami masing-masing telah lama menunggu. Pihak Starhill pula memberikan ita masa hanya sehingga pukul 7 malam sahaja. Akhirnya akibat waktu yang cukup terbatas ita mencari kedai untuk mendirikan salon kek ita sendiri yang di beri nama Masam Manis Salon. Ha.. lepas ni bolehlah borak sampai pagi dengan  ita di saloon.

Ita mulakan kelas ita yang pertama dengan mengajar Korean Flower Buttercream. Alhamdulillah sambutan yang cukup baik dari kalangan follower ita hingga kadang kala ita rasa cukup-cukup terharu di buatnya. Ada yang sanggup datang dari utara dengan memandu semata-mata nak datang kelas ita, ada yang datang naik keretaapi dan tak kurang juga yang nak flight dan bus. Kadang ita , selalu doa agar mereka di pelihara dari sebarang musibah dan semoga apa ilmu yang ita sampaikan mereka dapat menerimanya dan dapat memanfaatkan dengan sebaiknya.

Ada student yang datang dari pantai timur dan ada juga yang datang dari seberang tambak. Ada peserta yang datang dari Indonesia, Australia dan sejauh dari Ireland. Ya Allah ita tak pernah terfikir dengan apa yang ita lalui hari ini. Bertemu dengan ramai kenalan tidak mengira bangsa, agama dan suku kaum. Ada Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Ada yang lansung tidak tahu berbahasa Melayu dan agak sukar bagi ita untuk mengajar kerana ita tidak beberapa fasih berbahasa Inggeris. Kadang kala belum kelas bermula mereka dah tanya kelas apa lagi pula lepas ni.. hingga ita terpinga-pinga tak tahu nak kata apa.. Ya Allah hanya Dia yang tahu betapa ita terharu dan terasa sangat kerdil dengan apa yang di berikanNya.

Ita cuba membawa kelainan dalam kelas yang ita anjurkan. Setiap pelajar ita sediakan meja mereka sendiri dengan segala kelengkapan belajar di sediakan. Ita tidak mahu mereka bersusah payah mengusung peralatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa tempuh perjalanan yang jauh.

Ita memberikan 100% kebebasan kepada pelajar untuk membuat dekorasi kek mereka. Ita nak lihat kreativiti mereka terserlah, ita nak lihat mereka tahu mereka boleh buat sendiri, bukan hasil mereka di buat oleh cikgu.

Walupun ada yang kata yuran ita terlalu mahal tapi ita rasa ianya cukup berbaloi dan setiap wang yang di bayar ita pulangkan kembali kepada pelajar dalam bentuk peralatan yang ita berikan untuk di bawa pulang ke rumah.

Bagi kelas cup cake yuran ita sebanyak RM 390. Cup cake dengan 9 bunga yang harus di pelajari dengan menggunakan 6 nozel yang ita sediakan dan semua nozel ini ita berikan percuma kepada pelajar. Ita berikan nozel bukan untuk menarik mereka atau promo untuk tarik orang pergi kelas ita, tapi sebaliknya ita nak lepas balik dari kelas ita, mereka terus praktis agar tidak lupa. Ita juga tidak mahu mereka sukar nak cari nozel hingga membantutkan minat mereka yang mula bercambah. Selain nozel ita juga berikan nail dan flower lifter secara percuma. Selain itu ita juga berikan nail holder yang ita tempah sendiri beserta apron sebagai survinear. Peserta pula membawa pulang 9 biji cup cake beserta kotak. Selain itu ita juga berikan buku bergambar dengan step by step dan video tutorial supaya pelajar dapat praktis selepas pulang dari kelas. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang beserta kudapan ringan turut ita sediakan sepanjang kelas berlansung. Ita harap apa yang mereka bayar mereka dapat semula dan pastinya ita turut cuba membantu untuk mempromosikan kek mereka setelah mereka mencuba nanti.

Sepanjang ita buat kelas ita agak sukar untuk lena. Ita senantiasa fikirkan apakah student ita dapat faham apa yang ita sampaikan.

Pelajar ita bukan dari kalangan bakers sahaja,  dari setinggi-tinggi pangkat dan kedudukan, doktor, loyar enginear, datin , guru-guru, nurse, polis , askar semua profession lah... terus kepada surirumah, wanita yang telah pencen , remaja dan serendah kanak-kanak.
Bayangkan bagaimana nak handle student dalam satu kelas dari kedudukan yang berbeza-beza. Ada yang memang datang sebagai bakers yang sunguh-sungguh nak belajar. Ada datang sekadar nak mengisi masa lapang, ada yang datang semata nak sembang dengan ita, ada yang datang  nak tengok macam mana ita buat bunga.. ada yang datang untuk melihat bagaimana ita  mengendalikan kelas dan susun atur, macam-macam hal.. sabar adalah kunci yang paling utama bagi ita. Layanan sama rata harus di berikan agar semua yang pulang berpuas hati. Namun ita tahu ita juga manusia biasa yang punya kekurangan dan kelemahan..

Ada pernah sekali ita buat kelas ada student tanya " kak ita bila kak ita nak marah..? kita tengok kak ita tak marah-marah pon.. senyum aje.." hihi terkejut ita.. haha nak sangat kena marah ke dik... hihi

Di kelas ita bukan sahaja mengajar bagaimana buat bunga, tapi ita lebih tekankan pada displin. Di sebabkan kita handle makanan kebersihan harus di utamakan. Meja harus sentiasa dalam keadaan bersih dan kita juga perlu konsisten dan teratur dalam penyediaan. Alhamdulillah apa yang ita ajar di fahami oleh pelajar ita. Walaupun ita tak terangkan secara lansung, tapi bila mereka ulang kembali kelas ita, ita dapat lihat perubahan pada mereka, meja mereka lebih teratur dan lebih bersih. Hasil kerja mereka juga lebih kemas dan tersusun. Semakin bijak dalam pemilihan warna dan lebih berani mencuba. Alhamdulillah ita yakin mereka dapat apa yang ita cuba sampaikan.

Kadang kala ita berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana ita dapat suami yang sangat-sangat memahami, yang sangat membantu ita dan cukup support apa yang ita lakukan. Ita juga bertuah kerana di kurniakan anak-anak yang sangat memahami minat ibunya ini.. yang tak pernah menolak apa yang ita masak.. semuanya sedap aje.. bila ita tanya hihi..
Dan bertuahnya ita kerana mempunya seorang adik ipar yang sanggup susah dan senang bersama  ita.. yang sedia memberikan telinganya untuk mendengar segala keluh kesah ita selama ini.. cukup sabar dengan kerenah ita yang kadang kala naik minyak ini...

Dari buttercream biasa ita mula mengajar buttercream baru yang lebih mudah di kendalikan. Lebih mudah untuk dapatkan bahan dan sesuai dengan suhu dan cuaca kita yang panas dan lembab.
Buttercream lama lebih messy, berminyak susah untuk di cuci. Walaupun begitu ia tahan juga panas dan mudah di bentuk.

Ita mula membuat buttercream baru setelah ita merasa penat nak cuci nozel yang berminyak. Pelbagai trial and error yang ita buat hingga ita temui resepi yang ita gunakan kini. Mula ita risau juga kalau ita hanya syok sendiri. Ita gunakan peluang yang datang iaitu bila jiran sebelah rumah meminta ita sediakan kek untuk perkhawinan anaknya. Ita sediakan kek yang bersaiz agak besar dengan hiasan bunga buttercream yang baru ita cipta. Mula risau jugak kalau orang tak boleh terima.

Pukul 1: 30 kek di potong pukul 2 petang kek dah licin di makan. Hingga ita tak nampak sekuntum bunga pun yang tertinggal di atas piring. Seakan tidak percaya dengan apa yang ita lihat. Biasa orang makan kek aje.. bunga tolak tepi, tapi ini.. sekuntum bunga pun tak tinggal. Alhamdulillah ita mula yakin dengan resepi yang baru ini.

Ita menggunakan hanya bahan yang mudah di dapati di kedai biasa. Tak perlu ke supermarket atau kedai bakery kat kedai mamak depan rumah pon anda boleh dapatkan bahan. Pada ita buat apa anda bayar beribu ringgit untuk ke kelas Korea sedangkan anda sukar nak dapatkan bahan yang mereka gunakan. Tapi jika ada duit beribu dalam bank tidak salah jika nak dapatkan pengalaman baru... Korea menggunakan butter putih atau pure butter yang agak sukar kita dapati di Malaysia, kalau adapun harganya agak mahal. Mereka sengaja menggunakan nozel mereka sendiri supaya kita kena beli nozel mereka untuk buat bunga.. ya Allah apasal lah nak susahkan diri... gunakan sahaja barang tempatan, lebih mudah di dapati dan hasilnya lebih kurang sama. Apa yang penting praktis. Bukan kerana nozel anda dapat hasilakan bunga yang cantik.. kadang ada nozel yang mahal tapi kalau tangan keras kejung pun payah nak hasikan bunga. Tapi bagi mereka yang dah pro tak salah kalau nak mencuba.

Ada yang kata dengan nozel dari Korea kita dapat hasilkan kelopak bungga yang lebih nipis. haha.. itu hanya fisikologi aje.. permainan minda dan hanya dimomokkan aje.. Untuk dapatkan kelopak yang nipis bukan susah, jika kena dengan buttercreamnya.. dan anda nipiskan nozel yang ada dengan player dah pasti anda akan dapat hasikan kelopak yang nipis. Jangan terikut-ikut sangat cakap orang Korea ni.. kita kan ada akal... cuba guna akal sikit.

Ita dah 3 tahun bergelumang dengan bunga Korea. Dengan pelbagai jenis bunga, pelbagai tema warna , corak dan bentuk yang ita praktis. Boleh ita katakan setiap hari ita praktis dan tangan ini tak pernah lepas dari buttercream. Pada ita apa yang dikatakan hanyalah propaganda aje.. sebenarnya praktis make perfect!

Untuk pengetahuan semua, ita pernah di undang oleh bakers Korea dan Hong Kong untuk berkolobrasi dalam membuat kelas Korean flower di Asia. Beberapa kali mereka memujuk dan beberapa email ita terima dari mereka . Mungkin mereka nak mengambil kesempatan dengan menggunakan pengaruh ita bagi mempopularkan mereka. Silap orang.. ita lebih rela beri peluang pada bangsa sendiri dari membanggakan orang luar. Sebenarnya ita kurang bersetuju dengan business proposal mereka. Bayaran yuran yang pada ita tak masuk akal dengan bahan yang sukar di dapati lagi membuatkan ita tidak berganjak dengan keputusan ita. Mengikut proposal mereka, mereka akan mengajar beberapa bunga sahaja, seperti rose, english rose, hydrenga , kekwa tidak seperti mana bunga yang kita lihat  terpampang indah di ig mereka. Bunga yang di ajar bersepah di dalam yutube. Ita rasakan mereka tidak beberapa jujur dan mengajar hanya untuk mengaut keuntungan semata. Dan semuanya indah khabar dari  rupa sahaja. Ita lihat hasil student yang pergi kelas mereka membuat bunga yang sama, susun atur yang sama, design yang sama dengan warna bancuhan yang serupa. Tida kreativiti dari pihak pelajar.

Cabaran yang mendatang

Cabaran sebagai bakers dan pengajar semakin hari semakin hebat. Tumbuhnya bakers baru bagaikan cendawan selepas hujan. Akibat faktor ekonomi yang tidak menentu , maka ramai yang di berhentikan kerja. Kerana kos sara hidup yang tinggi , mereka terus mencari option lain untuk survive dan dunia bakeri adalah pilihan utama yang dirasakan paling mudah.

Bila timbul situasi begini, persaingan dari segi harga pun bermula. Jangan terkejut jika harga kek yang di tawarkan menjadi semakin murah walaupun harga bahan mentah semakin meningkat. Caras mencaras sudah menjadi lumrah dalam dunia bakers kini. Semuanya akan menjadi suatu realiti dan bukan fantasi lagi.

Walau apapun cabaran yang mendatang selepas ini, ita harap dapat menempuhnya dengan sabar.

Jangan panggil ita Chef
Jangan panggil ita photographer
Jangan panggil ita food stylist
Jangan panggil ita bakers
Jangan panggil ita jutawan cookies
Jangan panggil ita cake decorator
Jangan panggil ita writer
Jangan panggil ita teacher

Ita  masih lagi seorang blogger.......















AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.