Happy 7th Anniversary masam manis - masam manis f

Breaking

Oct 25, 2017

Happy 7th Anniversary masam manis


Assalamualaikum

Alhamdulillah telah 7 tahun masam 🍊 manis bersama ita, pelbagai cabaran , onak , ranjau dan duri yang kami tempuhi bersama.. masam dan manisnya semuanya terpahat menjadi satu kenangan yang cukup indah untuk di kenang.

Blog hingusan yang mula menapak atas dasar suka-suka untuk menghilangkan rasa sunyi bila anak-anak mula melangkah ke asrama.. kini telah menjadi satu platform untuk anak-anak muda, bakal-bakal isteri, ibu-ibu, suri rumahtangga sepenuh masa, ibu tunggal, ibu tinggal .. abang-abang sado.. bapa-bapa sado.. bapa-bapa tunggal dan bapa-bapa tinggal.. mendapatkan tips, panduan dan resepi harian mahupun resepi untuk di jadikan pendapatan sampingan buat menampung kehidupan yang semakin sukar kini..

Alhamdulillah dan rasa syukur sangat ita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia darinya juga.. di berikan ita anak-anak yang sentiasa berada di belakang ita untuk sentiasa melihat masam-manis terus berbakti kepada semua.. Alhamdulillah juga di kurniakan suami yang sangat-sangat memahami minat isterinya.. yang sanggup mengeluarkan belanja untuk ita menghidupkan masam-manis dengan harapan satu hari.. bila ita dah tak ada .. dia terus memberikan khidmat pada semua..

Perjalanan yang cukup panjang ini bukanlah sesuatu yang mudah.. cukup manis untuk di buang dan cukup pahit untuk di telan.. namun ita cukup bangga kerana impian ita untuk melihat masam manis neniti di bibir pencinta dunia masakkan.. alhamdulillah kini hampir tercapai..Terharu bercampur hiba bila setiap kali ita bersua dengan ramai pengikut masam manis.. mereka mengucapkan terima kasih atas setiap perkongsian masam manis.. minta halalkan setiap resepi yang di cuba.. terharu ita... tiada apa yang dapat di gambarkan kegembiraan ini... ya Allah hanya dikau jua yang tahu.. apa itu erti sebuah keikhlasan... Semuanya ita dah halalkan... seikhlas-ikhlasnya... terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan kerana menjadikan blog masam-manis sebagai rujukkan.. Ita sentiasa berdoa agar setiap resepi yang di cuba di berikan limpahan rezeki yang berlipat kali ganda buat semua... tak kiralah rezeki dari segi kesihatan yang baik.. mahupun kesejahteraan ekonomi keluarga..

Terima kasih ita yang tak terhingga juga kepada semua folower ita.. hihi kalau boleh ita nak cari siapalah orang yang pertama follow blog masam manis 🤣 kerana dialah orang pertama yang memberikan ita semangat dan kekuatan untuk terus berblog.. 

Terima kasih juga kepada semua haters , kerana mereka yang menjadikan ita sekental ini. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan.. rakan-rakan fb, rakan-rakan blogger, rakan-rakan pinteres, rakan-rakan ig, rakan-rakan sekolah dan sesiapa sahaja rakan-rakan yang mengenali masam manis.Terima kasih juga kepada media sosial, pihak majalah yang banyak membantu ita dan masam manis selama ini. Jutaan terima kasih juga kepada sifu ita Chef Amer dan Chef Asma yang banyak memberikan galakkan dan tunjuk ajar pada ita.. yang sentiasa berikan ita semangat dan kekuatan.. dari bloger hingusan.. kini ita dah boleh deco cake dan dah boleh mengajar.. terima kasih Chef berdua.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala-galanya..

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan bakers walau di mana sahaja anda berada.. walaupun kita tak pernah mengenali satu sama lain.. namu ita tahu.. kita saling intai-mengintai.. saling sekodeng-menyekodeng.. untuk menghidupkan dan menyemarakkan lagi dunia decorasi cake..
Dan berbilion-bilion terima kasih ita ucapkan atas rasa kasih dan sayang ita pada semua anak-anak murid ita.. yang surpport ita sangat-sangat.. walau di mana sahaja anda berada.. kak ita akan terus berdoa agar kalian semua terus berjaya di luar sana.. terus berusaha untuk hasilkan yang terbaik.. jangan putus atas dan cepat mengalah.. !

Dan tak lupa yang paling utama terima kasih ita pada kedua ibu dan bapa ita.. mereka berdualah orang yang paling kuat menyokong setiap apa yang ita lakukan.. belikan ita oven.. belikan ita chiler.. belikan ita mixer untuk ita mulakan apa yang ita buat kini... terima kasih banyak-banyak ita hanya mampu doakan agar keduanya sentiasa di rahmati Allah selalu.. dan di berikan kesihatan yang baik.. Ita sentiasa bawa semangat mereka berdua bersama ita kerana darah mereka sentiasa mengalir dalam tubuh ini...

Kepada semua... ita mohon jutaan ampun dan maaf andai ada salah dan silap yang ita dan masam manis lakukan.. ada kata-kata dan penulisan ita yang menguris perasaan.. ita pohon beribu kemaafan.. terima kasih semua...

#akuseorangblogger

17 comments:

Ann Ishak said...

happy anniversary kak :D

Juls Julie80 said...

salam perkenalan kak..dah lama follow blog akak..mmg xjemu tengok dan baca..gambar semua cantik2 hasil kreativiti akak..mmg akak sangat bertuah dikurniakan bakat dlm bidang masakan.

Semoga akak terus sukses dunia akhirat. Happy anvsry utk blog akak.. :)

Unknown said...

Happy birthday masam manis

Unknown said...

tp diharap.lps ni dpt uodate kek n masakan ye..rindu nk tgok

Yatie7967 said...

U are the best kak ita....

Cik Azz said...

Tahniah Ita.
Moga terus sukses.

cik zery said...

saya antara orang yg selalu ikut perkembangan kak ita...
selalu gunapakai resepi yang ada...
saya mintak halal dunia akhirat ya kak ita...
semoga kak ita dimurahkan rezeki...sihat tubuh badan...
terima kasih banyak-banyak...

Mrs.Leela said...

Congratulations...your blog had gave me a lots of inspiration...

che dai said...

Akak memang peminat azlita masam manis. Ingat bake ingat ita. Suatu hari nak jadi murid tua ita. Hehe. Semoga terus sukses.

Unknown said...

Tahniah Kak Ita! Moga sentiasa sukses & dalam perlindungan Allah swt... :)

kishkun said...

Happy Anniversary Masam Manis!

Unknown said...

Hjar mmg suka buat kek kalu Ada masa lapang. Dn mmg akn tgok blog kak ita dlu. Sbb in shaAllah mnjadi dn mmg sdp. Lagi pulak, hjar mmg admire dgn shot2 kak ita. Dekorasi yg menarik. Keep it up

Cik Moncet said...

Alhamdulillah...
Masih kekal follow kak ita..hehe dari tahun 2011 lg.. Suka follow resipi2 akk.. Sumenye sedap2...

Che Alim said...

happy birthday masam manis...

seri said...

terima kasih resipi2 dan tips yang menarik

nayfatimahrasyid said...

semoga terus success kakita ;)

Hardine Wafiq said...

Tahniah kak ita..anda pencetus semangat sy dlm bidang ni,t ksh selalu kongsi ilmu

Post Top Ad

test