NAGASARI NANGKA - masam manis f

Breaking

Oct 28, 2010

NAGASARI NANGKA


NAGASARI NANGKA

Dah berminggu2 cari nangka dan akhirnyer dapat juga.....  jom kita ke dapur buat kuih...

MyKitchen's Recipe

  • 1 bungkus tepung beras - gajah tiga
  • 2 cwn tpg ubi
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 kg gula 
  • 1 biji santan kelapa dijadikan 2 jug santan cair
  • daun pandan disimpul
  • Nangka - dipotong dadu

"DO IT YOUR SELF"

Blend tpg beras, tpg ubi,gula dan garam dgn 2 jug santan. Masukkan dalam periuk, letak daun pandan dan masak atas api hingga pekat dan likat (sampai dah tak boleh nak kacau dah...) Pastikan bahan ini sentiasa dikacau kerana ia akan bergentel2 jika tidak dikacau. Setelah siap ketepikan sebentar.Biarkan sejuk sebentar.
Panaskan kukusan. Masukkan adunan tadi dlm cup kecil yg tlh dioles dgn minyak makan dlm 3/4 acuan. Kemudian letakkan nangka, penuhkan semula dgn adunan dan bolehlah mengukus. Anggaran mengukus selama 15 minit.

* Adunan ni agak banyak, jika nak buat utk makan family aje bolehlah dibuat 1/2 adunan sahaja.
Boleh juga dibungkus dgn daun pisang. Selain dari nangka boleh juga gunakan pisang nipah.. pisang yg lain ada kurenggg sikit. Klu bubuh dlm cup jgn letak pisang sebab pisang ni cepat lebam.

No comments:

Post Top Ad

test