PUDING ROTI CARAMEL - masam manis f

Breaking

Oct 24, 2010

PUDING ROTI CARAMEL



PUDING ROTI CARAMEL

Sebenarnya dah lama ita cari resepi Puding Roti Caramel ni, sebab hubby ita suka sanggat makan puding roti ni. First time makan kat hotel hubby terus jatuh hati... tula ita cuba dapatkan resepi ni dari pelbagai sumber... 

At last dapat juga buatkan hubby... rasa seronok sangat bila tengok suami makan hasil tangan kita kan...

Thanks to kak yati and a few fren yg telah berkongsi resepi ni... tapi ita ubah and tokok tambah sikit ikut kegemaran suami dan inilah hasilnya....



MyKitchen's Recipe

    •    3 sudu gula pasir utk buat gula hangus
    •    8 kpg roti di carik2 atau potong kecil2
    •    1 tin susu pekat manis
    •    1 tin susu UHT (pakai sukatan tin susu pekat manis tadi) klu tak ada susu UHT susu cair pun boleh
    •    majerin - sapu pd roti sblm roti di potong
    •    5 biji telur
    •    2 sudu perisa vanila (pakai tutup btl vanila pon blh)
    •    nenas dlm tin di potong kiub
    •    chery hijau n merah
    •    sedikit kismis


"DO IT YOURSELF"
Tabur gula dlm loyang ( ini adalah proses untuk membuat gula hangus ) dan letak atas dapur bila dah cair biarkan sebentar.
Pukul semua bahan kecuali roti, nenas, chery n kismis. Pukul dengan perlahan sahaja jangan sampai berbuih.
Masukkan sedikit dlm loyang gula hangus td selepas tu susun roti, taburkan nenas, chery n kismis kemudian masukkan lagi bahan tadi dan ulang hingga habis.  Biarkan sekejap hingga roti dah serap dan bolehlah mula mengukus.  Kukus selama 45 minit.
Sesudah puding  masak biarkan sejuk sebentar.
 Akhir sekali masukkan dlm peti ais.
Puding ni sedap sekali jika dimakan bersama caremel sos ataupun castard sos. Boleh dimakan ketika sejuk atau pun panas. Cuma jika panas susah sikit nak keluarkan dari loyang alatnyer kena korek pakai sudu aje le...

No comments:

Post Top Ad

test