APAM HARUM MANIS - masam manis f

Breaking

Nov 3, 2010

APAM HARUM MANIS

 APAM HARUM MANIS
Resepi Apam Harum Manis ni ita dapat dr seorang rakan FB yg mmg pakar memasak... resepi kuih muihnyer mmg menarik tertarik...Ita mmg suka betul klu kuih yang ada pisang ni lebih2 lagi apam.Baunya yang harum dan rasa pisang yg manis itulah ita rasa tuan empunya resepini menamakannyer 'apam harum manis' .Ita harap Sasha Rahmat's tak marah ita pamerkan resepi kat blog ita ni utk dikongsi bersama anak2, adik2 dan rakan2...Terima kasih sekali lagi pada penyumbang resepi.... jom kita lihat bahan2 yg sasha perlukan...

MyKitchen's Recipe

  • 300 gm gula melaka / gula timbang - dicairkan
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum diayak bersama 1/2 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 gm majerin - dicairkan
  • 8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm

"DO IT YOUR SELF"

Masak gula Melaka dgn air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
Pukul telur dgn gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan tpg yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnyer dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.

3 comments:

Rosdi Eunos said...

Saya pun selalu juga buat apam harum manis ni... kalau malas nak cairkan butter.. gantikan dengan minyak jagung pun boleh (ikut sukatan yang sama)..

sweet Marissa's zanis said...

Sya nk try today...it's look very delicious..tq 4 the resepi

sweet Marissa's zanis said...

Sya nk try today...it's look very delicious..tq 4 the resepi

Post Top Ad

test