JAPANESE CHEESE CAKE - masam manis f

Breaking

Nov 28, 2010

JAPANESE CHEESE CAKE

Assalamualaikum....
Apa khabar semua selamat berhari minggu... hari ni ita buat Japanese Cheese Cake resepi ni ita ambil dr Kongsi Resepi Discussion. Resepi oleh Rms Benhadriah.  Japanese Cheese cake ni sangat lembut dan sedap bagi pengemar2 cheese cake. Kek ni tak berapa manis, sesuai sangat kepada mereka2 yg mementingkan kesihatan.
Tapi ita rasa kek ni lagi sedap jika dimakan bersama caramel sirup dan sos caramel... marveloussss... sangat!!!... cubalah... sedap...
Terima kasih kepada penyumbang resepi... ita cnp resepinyer di sini ye.. utk rujukan ita dan kawan2..



MyKitchen's Recipe

Japanese Cheese Cake
By: Rms Benhadriah 

4-5 keping cheddar cheese  
200ml susu segar 
4 biji telur 
70gm gula halus 
70gm tepong kek 
70gm butter 
masa penyediaan: 20min 
masa membakar: 1jam


"DO IT YOUR SELF"

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

*teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

14 comments:

kemboja said...

mcmbest jer.. bhn2 pn senang cari.. kte ambik resipi yer kak.. nak try buat

Ibu Lala said...

tak terbakar ke oven bila masukkan air panas kat dalam tu. takut pulak nak buat...

Aura de'beauty said...

salam kak ita, nak tanya kalau kak ita mentioned Tepung kek, maksudnya tepung kek dlm kotak tu ke?

rossaAzizi said...

Mlm ni sy nk cuba wat.....hrp2 menjd....;-)

Unknown said...

Kalau resepi nie kukus blh x??

Unknown said...

Mengapa kek tu x naik dan tlg la jawab dan atas hangit

Unknown said...

Tengah buat mengapa kek tak naik dan atas jd hangit

BARIAH SOYOD said...

klu guna cream cheese boleh x

Anis said...

sy tlg jawab ya.
1. oven x terbakar. sy guna loyang 6inci 2 biji. letak 2 loyang ni ke dlm loyang 7x14 inci. masukkan air panas. mcm tu cara bakar kek ni :)

2. tepung kek tu self raising flour :)

3. blh kukus. tapi hasil x sama dengan bakar. mungkin akan kurang gebu.

4. kek x naik mungkin suhu dan masa utk panaskan oven tidak betul. seeloknya 160c , 20 minit . kemudian baru masukkan adunan kek ni, bakar 160c selama 1 jam. bahagian atas hangit sebab terlalu lama masak atau suhu yg digunakan tidak sesuai. sy dh banyak kali buat guna resepi ni. alhamdulillah x pernah hangit. mungkin juga air yg diletakkan di dalam tray terlalu sedikit.

5. boleh guna cream cheese. paling elok brand philadelphia.

tq .

nanti follow la instagram saya : homemadebyanis :)

Unknown said...

sy pernah guna resepi ni

kalau guna crean cheese @ cheddar block, guna 125gm shj


gula kastor 200 gm..

sukatan resepi ni,kek nya terlalu tawar utk makan keknya begitu shj..

tapi kalau keknya nk di hias dgn jem manis, boleh buat 150gm

Unknown said...

kalau guna cream cheese@ cheddar block, guna 125gm.

resepi ni kek nya terlalu tawar..

gula kastor boleh di adjust bubuh 150-200gm..sbb secara logik, susu yg digunakan 200ml perlu lah seimbang dgn gula..

contoh

200 ml susu : 200gm gula kastor

insyaAllah keknya manis2 elok

zahrachocmoistcake said...

Tu dikira mcm double boil..

Unknown said...

Kenapa kt bhgn bwh kek jd basah lps masak?

Unknown said...

Kenapa kt bhgn bwh kek jd basah lps masak?

Post Top Ad

test