KEK CAWAN PISANG MADU DAN KACANG WALNUT - masam manis f

Breaking

Nov 22, 2010

KEK CAWAN PISANG MADU DAN KACANG WALNUT

Selamat petang semua... petang ni saya teringing sangat nak makan kek pisang, kebetulan semalam semasa pergi pasar ada beli sesikat pisang ingatkan nak buatkan jemput2 utk sarapan pagi tadi, last2 masa godek2 pisang tu... terasa nak buat plk kek cawan tu yg jadi kek cawan pisang madu dan kacang walnut ni...

kek cawan ita ni termekarla plk... time kita nak yg mekar dia tak mau mekar bila tak nak yg mekar dia mekar la plk... hihihi Resepi kek cawan ni ita dapat dr buku resepi 500 kek cawan...jom kita tgk resepinyer

MyKitchen's Recipe

450g pisang - dilecek
150g gula perang
90g madu - ita rasa klu tak letak madu pun sedap sebab madu ni membawa satu aroma dan rasa manis yg lain sikit...dan menghilangkan sikit rasa pisang.... kpd yg suka madu bolehlah masukkan madu...
4 sudu besar butter - dicairkan
225g tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
150g kacang walnut - dicincang kasar


"DO IT YOUR SELF"

Panaskan ketuhar pada suhu 175c. letakkan 18 bekas paper cup di dalam acuan mufin. Didlm mangkuk besar , masukkan pisang, gula, madu dam butter. Pukul dgn pemukul elektrik sehingga sebati. perlahan2 tambahkan tpg, serbuk penaik dan garam. Masukkan kacang walnut dan kaup balik adunan hingga rata.
Sudukan adunan kedalam bekas cup 3/4 (ita bubuh penuh tu yg mekar sejambak tu... hihihi)  bakar selama 20 minit. keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan selama 5 minit. kemudian keluarkan kek cawan dan sejukkan diatas rak.


No comments:

Post Top Ad

test