MEE REBUS - masam manis f

Breaking

Nov 19, 2010

MEE REBUS

assalamualaikum... selamat mlm semua.. ini menu minum ptg merangkap makan mlm sekali...
Mee Rebus My style.....
Resepi mee rebus ni ita dpt dr pak cik ita... dulu pak cik ita berniaga di Pantai Lido... antara menu utamanyer adalah mee rebus... sekarang pak cik ita dah tak meniaga lg.. dah jd penternak la plk... penternak lebah... klu siapa nak madu cari lah pak cik ita... hihihi...
Ini request dr anak2 jugak minta buatkan mee rebus... kebetulan  jiran sebelah ada bagi ita daging korban ada plk tulang dan tetel jd apa lagi mee rebus la nampaknyer... pas tu ada plk rakan ita dtg umah ita pun jamu la mereka dgn mee rebus ni... jom la kita kedapur tgk resepinyer... tp resepi ni tak de sukatan yg tepat sebab ita agak2  and campak2 aje aje...

Mee Rebus My Style



MyKitchen's Recipe


  • Tulang , tetel dan daging - basuh bersih kemudian rebus slps daging empuk potong kecil (klu tak de tetel pun tak pe..)
  • keledek - rebus kemudian diblend halus (kledek ni klu byk pun tak pe ia utk maniskan dan pekatkan kuah..)
  • 1 cwn udang kering - direndam, basuh dan toskan kemudian dikisar
  • 1 cwn ikan bilis - direndam, basuh dan toskan kemudian dikisar
  • 3 inc halia, 2 inc kunyit, 2 inc lengkuas dan 3 batang serai, di blend halus kemudian tapis ambil airnyer saja.
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 peket rempah kari - peket kecil 60 sen dibancuh air
  • 2 sudu besar cili serbuk - dibancuh air
  • 1 buku gula melaka
  • sedikit air asam
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2 kiub daging/ lembu
  • garam dan gula secukup rasa


bahan2 utk makan bersama

  • Mee kuning - dicelur
  • taugeh - dicelur
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • bawang goreng
  • limau kasturi
  • telur rebus
  • cili merah dan cili hijau - dihiris


"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dibancuh dgn sedikit air.
Masukkan air halia, lengkuas, kunyit dan serai dan masak lagi.
kemudian masukkan daging dan air rebusannyer dan biarkan mendidih.
Selepas didih masukkan kiub ikan bilis, kiub daging dan gula melaka.
Masukkan keledek yg telah diblend dan kacau rata.
akhir sekali masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
setelah siap boleh lah dihidangkan bersama mee, tauhu, taugeh, bawang goreng, daun sup dan daun bawang,dan telur rebus.


1 comment:

HBM Technology said...

Mesti pedas mee rebus ni..

Post Top Ad

test