NASI LEMAK PANDAN - masam manis f

Breaking

Nov 4, 2010

NASI LEMAK PANDAN

NASI LEMAK PANDAN
Pada mulanya ita sangka nasi lemak pandan ni sama aje dgn nasi lemak biasa cuma tambahkan air daun pandan aje.. tapi rupanya ada kelainan sedikit kerana ada tambahan serbuk lada hitam utk mendapatkan aroma dan kelainan. First time makan nasi lemak ni sewaktu pulang ke Kota Bahru, satu mlm perjalanan mmg memenatkan perut pun dah lapar kerana tak mahu menyusahkan mak mertua kami sekeluarga singgah dulu bersarapan di sebuah hotel, ita pun dah tak ingat nama hotel tu... kat situlah ita berkenalan dgn nasi lemak pandan ni... mmg menyelerakan lebih2 ketika perut mmg tgh lapar... jom kita lihat resepi yg digunakan utk menyediakannya


MyKitchen's Recipe
  • 4 cawan beras Basmathi -  cuci dan rendam 20 minit, toskan
  • 4 cwn santan (1 biji kelapa parut)
  • 1 cawan air utk di kisar bersama 10 helai daun pandan ( kisar halus dan tapiskan)
  • 2 batang serai -  dititik
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 inci halia -  dititik
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • rempah tumis (4 sekawan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan2 utk dimakan bersama
  • Sambal tumis udang
  • Sambal sotong
  • Hirisan timun 
  • Ikan bilis goreng
  • Telur rebus
  • Redang ayam - atau apa2 lauk yg disukai 


"DO IT YOUR SELF"
Masukkan beras yg telah dibasuh dan ditoskan dlm rice cooker. Masukkan simpulan daun pandan, serai dan halia. Kemudian tuangkan air kisaran daun pandan tadi  dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yg dihiris tadi hingga harum. Tuang santan. Masukkan serbuk lada hitam dan secubit garam. Kacau hingga didih.
Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi.  Masak seperti biasa, bila nasi masak, Kacau dan ratakan nasi . Jangan terlebih dikacau, nanti nasi patah2.
Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan dan lauk kegemaran...

    No comments:

    Post Top Ad

    test