Membakar Kek Dalam Acuan Kek Angel Food
Meringue mestilah dipukul hingga kembang supaya kek akan menjadi kembang dan gebu. Kek dibakar di rak bawah ketuhar, lebih kurang 2-3 sm dari dasar ketuhar. Jika dasar kek tidak dibakar dengan sempurna, kek akan jatuh dari acuan apabila sejuk nanti
acuan kek angle food
Membakar Kek dalam Pan Cetek
Meringue mesti dipukul hingga kembang dan kental. Jika tidak, kek akan mengecut setelah masak. Bakar di tengah rak ketuhar.
acuan cetek
Petua Membakar Kek Span
- Anda harus menggunakan spatula getah utk kaup balikkan tepung dan mentega cair. Jangan kaupkan terlalu lama kerana ini akan menjejaskan udara didalam adunan dan kek tidak akan naik dgn sempurna.
- Mentega cair yg digunakan utk kek span mestilah panas
- Mentega cair boleh digantikan dgn minyak sayuran.
spatula getah
Tips dan petua dr Chef Alex Goh
2 comments:
terima kasih byk2 ita dengan info yg sangat berguna terutama untuk akak yg tak pro bab2 buat kek ni..pakai bantai jer... suke sangat
akak, yang meringue akak ckp ni meringue pavlova tuh ke? yang gune putih telur tu jer?
Post a Comment