KARI AYAM - masam manis f

Breaking

Dec 29, 2010

KARI AYAM

Assalamualaikum...
hari ni ita masak Kari Ayam. Selalu ita masak tak letak kerisik... hari ni ita bubuh kerisik sebab ramai kawan2 kata klu bubuh kerisik lebih sedap!... itu lah yg ita cuba hari ni... alhamdulillah... mmg sedap dan menepati cita rasa tekak kami sekeluaga... tak sia2 mencuba...
Resepi hari ni ita ikut resepi Chef Hanieliza... masak kari ni semua dah pandai buat...kan..? tp ita masukkan jugaklah resepi disini untuk rujukkan anak2 ita... manalah tau kot2 Dalili dah nak kedapur boleh lah rujuk resepi mak dia ni... hihihi


MyKitchen's Recipe

KARI AYAM
By: Chef Hanieliza

1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cwm minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis - ita tak letak
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu besar kerisik
2 cwn santan dari 1/2 biji kelapa
4 biji kentang - dipotong 4
3 biji tomato - dipotong 4
1/2 cwn air asam jawa - ita guna asam keping
garam secukup rasa
2 kiub ayam - ita tambah

Bahan B - utk menumis
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inc halia
3 tangkai daun kari
rempah tumis - 4 sekawan

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan menumis hingga naik bau dan garing. Masukkan rempah kari, jintan manis, serbuk cili yg dibancuh dgn air asam dan kiub ayam kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam. Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk.
Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi, roti atau roti jala...


4 comments:

Puan Rose said...

Salam Kak Ita,

Rempah tumis 4 sekawan tu apa dia yer?

tkasih..

mummy of the DANIs said...

Rasanya kayu manis, bunga lawang, cengkih and biji cintan..kot..hehe

raraspace said...

4 sekawan
* kulit kayu manis
* buah pelaga
* cengkih
* bunga lawang

Ida said...

Salam kak Ita, boleh cuba ni, tq.

Post Top Ad

test