KUIH LOPES - masam manis f

Breaking

Dec 30, 2010

KUIH LOPES

Assalamualaikum...
Petang tadi kami sekeluarga makan kuih lopes... kuih Lopes ni mmg kegemaran kami sekeluarga. Dulu klu nak makan kuih lopes ita akan pergi makan dekat Hutan Bandar kat bandar JB ni... kuih lopes mak cik tu sedap sangat... kadang2 ita borong semua sekali kerana semua suka kuih ni... nak buat malas sebab leceh sikit la nak buat kuih ni.... nak kena rendam pulut, pas tu nak membungkus ... tang tu yg ita paling tak suka klu makan ita suka...hihihi

Tapi hari ni ita nak sharekan resepi kuih lopes yg mudah saje penyediaannyer... klu tau senang mcm ni dari dulu ita dah buat kuih ni...hihihi
Resepi ni ita ambil kat My Resepi. Resepi dikirimkan oleh tulip77 resepi yg sangat mudah dan sedap... wah! klu mcm ni hari2 la ita melopes plk...hahaha  kepada tuan empunyer resepi ita minta izin share resepi dicini ye.... ita malas nak taip la... mata dah tak berapa nampak ni... ita CNP ye!   terima kasih bebanyak sudi share resepi kuih fav kami sekeluarga ni....jom salin resepi...!!!


MyKitchen's Recipe

KUIH LOPES
By: tulip77

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air

 

"DO IT YOURSELF"

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Ita tak letak air daun pandan sebab tak de... nak keluar gi kedai...adussss malas nyerrrr.... ita jugak tak letak air kapur... hihihi... tapi still sedap... licin dah!! esok buat lagi...yeh!


Nak memudahkan kerja... ita tak kukus pun pulut tu ... ita bantai masuk aje dlm periuk nasik tekan on... hihihi klick! dah masak... hahaha orang malas....

3 comments:

PelangIndah said...

kalau masok dlm periuk nasi,kirenya masak mcm masak nsi ke?

Unknown said...

as salam ita..sy selalu mengikuti blog masam manis ni..nk tnya ape kegunaan air kapur tu yer tuk kuih lopes ni

cik millet said...

Apa function air kapur sebenarnya?

Post Top Ad

test