MEE HOON GORENG BERKUAH - masam manis f

Breaking

Dec 10, 2010

MEE HOON GORENG BERKUAH

Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua... dah makan ke belum? hari ni ita masak yg simple aje... sebab seperti biasa hari Jumaat kena masak awal... ita masak Mee Hoon Goreng Berkuah... jemput makan ye!...


MyKitchen's Recipe

Resepi untuk Mee Siam

1 bungkus mee siam direndam
1 cwn daging dipotong kecil2
1 cwn udang atau sotong
fish ball atau fish cake - jika suka
1 cawan taugeh
2 keping tauhu - dipotong kecil dan digoreng
daun sawi dipotong - asingkan batang dan daunnyer
daun kucai - dipotong 1 inc
1 cwn air asam
garam dan gula secukup rasa


Bahan Untuk Dikisar

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 3/4 cwn lada kering - direndam
1 cwn udang kering
sedikit belacan

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing.  Masukkan air asam dan masak lagi hingga kuah sedikit pekat. Larikan 1/2 rencah untuk dibuat kuah mee. Kemudian masukkan daging dan udang atau sotong kedalam rencah yg masih ada dlm kuali, masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tauhu,fish ball atau fish cake jika suka. Kemudian masukkan mee kacau rata sehingga semua mee bergaul mesra dgn kuah. Setelah rata dan mee sudah masak masukkan batang sawi dan biar sawi sedikit layur barulah masukkan daun sawi, taugeh dan daun kucai. Kacau rata dan siap dihidangkan bersama kuah mee dan telur dadar.

 ini kuah yg dimakan bersama mee hoon goreng


Bahan Untuk Kuah

1/2 rencah mee yg telah dilarikan tadi
5 cwn air - bergantung ye! klu suka cair blh tambahkan air
3 sudu taucuh - 1/2 dilecek halus dan sebaruh lagi biar sebiji2
2 sudu besar kacang tanah
gula secukup rasa.

"DO IT YOURSELF"

Masukkan 1/2 rencah mee dlm kuali panaskan semula. masukkan air biar didih kemudian masukkan taucuh. Masukkan kacang tanah dan gula dan biarkan kuah sedikit pekat. Tak payah letak garam kerana taucuh tu dah masin....

No comments:

Post Top Ad

test