Salam Jumaat ye semua... dah makan ke belum? hari ni ita masak yg ringkas aje... Mee Soup Black Papper. Hari tu masa tanya kat kongsi resepi ttg mee soup black papper ni semua kata tak pernah dengar... so hari ni ita tunjukkan la bagaimana rupa mee ni dan bagaimana cara untuk memasaknyer...
Resepi yg cukup simple dan mudah. Cukup cepat dimasak dan sedap dimakan....
Resepi ni dah jadi fav family ita... ita copy resepi ni dr satu rancangan memasak bersama Maggi... dulu2 lama dah siaran tu... masa tu Astro pun tak de lg... yg ada RTM dan TV3. Internet2 dan blog2 ni lagi la.... sekarang semua dah mudah kan? resepi dihujung jari... sepatah kata Yatie Sinar Kehidupanku " ibu moden... sambil masak sambil on9...hihihi " cangih kan ibu2 sekarang.....
Ok la berbalik pada resepi ni.... kang melalut plk.... resepi ni sangat sesuai klu kita masak untuk tetamu yg dtg mengejut... ha! alih2 ada je muncul depan pintu... ha nak masak apa.... tentu pening kepala nak fikir kan.... atau sesuai juga untuk majlis spt "open house' sebab tak banyak kerenah... bak kata anak ita Dalili.... "masak la apa2 pun mak yg penting kita tak kena siang taugeh...hihihi...." anak2 sekarang...... jom la kedapur ita tunjukkan cara sediakan hidangan ni....
MyKitchen's Recipe
MEE SOUP BLACK PAPPER
1 bungkus mee kuning - dicelur
1 kg daging direbus (klu ada tulang boleh campur sekali tak yah banyak dlm 3 ketul pun cukup)
Rempah tumis (4 sekawan)
kiub daging
kiub tulang - klu tak de tak pe...
kiub bunjut - klu tak de sup bunjut pun blh...
2 cm halia - dititik
1 btg serai - dititik
2 sudu besar rempah soup
1 peket perencah berlada hitam Maggi
2 sudu besar kicap manis
2 batang sadri - dipotong
1 biji bawang holland - dihiris bulat
1 btg karot - dipotong
daun sup dan daun bawang dihiris
bawang goreng.
Bahan Dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
"DO IT YOUR SELF"
Panaskan minyak. tumis rempah tumis, halia dan serai hingga harum. masukkan bahan yg dikisar masak hingga garing. masukkan rempah soup dan perencah berlada hitam maggi yg telah dibancuh dgn sedikit air, masak lagi hingga garing. masukkan daging dan air rebusan daging. Masukkan kiub daging, kiub bunjut, kiub tulang, karot dan masak hingga daging dan karot empuk.
Masukkan garam secukup rasa dan kicap manis. Akhir sekali masukan daun saderi dan bawang holland. Biar sekejap dan siap tuk dihidangkan.
Makan bersama mee kuning, daun sup dan daun bawang hiris dan bawang goreng. Mee ni tak pedas dan sangat sesuai untuk mereka yg tak suka pedas. Kalau yg suka pedas boleh tambah kan cili kicap ketika makan tp ita rasa tak payah kot... sebab nanti hilang rasa black papper tu.... selamat mencuba....
2 comments:
Salam Ita,
Aduh terliurnya tngk set mee sup Ita tu...bnyk tu, abes ke...masak bnyk tu,pas2lah kat sini...sedapnya Ita...hah3,klakor je part ibu moden...resepi di hujung jari...Ita ingt ya kata2 Yatie....alamak terharu di buatnya...bilalah kita leh jumpa mcm dulu ya....
Salam K.Ita,
wah sukax3 ngan mee sup ni...nampak meriah..mcm2 ada...slurppp!!...yummy!..hihi
Post a Comment