Dessert utk hari ni... Puding Warna-warni resepi Chef jugak tp ni Chef Hanieliza... wah! ari ni makan semua air tangan chef... hihihi...
MyKitchen's Recipe
Puding Warna-Warni
By: Chef Hanieliza
Bahan A
10 gm serbuk agar2 (1 peket)
1 liter air (5 cawan)
2 cwn gula halus
Bahan B
1 tin susu cair
1 cwn tepung kastard
Bahan C
1 sudu teh Neccafe
1 sudu makan air suam
1 sudu teh coklat emulco (ini ita tambah)
Bahan D
Pewarna merah, hijau atau apa2 warna kegemaran
"DO IT YOURSELF"
Bancuhkan bahan B
masukkan bancuhan B dan kacau hingga pekat
asingkan adunan kpd 4 mangkuk
Masukkan bancuhan C (nescafe) ke dlm satu mangkuk dan kacau rata
Masukkan warna hijau dlm mangkuk yg lain dan kacau rata
masukkan warna merah dlm mangkuk yg lain dan kacau rata
biarkan satu bahagian dgn warna asal
Lapiskan perlahan2 adunan Nescafe ke dlm acuan berselang seli dgn adunan warna lain hingga habis.
Biarkan sebentar hingga adunan keras.
sejukkan dlm peti sejuk dan bolehlah di potong.
No comments:
Post a Comment