MyKitchen's Recipe
RENDANG BEBOLA DAGING BEREMPAH
Source: Buku Masakan Lauk Melayu
Bahan A
1 kg bebola daging
1 biji kelapa ambil santan pertama dan santan kedua
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau perut
3 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur (asam keping) - yg ini ita tambah
1/2 cwn minyak masak
Bahan B - dicampur bersama
150 gm pes cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan C - dikisar
2 inc lengkuas
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inc kunyit hidup
"DO IT YOURSELF"
Panaskan minyak masak dlm kuali dan goreng bahan B sehingga berbau harum. masukkan bahan C dan kacau sebati.
Masukkan bebola daging, santan pertama, daun kunyit, daun limau perut, asam keping dan santan kedua. Akhir sekali masukkan kerisik rasakan masin, masam dan manisnyer. Kacau hingga sebati, kuah pekat dan sedikit kering.
* Santan pertama tidak dicampur dgn air manakala santan kedua telah dicampur dgn air.
No comments:
Post a Comment