SOTO MADURA - masam manis f

Breaking

Dec 21, 2010

SOTO MADURA

Assalamualaikum....
Masak apa hari ni? Hari ni ita masak Soto Madura. Resepi ni ita ambil dr My Resepi. Resepi oleh rossitamz terima kasih ita ucapkan kpd rossitamz kerana sudi berkongsi resepi yg mmg dah lama ita mencari ni.... seingat ita, ita pernah makan soto madura ni pada satu majlis "open house" rumah member lama dulu.... masa tu ngendeng2 jugak kat member tya resepi tp member kata tak tau sebab dia ambil catering ...frust jugak la masa tu... lama mencari... akhirnyer ita dpt jugak merasa soto madura yg ita idam2kan sesangat ni...
Mmg sedap...!!! sedap sangat... cuba bayangkan mcm lontong campur dgn soto.... rasanyer..aaa mcm mana tu ye! tak dpt nak digambarkan kesedapannyer... cuba la lain dr soto yg biasa kita makan ...


Ok! kepada sesiapa yg nak merasa ita akan copy resepinyer disini... harap tuan empunyer resepi tak marah ye! ita berkongsi resepi yg sedap ni bersama rakan2 yg lain.... terima kasih.....


MyKitchen's Resepi

SOTO MADURA

Bahan-bahan ( Satu family (5-6 orang) )

  • Seekor ayam – dipotong kecil-kecil
  • 1 1/2 biji kelapa – diambil santannya
  • ½ biji kelapa – dibuat kerisik
  • 3 batang serai – dititik
  • Rempah ratus secukupnya – untuk menumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • 6 ulas bawang merah - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • Lain2 bahan yang diperlukan :
  • Sambal kicap
  • Hirisan timun pusing 
  • taugeh (yg ni ita tambah)
  • Nasi impit secukupnya

 

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis rempah ratus hingga kekuningan. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar.
Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik dan ayam.
Gaulkan ayam bersama2 bahan tumis supayan mesra dalam lebih kurang 5 minit.
Kemudian masukkan kerisik dan santan. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Siap untuk dihidangkan.
*** Hidangkan bersama nasi impit, sambal kicap dan timun pusing

4 comments:

Noor Shahizan said...

best ni ita..lain dari yg lain kena try ni....

Azlita Aziz said...

Try la Noor mmg sedap... anak2 pun kata yg ni lg sedap dr soto yg biasa tu...

Unknown said...

Dh try mmg sodap

Unknown said...

Mmg sodap

Post Top Ad

test