Jan 31, 2011

BUN PANDAN

aiiii.... ujan-ujan ni asyik lapar aje perut kan.... krukkk... krukkk... minta di isi... bila perut dah kenyang mata dah mulalah tak boleh nak bukak... ngantuk aje kan??


Anak2 pun asyik nak makan aje..... petang ni ita buat Bun Pandan. Resepi ni ita ambil kat umah Yatie. Senang cari resepi kat dapur Yatie, semua nyer tersusun kemas dlm list tinggal kita klick aje... dah dapat resepi yg kita nak... terima kasih ye! Yatie sebab memudahkan kawan2 mencari resepi... lebih2 lagi yg dah rabun mcm ita ni... tak lah terkial-kial membelek resepi. Lagi pun macam-macam ada kat dapur Yatie semuanyer Yatie dah mencuba... dan sedap2 belaka... dari lauk-pauk, kuih muih hingga lah ke pastry semua ada... kepada yg suka memasak tu boleh lah intai2 kat dapur Yatie...

Bun pandan ni sedap tau! lembut, gebus dan harum aje bau pandanyer... ita letak inti kelapa. Sedapnyer.... makan bun sejuk-sejuk macam ni... dlm hujan yg tak berhenti2 turun... pulak tu bila sambil makan sambil menghirup secawan kopi panas... emmmm.... errrggghhhh....  sedapnyer...... suami ita pun kata sedap! dan mita buat lagi esok... aiii... nampaknyer merotilah lagi kita esok ye!

Jom kita semak dan belek resepi yg mudah penyediaannyer ni... Sebelum tu ita nak minta izin dari yatie untuk share resepinyer disini pulak lah ye!... terima kasih Yatie...


MyKitchen's Recepi

BUN PANDAN
Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam/ atau susu segar
  • 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
  • (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
"DO IT YOURSELF"
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul

"DO IT YOURSELF"

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

SUP TULANG BEREMPAH

Ini pula menu yg kedua tuk hari ni. Sup tulang berempah. Sebenarnyer resepi ni adalah resepi Sup Daging Berempah oleh Pak Engku. Tapi ita gunakan tulang pulak kali ni. Sedap! rasa sup ni... terasa lemak manis tulang tu.....Tak yah cakap banyak lah ye... dah tak sabar nak makn dah.. anak2 dah bising dah ni bila lah dapat makan... asyik berposing aje sup tu kan...
jom kita layan menu sup ni pulak..




MyKitchen's Recepi

SUP TULANG BEREMPAH
By: Pak Engku


1 kg tulang
5 ulasbawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
1 biji bawang merah belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi - dihiris kasar
50 ml susu cair
5 tangkai daun sup - dihiris halus
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Tulang direbus dgn daun pandan sehingga empuk.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dgn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta buah pelaga sehingga naik bau.
Tuangkan air rebusan tulang tadi, masukkan tulang. Renihkan sehingga tulang pada daging lembut.
Kemudian masukkan rempah sup, susu cair, lada hitam, hirisan batang saderi dan garam secukup rasa.
Apabila sudah mendidih, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.

BENDI GORENG BERLADA

Assalamualaikum....
hari ni ita masak 3 lauk untuk makan tengahari tadi... sebab anak dah balik so ita masak lah banyak sikit... dan seronok makan bila ramai2 ni lebih2 lagi makan dgn anak2. Peluang sebegini yg selalu ita tunggu2 makan seisi keluarga... seronok dan meriah...


Ok, menu pertama ita mestilah sayur., sebab suami ita suka makan sayur. Hari ni ita masak sayur bendi. Resepi yg biasa ita masak. Mudah dan simple aje. Sayur ni tak susah sangat masak dia kan? rencah untuk lauk sayur biasa sama aje... bawang merah, bawang putih, udang kering atau ikan bilis... klu orang Johor mestilah tidak akan meninggalkan belacannyer...

Jom kita lihat menu ita yg pertama ni...



MyKitchen's Recipe

BENDI GORENG BERLADA

300 gm bendi
10 ekor udang basah
2 sudu makan air
3 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa
cili merah dihiris
1 sudu bawang goreng
1 biji telur
kiub ikan bilis

Bahan ditumbuk

5 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

"DO IT YOURSELF"

Bendi basuh dan dipotong serong (ita potong bila rencah dah siap kita tumis sebab bila potong terlalu awal bendi akan berlendir)
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan kiub ikan bilis dan masak hingga perencah sedikit garing. Ketepikan rencah dan buat bulatan ditengah kuali. Pecahkan telur, biarkan sedikit keras dan kacau rata hingga hancur dan bersalut dgn rencah tadi. masukkan udang dan air masak hingga didih. Rasakan garamnyer, dan masukkan bendi dan cili hiris. Kacau rata. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng diatasnyer sebagai hiasan.

Jan 30, 2011

JOM KENAL DAPUR ITA

assalamualaikum....
selalu kan kita asyik memasak aje... tapi kita tak tau siaplah disebalik tabir masakan kita tu kan?? hari ni ita nak kenalkan dgn pembantu2 ita didapur... yg banyak bersusah payah membantu ita dalam menyediakan juadah untuk santapan keluarga...


Dikalangan keluarga dan teman2 yg rapat dgn ita pasti tau akan minat ita pada hiasan dalaman... ini mmg hobi no 1 dan tak boleh dipisahkan dari hidup ita. Ita mmg pantang klu rumah berserak dan bersepah. Mulalah angin naik satu badan kadang2 sampai tak leh tidur ita bangun jugak mengemas.... Sebelum memasak pun ita kena pastikan dapur ita bersih dan teratur baru ita boleh memasak... klu tak mmg semua mcm serba tak kena aje...

Jom kita jenguk dapur ita dan ita kenalkan dgn pembantu2 ita yg bertaraf profesional ni...


Inilah dapur ita tempat ita memasak. Ita sangat sukan warna bumi kerana ia kelihatan semula jadi. ita dan suami juga mempunyai minat yg sama dlm penataan hiasan. kami amat meminati kayu sebab itulah boleh dikatakan setiap ruang dirumah ita beasaskan kayu. Dapur ita ni tiada dapur basah ita lebih selesa dgn konsep satu dapur sahaja. Ita mau ujudkan suasana santai dan kemas didapur. Ruang dapur yg luas dan selesa memudahkan pergerakan kita ketika memasak.


Pintu gelangsar menjadi pembahagi antara ruang makan dan ruang dapur. Ruang makan menempatkan meja kayu empat segi memanjang. Binaan pintu membuka pandangan kepada kolam ikan disisi kediaman.


Ruang makan ita terletak dipertengahan laluan menuju ke ruang dapur. Disini ita lengkapkan dgn meja makan kayu padu  berkerusi enam. Disini lah tempat ita sekeluarga berkumpul ketika menikmati hidangan. Ita juga meletakkan sebuah bingkai kaca  agar ruang ini kelihatan luas.  Disebelahnyer pula ita letakkan sebuah almari yg menghimpunkan koleksi pinggan mangkuk kesayangan ita.

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE




assalamualaikum....
selamat pagi semua... selamat berhari minggu... Dah beberapa hari ni ujan aje kan? kain baju pun tak berapa nak kering.Walaupun ada dryer tapi sebenarnyer ita lagi suka baju tu dijemur bawah matahari... sekurang2nyer matilah semua bakteria... lagipun bau dia pun wangi aje.. berbanding dgn menggunakan dryer...

Hari ni ita nak tunjukkan kek yg ita buat... actually ramai dah buat kek ni. Biasalah ita kan selalu tertinggal keretapi. Jangan mare ye... masih lagi dgn pisang yg masih belum habis... lps ni cmfrm tak makan pisang sebulan... hihihi

Kek ni ita buat hari Jumaat malam. Pas tu tak boleh nak potong sebab panas lagi... takut klu potong panas2 nanti tak molek pulak potongannyer... pagi Sabtu tak dan lagi nak potong sebab belum ambil pic pas tu ita kena bergegas ke KL. Lepas Subuh dah bertolak... Ita mmg setiap weekend akan berada di KL sebab suami ita ada urusan disana. Nasib baik ita ada rumah di KL, dan biasa ita akan bermalam disana. Tapi sebab semalam lepas habis urusan di KL suami ita kena bergegas balik ke JB sebab ada appointment. Tu yg lps ambil anak terus kita berpatah balik semula ke JB. Bayangkanlah penatnyer.....

Bercerita pasal kek ni... oh! my god... mmg sedap sangat lembut dan lembab2 sedikit...terasa pisang dan coklatnyer... pulak tu taburan chocolat chip dan almond menambahkan lagi kelazatan kek ni... mmg tak puas menikmatinyer... berbaloi mencuba! kepada peminat2 kek pisang ita sarankan anda supaya mencuba, ita pasti anda akan menyukainyer.... tip top!...

Terima kasih kepada Rima kerana sudi berkongsi resepi kek yg sedap ni... dan terima kasih juga telah memberi ilham supaya dapat menghabiskan pisang2 dirumah ni.... ita minta izin tuk share resepi kek yg sedap ni disini pula ye!... Thanks a lot....

MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
By: Rima

Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips (ita guna both white and choc and + some almonds)


Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares

Dibawah ni pula resepi yg telah ditransletkan oleh izah tapi ita coppy dari rumas mas. Mas kak ita minta izin share disini pula ye!... Thank you...

Sumber: Mas Duniaku
Bahan-bahannyer

  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
  • 1/2 cawan kismis - Mas tambah
  
"DO IT YOURSELF"

Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond@kacang nibs dan Mas tambah kismis.
Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square

Jan 29, 2011

TAHNIAH YATIE...

assalamualaikum....

Selamat malam semua... hari ni tak ada menu makan... dapur tutup ye!. Sebenarnyer ita baru balik dari KL. Ambil anak pulang bercuti sempena Hari Wilayah membawa terus ke Tahun Baru Cina... Penat betul rasa badan satu hari duk dlm kereta... tapi sempat jugak la dok shoping2 kat Med Velly. Tapi manusia... ya Allah ramainyer.... nak berjalan pun susah...

Perjalanan pun sangat perlahan kerana cuaca yg hujan sepanjang jalan dan keadaan jln yg licin... sepanjang jalan banyak jugak lah berlaku kemalangan... walaupun abg2 polis segak berkawal... Kenderaan di jln raya pun boleh tahan banyak... al maklumlah masing semua nak pulang bercuti... alhamdulillah... selamat juga ita sekeluarga kembali ke rumah...


Oh, ya! sebelum ita terlena dibuai mimpi malam yg dingin ni ita nak mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada sahabat baik ita.... (sekarang ni kita dah menjadi sahabat dialam maya la pulak...) Yatie Sinar Kehidupanku yg telah berjaya mengumpul folower seramai 1000 orang... wow! satu jumlah yg sangat membangakan bagi bloger baru... tahniah sekali lagi... semoga niat baik Yatie untuk berkongsi resepi dan kehidupan bersama rakan mendapat kerberkatan dariNya.... sebagai sahabat yg mengenali Yatie ita pun tumpang gembira.... usaha murni yatie sangat2 dihargai.....

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
BAGAI CAHAYA MENYERI LAUTAN,
JASA DIKENANG MENU WARISAN,
MENJADI SANTAPAN RAKAN DAN TAULAN...

PERGI BERBURU SAMPAI KE SEMPADAN,
DAPAT KANCIL BADAN BERJALUR,
BIAR CARIK BAJU DIBADAN,
ASALKAN HATI BERSIH DAN JUJUR....



SENAGIS LETAK DITIMBANGAN,
PEMULUT KUMBANG PAGI-PAGI,
CANTIKNYER... ROS DALAM JAMBANGAN,
KUSOROK-SOROK KU BAWA LARI....
Jan 28, 2011

SERI MUKA PISANG

assalamualaikum...
kan dah kata dah pisang lagi.... selagi pisang tak habis kita makan pisang aje lah ye....
Petang tadi ita buat serimuka pisang, Sebenarnyer pening kepala nak cari resepi pisang... bila hari ujan2 sedap jugak klu makan talam kan?? nak cari menu talam ni tak susah.. gi aje lah intai2 kat umah "ratu talam" siapa lagi... cik Yatie kita la... mmg pakar dan handal dlm pembuatan kuih talam... semua kuih talam yg yatie buat jadi cantik aje...


Sebenarnyer ita mmg tau Yatie ni mmg peminat kuih talam... dulu masa kita berjiran selalu Yatie dok hantar umah ita kuih talam buatan dia... yg paling Yatie suka buat dulu kuih talam suji... sampai sekarang ita ingat lagi... Yatie pun pandai potong kuih talam ni... kemas aje dia potong dan comel2...

Dari Yatie lah ita belajar macam mana nak potong kuih talam supaya cantik... nak tau rahsianyer... ooo ni dah bukan rahsia dah..kan???  kata Yatie klu nak cantik... dan licin potong dgn pisau plastic... bubuh minyak sikit... insyaallah kuih tu akan cantik dan licin aje bila dipotong.... Yatie sampai cakap kat ita kadang2 dia guna pisau mainan pondok2 anak dia yg plastic tu tuk potong kuih talam... hahaha lucukan.. itu lah kenangan ita dgn Yatie... sampai sekarang ita ingat... lebih2 lagi bila ita nak potong kuih talam...


Ita rasa ramai yg dah mencuba kuih serimuka pisang ni kan... sedap! lembut aje... suami ita pula biasalah dgn experimen dia... makan dgn caramel.... walllaaa....!!! meremang bulu roma kata dia... sedap!! cubalah... tak cuba tak tau kan???

Kepada Yatie dan tuan empunyer resepi ni ita minta izin tuk cnp resepinyer disini pula ye...


 MyKitchen's Recipe

SERIMUKA PISANG
By: Hasiah63
Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku

Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.

APA PULAK LA NI....

ha! jangan terkejut.... ini lah resepi yg telah ku modenkan... hahaha ini kes tak de daun pisang.... tapi sebenarnyer ita ni perihatin ttg alam sekitar tau! mana boleh tebang2 pokok nanti jabatan Alam Sekitar marah... eceh.. eceh.. memandai aje...


Al kisahnyer... begini, semalam mak ita datang umah.. dia bawak pisang... makkk aiii!!! banyak nyer.... sampai setandan.... mak kata bila pisang tu masak aje dia teringat kat ita... sebab ita suka buat kuih... tu yg dia hantar ke rumah.... ya Allah... baiknyerrr... mak ita kan... sayang mak! tapi tak kan lah sampai setandan mak oiii.... sapa lah yg nak bagi perabisss pisang tu.... aii... lepas ni berderet2 lah ita dok tayang menu pisang... wakaka...


Ala... napee... lah mak tak bawak daun pisang sekali.... ingat nak buat lepat pisang, daun pulak tak de... dah lama tak makan lepat pisang... dulu mak rajin buat lepat pisang... aduh rindu sungguh dgn masakan dan kuih- muih yg mak buat... tapi tak pe lah tak de daun pun lepat tetap jadi...


tarrrraaaa.... tengok lepat pisang yg telah ku modenkan... wallaaa jadi jugak lepat ni walaupun tak berbaju... sexi gituuuu....

MyKitchen's Recipe

LEPAT PISANG

2 cwn pisang dilenyek
2 cwn tepung beras
2 cwn santan
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
2 sudu tepung kastard - ita tambah sebab ita buat dlm acu
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnyer sahaja
Daun pisang secukupnyer untuk membungkus

"DO IT YOURSELF"

Pisang masak dilenyek hingga lumat. Setelah itu masukkan gula pasir. Gaul sehingga gula sebati.
Kemudian masukkan tepung ke dlm adunan pisang bersama2 kelapa parut dan secubit garam. Tuangkan santan dan gaulkan sehingga adunan sebati dan rata.
Sendukkan adunan lebih kurang 2 atau 3 sudu makan diatas daun kemudian bungkuslah kemas2. Buat begini sehingga selesai semuanyer. Setelah itu bolehlah dikukus hingga masak.

Kalau cara ita, yg nak cepat dan ringkas ni... ita masukkan semua bahan dlm blender kemudian terrrrrr.... siap! pas tu ambil acu leserkan dgn minyak. masukkan 3/4 acuan. Potongkan pisang sepanjang 1 cm letakkan ditengah2 acuan kemudian bolehlah dikukus. Anggaran masa mengukus antara 15-20 minit.


Jan 27, 2011

SAGU TEMBIKAI SUSU

Hai! selamat petang semua... ni dah time minum petang kan?? kadang2 tak tau apa nak masak tuk minum petang kan... puas jugak la belek2 resepi... kadang2 jengah2 jugak dapur orang intai2 masak apa tu...??


hari ni ita buat desert aje... nak membasahkan tekak yg dah lama kering ni... sebenarnyer ada sebijik buah tembikai susu ni dlm peti... dia dok tgk je kita ni bila lah nak belah dia... sorang pun tak dok cuit kawan tu... umah ita ni klu budak2 tak de buah2 ni tak jalan sangat... cik abang kita tu lagi suka makan kuaci dari dok makan buah... yg malasnyer tang kulit kuaci tu berserak... aduh!


Bila ita dok belek2 majalah Rasa ternampak lah satu resepi ni.... wah! ada guna tembikai susu lah... tgk pulak Rasa bagi 5 bintang kat resepi ni...  baikkk punyer...!! kita pun nak cuba jugak lah!! jom kita tengok resepi yg ita dah buat ni... sila lah sila....

 MyKitchen's Recepi

SAGU TEMBIKAI SUSU
Sumber: Majalah Rasa

100 gm gula pasir
50 gm gula merah
50 gm sagu
200 ml santan kelapa
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam
air secukupnyer

"DO IT YOURSELF"

Bulatkan tembikai susu menggunakan eparisenne scoopi atau boleh juga dipotong dadu. Asingkan
Seterusnyer masukkan sagu ke dlm periuk berisi air dan masak sehingga kembang. Angkat dan toskan. Asingkan.
Untuk membuat kuah, masukkan santan segar, daun pandan, secubit garam dan gula pasir ke dlm periuk. Masak hingga didih. Tutup api.Kemudian masukkan tembikai susu dan kacau.
Dlm periuk berasingan, masak gula merah dgn air sehingga pekat.
Sudukan kuah dan tembikai susu ke dlm mangkuk, masukkan sagu dan curahkan air gula diatasnyer... siap untuk dimakti... sesuai dimakan hangat atau dingin.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.