assalamualaikum....
Selamat malam semua... hari ni tak ada menu makan... dapur tutup ye!. Sebenarnyer ita baru balik dari KL. Ambil anak pulang bercuti sempena Hari Wilayah membawa terus ke Tahun Baru Cina... Penat betul rasa badan satu hari duk dlm kereta... tapi sempat jugak la dok shoping2 kat Med Velly. Tapi manusia... ya Allah ramainyer.... nak berjalan pun susah...
Perjalanan pun sangat perlahan kerana cuaca yg hujan sepanjang jalan dan keadaan jln yg licin... sepanjang jalan banyak jugak lah berlaku kemalangan... walaupun abg2 polis segak berkawal... Kenderaan di jln raya pun boleh tahan banyak... al maklumlah masing semua nak pulang bercuti... alhamdulillah... selamat juga ita sekeluarga kembali ke rumah...
Oh, ya! sebelum ita terlena dibuai mimpi malam yg dingin ni ita nak mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada sahabat baik ita.... (sekarang ni kita dah menjadi sahabat dialam maya la pulak...) Yatie Sinar Kehidupanku yg telah berjaya mengumpul folower seramai 1000 orang... wow! satu jumlah yg sangat membangakan bagi bloger baru... tahniah sekali lagi... semoga niat baik Yatie untuk berkongsi resepi dan kehidupan bersama rakan mendapat kerberkatan dariNya.... sebagai sahabat yg mengenali Yatie ita pun tumpang gembira.... usaha murni yatie sangat2 dihargai.....
AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
BAGAI CAHAYA MENYERI LAUTAN,
JASA DIKENANG MENU WARISAN,
MENJADI SANTAPAN RAKAN DAN TAULAN...
PERGI BERBURU SAMPAI KE SEMPADAN,
DAPAT KANCIL BADAN BERJALUR,
BIAR CARIK BAJU DIBADAN,
ASALKAN HATI BERSIH DAN JUJUR....
SENAGIS LETAK DITIMBANGAN,
PEMULUT KUMBANG PAGI-PAGI,
CANTIKNYER... ROS DALAM JAMBANGAN,
KUSOROK-SOROK KU BAWA LARI....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
1 comment:
Salam Ita,
Terima kasih sudi terima bunga dari Yatie, suka dan terharu di buatnya...mmng banyak kenangan antara kita....sehinggalah kita di pertemukan semula di alam maya ni dan menceburi bidang yg sama...seronoknya....wow siap berpantun lagi...
Petang2 ke kedai Pak Ali
Hendak membeli tukul dan paku
Hatiku ini senang sekali
Kerana di kau ingat padaku
Hah3...entam jelah, Yatie tak pandai berpantun...
Post a Comment