CHOCOLATE RAISINS PLAIT - masam manis f

Breaking

Feb 1, 2011

CHOCOLATE RAISINS PLAIT

ASSALAMUALAIKUM...
selamat pagi semua.... wah! cuaca cerah hari ni.... alhamdulillah... harap2 biarlah sampai ke petang... dah berapa hari ni ujan aje... baju pun dah tak kering... dah naik bertimbun... macam gunung berapi... hihi

banyak jugak kawasan yg dilanda banjir... kesian dan simpati kat mangsa2 banjir tu... jalan pun banyak yg ditutup... jalan ke rumah mak ita pun tak boleh lalu kerana banjir.. nasib baik rumah mak letak atas bukit tak lah kena banjir tapi, semua mcm kena perintah berkurung sebab terputus hubungan memandangkan semua kawasan sekitarnyer teruk dilanda banjir....


Hari ni ita meroti lagi... tak puas lagi makan roti semalam. Suami ita minta buatkan lagi... Roti hari ni ita masih mengunakan adunan yg sama dgn Bun Pandan semalam, cuma ita gantikan pandan dgn coklat dan ita letakkan kismis. Sukatan untuk gula juga ita tambah supaya roti ni sedikit manis. Sedap cicah roti ni dgn hot choc atau nescafe panas...




Roti ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2. Kali ni ita buat bentuk tocang. Ita belah ditengah dan letakkan krim putar dan taburan sweet rice... mmg menjadi kegemaran anak2... jom intai dapur ita, kita tengok resepi yg telah ita ubah suai untuk memikat selera anak-anak...

MyKitchen Recepi

CHOCOLATE RAISINS PLAIT
Resepi asal : BUN PANDAN
By: Ros
Bahan-bahanya

  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam/ atau susu segar (ita tukarkan dgn susu coklat)
  • 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula (ita tambah lagi 2 sudu untuk mendapatkan bun yg manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan. (ita tukarkan dgn choc emulco )
  • 1/2 cawan raisins ita tambah
  • (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
"DO IT YOURSELF"
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 18 bahagian  berat tiap2 satu doh tu anggaran 34 g - 36 g sebiji, dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali gulungkan doh menjadi jejalur panjang sepeti tali. Mulakan memintal doh seperti membuat tocang. mulakan pintalan dari tengah, setelah siap semuanyer, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

5 comments:

Mas said...

cantiknya roti akak.....nak sikitt..

Unknown said...

wah akak pun meroti juga jom kita tukar..cantik dan gebus...:)

Azlita Aziz said...

terima kasih mas, nanti akak tapawkan... nak berapa ketul?? hihi

Azlita Aziz said...

musim meroti plk lah nieza... Musim ujan perut lapr aje.... ok akak cop nieza punyer 3 ketul... :)

Unknown said...

Salam Kak Ita.. saya mohon share resepi ye..

Terima Kasih

Post Top Ad

test