IKAN KUKUS SERAI - masam manis f

Breaking

Jan 3, 2011

IKAN KUKUS SERAI

Ini adalah menu kedua hari ini yg ita makan bersama lauk kacang panjang goreng belacan tadi. Resepi yg ringkas dari Chef Hanieliza ini sangat sedap... apalagi bila dimakan dgn nasi panas2 resepi yg sangat mudah dan cepat disediakan... sangat sesuai klu kita tak mempunyai banyak masa utk memasak... yg penting semua bahan telah tersedia...
Kali ni ita masih menggunakan ikan bawal untuk resepi ni... ikan bawal ita rasa sangat sesuai untuk masakkan yg perlukan kita mengukus kerana tekstur isinyer yg lembut dan rasanyer yg sedikit manis... jom kita intai2 resepi kak liza...



MyKitchen's Recipe

IKAN KUKUS SERAI
By: Chef Hanieliza

1 ekor ikan siakap atau kerapu - ita guna ikan bawal
Sedikit garam
1 sudu makan sos ikan
1/4 cwn air
3 btg serai diketuk
sedikit daun ketumbar

Bahan B - dihiris
2 ulas bawang putih
3 biji bawamg merah
2 inc halia
5 biji cili api
1 biji cili merah

"DO IT YOURSELF"

Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan
Masukkan semua bahan kedlm kuali yg bertutup. Masak ikan dgn api yg kuat selama 15 minit.
Siap untk dihidangkan besama nasi panas2!!!...


TIPS


Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral.  Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah.  Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasaskan ikan.

Pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser.  Selain daripada itu, ianya juga menggalakan perkembangan otak bayi.

No comments:

Post Top Ad

test