IKAN TENGGIRI MASAK TAUCO - masam manis f

Breaking

Jan 10, 2011

IKAN TENGGIRI MASAK TAUCO


Assalamualaikum...

Dah malam2 baru nak masukkan N3 menu makanan yg ita makan tadi.... hihihi busy sangat la tak sempat2 amboi! mengalahkan menteri pulak...

Hari ni ita masak lagi satu menu sajian masakan dari chef popular... siapa lagi Chef Wan la... ok seperti biasa menunyer tentulah ita ambil dari buku masakan beliau Sedapnyaaa...2. Macam2 menu ada dlm buku ni semua sedap2 belaka...
Ok nanti ita akan masak satu persatu dan ita akan beritahu apa rasanyer.. tapi ita rasa semua sedap2 belaka.... seperti resepi hari ni... satu kelainan... yg pastinyer sedap!... mmg sedap... kalau tak sedap takkan lah suami dan anak ita makan sampai bertambah2.... sampai Dalili kata sedapnyerrrr mak!!!! pandai mak masak.... hihihi....

Jom lah kita masuk dapur ita nak berkongsi resepi yg ita rasa sedap ni...

MyKitchen's Recipe

IKAN TENGGIRI MASAK TAUCO
By: Chef Wan

3 keping ikan tenggiri
2 sudu besar minyak masak atau secukupnyer untuk mengoreng tohor
4 ulas bawang putih - dicincang halus2
2 cm halia - dicincang halus2
4 sudu besar tauco
1 sudu besar cili kisar - cili kering yg dikisar halus atau boleh juga gunakan cili boh
2 sudu besar - sos tiram
4 sudu besar air rebusan ayam atau stock ayam atau kiub ayam
1 biji terung - dipotong dadu besar2
1 biji lada bengala merah atau hijau - dibuang biji dan puluh tengahnyer dan dipotong persegi besar
serumpun daun ketumbar - dihiris
4 pokok daun bawang - dihiris
garam dan gula secukup rasa.

 "DO IT YOURSELF"

Goreng tohor ikan didlm minyak panas sehingga masak dan perang keemasan pada kedua2 belah. Toskan di atas tuala kertas. Ketepikan
Panaskan 2 sudu besar minyak masak di atas api sederhana. Tumiskan bawang putih, halia, tauco dan cili kisar selama 2 minit atau hingga harum dan terbit minyak.
Tambah sos tiram, air rebusan ayam dan ikan goreng. Goreng kacau perlahan2 untuk menyalut ikan dengan rempah, jangan terlalu kasar kerana ikan akan pecah.
Masukkan terung, lada bengal, daun ketumbar dan daun bawang. Goreng kacau sehingga rata. Kemudian perasakan secukupnyer dengan garam dan gula. hidangkan segera.


Untuk resepi ni ita tak menggunakan ikan tenggiri sebaliknyer ita guna ikan merah... kita gunakan apa aje ikan yg ada kat dlm peti ais.... hahaha.... selamat mencuba!!!

No comments:

Post Top Ad

test