KARI AYAM HIJAU THAI - masam manis f

Breaking

Jan 13, 2011

KARI AYAM HIJAU THAI

tadi bila dok asyik meratah daging tu... tau2 habis licin.....alamak.... padan muka... aku...... kan dah kena masak lain... pulak....huhuhu


kali ni ita masih lagi masak resepi Chef Wan... actualy menu ni ita perasan dah lama dah... tapi mcm tak de magnet la.... tapi bila ita ternampak kak Nor buat hari tu... ita mula la belek2 balik resepi ni... dan mula lah rasa nak mencuba...! kerana apa tau! sebab kak Nor buat atas permintaan anaknyer yg baru balik tu...  dalam hati ita kata mesti sedap lauk ni tu yg terus nak mencuba...

Waallllaaa.... memang sedap laaa...!! tak percaya bila tengok anak ita dalili tu makan bertambah2... masa balik sek tadi ita tanya "nak makan tak?" dia kata "mak masak apa..?". ita kata "ayam!'  "emmm tak nak la..." anak ita ni mmg tak berapa suka ayam sama mcm ayah dia... klu yg 2 org yg kat asrama tu mmg hantu ayam...

Ita pujuk la suruh jamah sikit takut nanti lapar kat sekolah... anak yg baik dengar jugak cakap mak... tapi bila makan wah! bertambah2 pulak siap nak bawak bekal lagi gi sekolah... masa naik bas sempat lagi pesan... "mak jangan habiskan tau! nanti balik kita nak makan lagi"... hihihi

Lauk ni rasa dia macam lauk kari dan kurma... emmm macam mana nak cakap tu ek!... bau dan aroma dia tu yg tak boleh tahan.... macam bau rendang... sebab mungkin rempah, ketumbar dan jintan membangkitkan baunyer... pulak tu ditambah lagi dengan daun ketumbar, daun selasih dan daun limau perut.... waalllaaaa..... mmg mintak ampun la....!!! tak tau nak cakap macam mana lagi... cuba sendirilah...


MyKitchen's Recipe

KARI AYAM HIJAU THAI
By: Chef Wan

Ayam - potong kecil2 dan cuci bersih ( ita goreng dulu ayam dgn garam dan kunyit sebab kalau tak goreng hubby tak leh makan )
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar pes kari hijau Thai (mcm dlm pic kat atas tu)
2 cawan santan (500 ml)
1 biji terung Thai - (terung Thai lebih kecil berbanding dgn terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim)
20 biji terung bulat kecil - ita tak letak
2 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
4 helai daun limau perut - disiat2
2 tangkai cili hijau - dihiris nipis
20 helai daun selasih
Daun ketumbar jika suka

Rempah Ratus
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar

"DO IT YOURSELF"

Goreng rempah ratus tampa minyak dlm kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dlm batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak gunakan dlm bentuk asalnyer
Panaskan minyak masak dlm kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.
Tambah ayam dan kedua2 jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak.Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.
Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan kedlm mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dgn taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat2 dgn nasi putih..


 yang pasti mmg terangkat!! kaw! kaw!

3 comments:

Anie said...

Salam Ita,

Wah nampak sedap kari hijau ni. Periuk pun nampak cantik gitew....I like hehehez.

Unknown said...

salam kak Ita, sedapnya...ada lagi tak kak nk mkn lunch kat sini ni....hehe btw memang dh lama nk msk ni paste tu pun dh lama beli tapi tak buat2 lagi...ha pasni kena buat la juga nengok akak buat ni terliurla.

cik MAPLE said...

Kena try ni

Post Top Ad

test