KARI IKAN GAYA GOA - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2011

KARI IKAN GAYA GOA

assalamualaikum....

Tentu semua sedang sibuk menghidangkan juadah untuk dimakan bersama keluarga tersayang....  atau sibuk melayan anak2 yg bersekolah disebelah sesi petang...  betul lah... bila anak2 dah mula bersekolah rasanyer masa semakin pendek dan terkejar2 masak pun terpaksa cari menu yg ringkas dan mudah dimasak , dan cepat disediakan...

bayangkanlah kalau memasak yg sukar ttu payah tengah2 masak nak kena tutup api sebab nak berkejar ambil anak dari sek agama... pas tu nak sediakan keperluan dia pulak ke sek petang... kadang2 ita terpaksa suap anak sambil tunggu bas sek datang... mmg semua nak kena pantas dan cepat...
kadang2 selalu terfikir bagaimanalah bagi mereka yg bekerja... mcm mana pulak anak2 ke sek... makan ke tidak??? tentu lagi penat dibuatnyer....

bila anak2 dah gi sek... barulah mak dia dapat on9... fuhh!! lega baru boleh bersantai2...


Menu ita hari ni masih lagi menu dari Chef Wan... satu lagi kelainan dalam penyediaan Kari. Biasa ita masak kari mesti guna rempah kari.. kalau daging atau ayam mestilah guna rempah kari daging dan ayam begitulah juga kalau masak ikan , mestilah gunakan rempah kari ikan... ita tertarik nak mencuba resepi ni kerana tiada pengunaan rempah kari dalam masakan kali ni... rasanyer juga agak berlainan... terasa masam2 sedikit... ita rasa seperti masakan kari India yg selalunyer menghidangkan makanan dgn daun pisang... tapi suami ita pula kata seperti lauk gulai Nasi Berlauk Kelantan... whateverlah... yg penting sooodaaapppp!!!!


MyKitchen's Recipe

KARI IKAN GAYA GOA
By: Chef Wan

3 biji tomato - dipotong baji (ita guna 2 biji sahaja)
3 biji cili hijau - dihiris
1 cwn minyak masak
2 biji bawang merah - dikupas dan dicincang halus
3 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 cm halia - dikupas dan dicincang halus
2 sudu besar biji sawi
4 sudu besar - cili kisar atau cili boh
2 cawan pati santan
5 keping ikan tenggiri yg telah dipotong
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam

Rempah Serbuk
3 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu teh kunyit serbuk


"DO IT YOURSELF"


Satukan tomato, cili hijau dan rempah serbuk kedlm pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dlm periuk atas api yg sederhana dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi sehingga perang dan harum.
Masukkan bahan2 yg dikisar, cili kisar dan pati santan. Kacau rata, kemudian didihkan dan renihkan selama 2 minit. Cairkan kuah dgn sedikit air, jika kuah terlalu pekat.
Tambahkan air asam jawa dan masukkan stik ikan. kacau dan renehkan selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Perasakan secukupnyer dgn garam.
Sendukkan kedalam mangkuk dan hiaskan dgn daun kari.



No comments:

Post Top Ad

test