SAGU TEMBIKAI SUSU - masam manis f

Breaking

Jan 27, 2011

SAGU TEMBIKAI SUSU

Hai! selamat petang semua... ni dah time minum petang kan?? kadang2 tak tau apa nak masak tuk minum petang kan... puas jugak la belek2 resepi... kadang2 jengah2 jugak dapur orang intai2 masak apa tu...??


hari ni ita buat desert aje... nak membasahkan tekak yg dah lama kering ni... sebenarnyer ada sebijik buah tembikai susu ni dlm peti... dia dok tgk je kita ni bila lah nak belah dia... sorang pun tak dok cuit kawan tu... umah ita ni klu budak2 tak de buah2 ni tak jalan sangat... cik abang kita tu lagi suka makan kuaci dari dok makan buah... yg malasnyer tang kulit kuaci tu berserak... aduh!


Bila ita dok belek2 majalah Rasa ternampak lah satu resepi ni.... wah! ada guna tembikai susu lah... tgk pulak Rasa bagi 5 bintang kat resepi ni...  baikkk punyer...!! kita pun nak cuba jugak lah!! jom kita tengok resepi yg ita dah buat ni... sila lah sila....

 MyKitchen's Recepi

SAGU TEMBIKAI SUSU
Sumber: Majalah Rasa

100 gm gula pasir
50 gm gula merah
50 gm sagu
200 ml santan kelapa
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam
air secukupnyer

"DO IT YOURSELF"

Bulatkan tembikai susu menggunakan eparisenne scoopi atau boleh juga dipotong dadu. Asingkan
Seterusnyer masukkan sagu ke dlm periuk berisi air dan masak sehingga kembang. Angkat dan toskan. Asingkan.
Untuk membuat kuah, masukkan santan segar, daun pandan, secubit garam dan gula pasir ke dlm periuk. Masak hingga didih. Tutup api.Kemudian masukkan tembikai susu dan kacau.
Dlm periuk berasingan, masak gula merah dgn air sehingga pekat.
Sudukan kuah dan tembikai susu ke dlm mangkuk, masukkan sagu dan curahkan air gula diatasnyer... siap untuk dimakti... sesuai dimakan hangat atau dingin.

2 comments:

Unknown said...

wah sedapnya desert ni kak...jamu mata jer lah saya nengoknya...hehe btw nk tapau gak skit...hehe

IHAS said...

terbaek! :)

Post Top Ad

test