SAMBAL TUMIS TELUR - masam manis f

Breaking

Jan 1, 2011

SAMBAL TUMIS TELUR

Ini lah sambal tumis telur yg ita makan bersama Nasi Lemak Halba Kukus tadi... Biasa resepi sambal tumis ita ni sama aje... baik sambal tumis udang maupun sambal tumis ikan bilis semua ita gunakan resepi yg sama cuma... klu nak udang ita letak udang klu nak sambal tumis ikan bilis ita letak ikan bilis..

Resepi sambal tumis ni adalah resepi mak ita... ini lah resepi turun temurun kami sekeluarga.. klu kat rumah mak mmg hari2 ada sambal tumis. Sebab klu ada sambal tumis ni senang sebab semua boleh dimakan bersama sambal tumis... baik makan dgn nasi, roti, lempeng atau jemput2...


MyKitchen's Recipe

SAMBAL TUMIS TELUR
Resepi Mak


  • RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh, toskan dan dikisar halus
  • 15 ulas bwg merah - dikisar
  • 6 ulas bwg putih - dikisar
  • belacan sebesar duit 50 sen - dikisar
  • Telur - direbus dan dikupas kulit
  • 1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
  • 1 sudu teh garam - secukup rasa
  • secubit serbuk perasa
  • 5 sudu makan gula - secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak
"DO IT YOUR SELF"

Tumiskan bahan yg di kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan air asam , gula , garam dan serbuk perasa  secukup rasa..... biarkan merenih...
Biasanyer ita masak sambal ni agak lama kerana nak biarkan ia cukup garing dan menghilangkan bau lada.
Setelah sambal siap masak masukkan telur rebus, masak sekejap supaya serap sambal ke telur. kemudian tutup api dan siap utk dihidangkan.

No comments:

Post Top Ad

test