CINNAMON ROLLS - masam manis f

Breaking

Feb 22, 2011

CINNAMON ROLLS

Jom kita minum petang!... hari ni ita buat Cinnamon Rolls. Kebetulan hari ni suami ita tak kerja... masih lagi dalam mood cuti... jadi cik abang kita ni lah yg menolong ita memasak hari ni... Cik abang kita ni mmg rajin ke dapur.. boleh dikatakan semua anak2 ita suka menolong ita memasak didapur. Pantang dengar periuk belanga belaga kat dapur semua cepat aje sampai ke dapur...


Resepi ni sekali lagi ita ambil dari majalah SEDAP. Ita ni pun kadang2 kecut perut jugak nak mencuba resepi dalam majalah ni... ialah bimbang tak menjadi... sayang kan bahan2 yg telah dibancuh... lagi pun bahan2 ni sekarang bukannyer murah... jadi kalau buat dan tak menjadi tentu frust kan?? tapi alhamdulillah selalu resepi yg ita cuba dlm majalah SEDAP semua menjadi dan sesuai benar lah ianyer diletakkan dlm majalah tu sebab semua sedap2.. pada citarasa ita sekeluarga...


Ita tertarik nak mencuba resepi ni adalah disebabkan juga atas permintaan suami ita yg teringin benar nak makan Cinnamon Rolls. Macam orang mengidam pulak kan?? hihi Lagi satu alasan kerana tertarik dgn kata2 dalam majalah tu yg berbunyi " Membuat roti ini tidak memerlukan penampilan tertentu dan tempoh pengalamanyg agak panjang. Anda tentu boleh membuatnyer jika ada kemahuan. Perhatikan sahaja langkah demi langkah cara membuatnyer melalui gambar yg disediakan" ha! menarikkan seolah2 satu cabaran bagi mereka2 yg baru berjinak2 dlm dunia masakan macam ita ni... jom kita lihat bahan2nyer.....


MyKitchen's Recepi

CINNAMON ROLLS
Sumner : Majalah SEDAP

400 gm tepung gandum protin tinggi
1 sudu teh mauripan
25 gm gula pasir
20 gm susu tepung
1 biji telur
200 ml air sejuk
75 gm mentegar tawar
1 sudu teh garam
75 gm coklat masakan putih, cairkan utk hiasan

Bahan sapuan
50 gm mentegar tawar, lembutkan
50 gm gula merah
1/2 sudu makan serbuk kayu manis
100 gm kismis
sedikit chery merah dan hijau dipotong dadu - ita tambah

"DO IT YOURSELF"

Campurkan tepung gandum, mauripan, gula pasir dan susu tepung. Kacau rata.
Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli hingga tidak melekat ditangan. masukkan mentegar tawar dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan (tumbuk2 kan)
Canai nipis adunan 40 x 25 cm
Sapukan dgn mentega tawar. Taburkan gula merah. Ayak serbuk kulit kayu manis dan taburkan kismis (ita taburkan sekali Chery merah dan hijau). gulung sambil dipadat2kan. Potong setebal 2 cm.
Letakkan di loyang 24 x 24 x 4 cm yg dialas kertas roti dan disapu majerin
Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 190C. Hiaskan dgn coklat masakan putih.

5 comments:

Mas said...

kak ita,
cantiknya roti...rajinn akak meroti...
nak seketoi bolehh...he..he..

Unknown said...

kak ita, dh lama dh simpan resepi ni tapi lum sampai seru nk buat lagi....tgk akak tayang ni baru ler teringat blk resepi yg dok kutip simpan dlm draf tu hehehe btw jom tukar ngan kek lemon kak..nk tapau roti ni 2 ketoi dulu..hehehe

Dda Ly said...

haishh masuk sini je lapaa...mmg sesuai ngan name nye, intan kitchen..hikhik

thanks for sharing dear..

singgah dari ghmb..
jemput ke rumah ye??
http://laydie-dda.blogspot.com

dZana said...

sehari tak menjengok dapur ita..mcm2 ada.. semua sedap2 belaka.. btuah hb n anak2 hr2 mjamu menu istemewA..

Azlita Aziz said...

to mas : Tq mas.... rajin tak rajin lah Mas abis ada org dah mengidam kenalah jugak membuatnyer... hihi

to Nieza : sedap tu Nieza kek lemon... ok kita tukar ye! hihi

to Dda : TQ sudi singgah dapur akak... nanti akak singgah sana ye!

tu Zana : terima kasih zana... :)

Post Top Ad

test