Ikan ni suami ita yg beli... kita ni tukang masak aje... suami ita ni mmg suka sangat beli ikan pelik2 (pada ita lah... mungkin org lain dah biasa dgn ikan ni...) ini semua adalah kerana minat suami ita yg mendalam pada memancing.... Dulu suami ita ni rajin gi memancing ke laut... kadang2 dia sewa bot dan gi mancing kat tgh2 laut dgn kawan2nyer... ita aje yg selalu bising... bukan apa bimbang akan keselamatan dia aje... manalah kita tau kan... kata orang "malang tak berbau" sekarang dah tak gi mancing kat laut lagi .. hobi terbaru beliau ialah memancing jugak tapi kat pasar aje... hihihi
Ok bila kita bercakap pasal resepi ni... kali ni ita mencuba pula resepi dari Chef Zaidah. Resepi ni ita ambil dari majalah SAJI keluaran Januari 2011. Kenapa ita mencuba resepi ni??? ini adalah disebabkan banyak nyer limau kasturi yg dibawa oleh mak ita kerumah... habis dah semua ita buat air... sampai Dalili kata "mak buat lah air lain pulak asyik air limau aje sakit tau perut kita!!.." hihi... Mak ita kalau datang rumah mesti ada bawa buah tangan... macam2 dibawa.. kadang2 sampai tak termakan kita, selalu ita buat sambal belacan aje... sedap letak limau ni hiris dgn kulit2 sekali makan dgn nasi panas2 lawan pulak dgn lauk bening2 dan ikan goreng mmg terliurrr....
Jom kita tengok pula resepi dari Chef Zaida ni... bahan2 dan cara-cara memasaknyer mmg sangat mudah... rasanyer pun sedap! masam manis...
MyKitchen's Recepi
IKAN KALAMANSI
By: Chef Zaidah
Sumber: Majalah SAJI
1 ekor ikan siakap - ita guna ikan tebal pipi
3 ulas bawang putih - dicincang
2 batang serai - dihiris
20 tangkai cili padi - dihiris
10 biji limau kasturi - kulitnyer dihiris2
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam dan gula
"DO IT YOURSELF"
Ikan dibersihkan lalu diperap dgn sedikit garam dan jus limau kasturi.
Letak ikan didalam pinggan yg boleh tahan kukus, taburkan dgn hirisan cili padi, serai, bawang putih, kulit limau kasturi, jus limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.
Kukus ikan selama 20 minit atau sehingga masak. Hidangkan panas. jika tidak cukup masam, perahkan lagi jus limau kasturi...
2 comments:
sedapnya ikan kukus...meriah nengok limau kasturi yg dok bersusun tu...kat sini susah nk cari limau tu.
Nieza nak ke??? ya allah banyak sungguh mak akak bawak ni ha sebesen...
Post a Comment