KUPANG GORENG PEDAS DGN TAUCO - masam manis f

Breaking

Feb 16, 2011

KUPANG GORENG PEDAS DGN TAUCO

Assalamualaikum...
seronok bercuti semalam... ita dgr ada juga yg bercuti dari hari Sabtu terus sambung hingga semalam... seronok kan makan angin dan melakukan pelbagai aktiviti bersama insan2 tersayang... Ita walau tak kemana2 seronok juga dok rumah dgn suami dan Dalili... semalam kita bergotong-royong membersihkan rumah... pas tu sama2 pulak didapur memasak... ita paling suka saat2 yg macam ni... seronok sangat..!! kalau ada bujang yg 2 orang tu ttu lagi seronok... riuh rendah dapur dgn gelak tawa dan keletah  anak2..

Ni tak leh citer banyak kang teringat kat anak2... dah tak leh nak buat kerja... ok bercerita pasal menu hari ni, ita masak Kupang Goreng Pedas dgn Tauco. Kupang ni actualy fav Dalili. Dia mmg suka sangat makan kupang. Dalili agak cerewet bab makan dan amat sukar untuk makan... tubuhnyer yg agak kecil kadang2 selalu membuatkan ita risau... walaupun berusia 9 tahun pada tahun ni tapi tubuh dia macam budak tadika... tapi kalau bercakap macam mak nenek.... pot...pet..pot...pet...


 Kerana sukar makan ita kena pastikan makanan yg ita masak tu dia suka makan... hari ni ita masak awal sikit sebab takut nanti tak sempat dia nak merasa kupang ni... sebelum ke sekolah. Biasa ita mmg akan pastikan anak2 makan sebelum kesekolah kerana tak mau lah perut dia kosong... makan dikantin pun agak sukar katanyer kerana budak2 yg ramai terpaksa beratur dan bertolak2 untuk membeli makanan. Kalau ita buat kuih atau roti boleh lah dalili bawa bekal.


Amboi! dah banyak pulak celoteh maknyer hari ni... tu lah kata orang lauk akan tumpah ke nasi jugak kan...hihihi tau tak pe... jom kita tengok menu yg ita masak hari ni...

MyKitchen's Recepi

KUPANG GORENG PEDAS DGN TAUCO
Sumber: Buku Masakan Pandai Memasak

500 gm kupang - dibersihkan teritipnyer, dicuci bersih dan toskan.
4 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar tauco
2 sudu kecil sos tiram
10 biji cili api - dititik
1 batang serai - dititik
2 cm halia - dikisar
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
daun limau perut - dihiris
daun ketumbar - untuk hiasan

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum. masukkan serai, cili padi dan tauco. Kacau sekejap lalu masukkan sos tiram, kicap cair dan daun limau perut. Rasakan garam dan gulanyer pastikan secukup rasa. Akhir sekali kuatkan api, masukkan kupang, goreng dan kacau rata. Kecilkan api dan tutup kuali dan biarkan kupang masak. Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

4 comments:

anymz said...

as salam ita,akak dtg nak ratah2 kupang ni..
sedapnya ita...

Azlita Aziz said...

wasalam kak Anim ...
jom kita ratah sama2... satu untuk akak... satu untuk ita.... dua utk akak... dua utk ita... hihi

izahdaut said...

wah dalili kecik2 dah pandai makan kupang bagai ek..hehee..acik jah ni sampai sekarang ala ala je nak makan...hahaa.. sedap ye kak masak tocu..tak pernah lak rasa..
pss kak ita..memang betui tu, tumpah ke nasi banyak tu kuah nyee..ikikiki

Azlita Aziz said...

hihihi.... terlebih sudah tumpahnyer izah oiii...

Post Top Ad

test