MARBLE PIE BROWNIES - masam manis f

Breaking

Feb 20, 2011

MARBLE PIE BROWNIES

assalamualaikum....
Selamat petang semua...
Hari ni lambat sikit masukkan N3. Busy like a bees... sekejap!... almaklumlah minggu depan Dalili ada exam so kenalah dok belajar sama2 dgn dia... dok buat ulangkaji sikit mana2 yg dia tak faham... Dalam pada tu sempat jugak ita dok mengodek2 dan menyiapkan satu kek brownies.


 "Brownies, kek bantat yg menjadi kegilaan ramai... Ketika pertama kali ianyer dibuat pada tahun 1893 dgn secara tidak sengaja, tiada siapa yg peduli akan kehadirannyer dan akan hidup selama ratusan tahun kemudian, tampa menolak kehadirannyer.... itulah Brownies. Kek berbentuk persegi ini sangat istemewa. Kering diluar dan sedikit lembab dibahagian dalam. Penampilannyer mungkin kurang menarik kerana kelihatan retak, tetapi itulah satu keistemewaan kek ini. Jika tidak retak, bermakna hasil kek tersebut bukan lagi Brownies....


Hasil kek seperti ini boleh didapati kerana kandungan bahan yg berbeza dan teknik pembuatannyer yg tidak sama dgn kek lain, terutamanyer kek coklat. dalam pembuatan brownies, telur tidak dipukul sehingga kembang, tidak hairanlah, jika kek menjadi bantat. Itu yg membuatkan kek bersaiz rendah dan tidak tinggi. Selain itu oleh kerana menggunakan coklat masakan, bermakna kek akan menjadi sedikit lembab dibahagian dalam. Perlukan masa yg agak lama untuk memasak kek ini. Bermakna bahagian luar kek akan kering dan agak rangup..."
info ini dipetik dari : Majalah SEDAP

Resepi kek Marble Pie Brownies ni ita ambil dari majalah SEDAP... dan sememangnyer hasil yg diperolehi mmg sedap! bahagian atas dan bawahnyer sangat rangup! dan bahagian tengahnyer sangat lembut dan moist. Rasa coklatnyer sangat mewah dan sememangnyer menjadi kesukaan ita... seakan2 ita telah jatuh CINTA dgn kek brownies ni.... susah nak digambarkan kesedapannyer dan pada peminat2 kek bantat ni bolehlah mencubanyer....


My Kitchen's Recepi

MARBLE PIE BROWNIES
Sumber : Majalah SEDAP

Bahan Pie
75 gm mentega tawar sejuk - ita guna jenama Anchor
25 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu makan air sejuk

Bahan Brownies 1
150 gm marjerin - ita guna Daisy
250 gm coklat masakan hitam, dipotong2
3 biji telur
125 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
50 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko - ita guna Vanhouten
10 gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan Brownies 2
100 gm krim keju - ita guna Anchor
25 gm gula aising
1/8 sudu teh garam
11/2 sudu teh kulit lemon diparut
1 sudu teh air perahan lemon
1 biji kuning telur
50 gm coklat masakan putih - cairkan

"DO IT YOURSELF"

Pie
Kacau bahan lapisan bawah sehingga rata. Uli hingga sebati. Canai nipis adunan. letakkan di dasar loyang bersaiz 22 x 22 x 4 cm. Cucuk2 kan dgn garfu. Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 170C sehingga setengah masak. Ketepikan.

Brownies 2
Pukul semua bahan 2 hingga lembut. ketepikan

Brownies 1
Panaskan marjerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. kacau sehingga larut dan sejukkan.

Pukul telur, gula pasir dan garam sehingga pekat selama 2 minit. Masukkan campuran marjerin sedikit demi sedikit sambil pukul rata.
Masukkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung dan serbuk penaik sambik diayak dan dipukul perlahan.
Tuangkan di loyang yg telah dilapiskan dgn Pie tadi. Sudukan Browinies 2, tompok2 diatasnyer dan bentukkan marble dgn menggunakan lidi.
Bakar selama 45 minit dgn suhu 180C sehingga masak.

13 comments:

Mas said...

wahhh...kak ita....cantik la brownies tu...
tengok jer dah tahu sedappp....
3 layer yer brownies ni..rajin akak buat...

Azlita Aziz said...

Terima kasih Mas....
ye mas 3 layer... buat dia tak susah... nampak aje macam banyak steps dia tu tapi... mudah aje sebenarnyer..... rasanyer mmg sedap! akak suka sebab serasi dgn anak tekak ni... hihi

nOura~azieta said...

ishhh kak...rugi x cuba ni...sy mmg suka mkn kek tp mlgnya tiap kali buat msti x menjadi...wl cmner pn,kek habis di mkn...hihi

Unknown said...

perghh tak thn nengoknya kak...kalau buat ni sure mkn byk lak dh bertimbun dh lemak ni...haha tapau la akaknya skit...hehe

Anie said...

Ita,

Wahhhh mmg cantik arh brownies ni, sayang dah nak dipotong dan dimakan....hehehez. Kalau I buat, nak simpan dlm museum ajalah :D :D

Ummi said...

Ita...sedap ek brownies nih? Nanti nak try...sbb tiirguda dgn kata2 Ita tuh...kadang2 seriau gak nak guna resepi majalah2 ni kan...ada masa ayat hang..ada masa x menjadi...ntah laa..hehee

Azlita Aziz said...

cuba Noura... kalau tak cuba tak tau kan..??

Azlita Aziz said...

tapau lah Nieza....
mmg kalau buat ni tak leh nak stop makan...

Azlita Aziz said...

hihi Anie...
sayang nak makan ye!... jom lah kita sama2 tengok aje... hihi :)

Azlita Aziz said...

pada ita sedap lah kak Ummi... tapi tak tau lah kak Ummi suka tak?? sebab ita mmg suka apa2 kek yg rasa coklat...
mmg kadang2 ita pun takut jugak nak cuba resepi dari majalah... tapi ita rasa kalau majalah SEDAP selalu resepi dia ok dah banyak kali jugak ita cuba... selalu menjadi...:)

Jujue Ahmad said...

cantik & sedap tgk kek ni.. blh la jue cuba.. mtk2 mjadi..

Unknown said...

salam kenal..bestnye resepi..bru blajar buat brownies ni..sudi2 lah singgah mamayang.blogspot.com..blog akak mmg cantik..gambar pn sgt lag cantik..semualah cantik.. =)

atenzz said...

Akk kalau x pakai coklat putih x pe ke?

Post Top Ad

test