Salam di pagi Jumaat semua....
Hari ni ita nak kongsikan satu resepi yg ita ambil dari buku BAKE! by Nick Malgieri. Kebanyakkan masakkan dalam buku ni semua yg bake seperti, roti, kek, cup cake, tart, pai, pizza dan macam2 lagilah.. Resepi dan kandungan bahan2 kebanyakkan memgikut selera dan citarasa orang putih lah kan... tapi suami ita suka sebab ia kata ini lah yg ori... ialah orang lama dok kat negeri omputih... kita ni masih lagi selera kampung... hihi
Mujur semua bahan 2 boleh didapati disini... ialah kadang2 bahan2 yg dicatat tu tak de kat sini... so kenalah gi cari kat KL itu pun kalau ada. Selalu ita akan cari bahan2 luar ni kat Cool Storage biasa kat situ ada dijual...
Untuk pengetahuan semua tart ni suami ita yg buat... hihi ita tukang tengok aje... kira kita jadi mandor lah kan... suami ita ni biasa lah buat benda2 macam ni... sebab masa dia belajar kat US dulu katanyer dia pernah berkerja sementara kat Bakery dan Hotel kat sana. Ialah masa tu nak cari duit lebih, nak harapkan duit yg MARA bagi katanyer mmg untuk study dan keperluan, jadi kalau nak duit poket lebih kenalah cari kerja sampingan... macam2 jugak kerja yg dibuat... tapi semua tu menjadi pengalaman yg sangat berharga bagi suami ita. Selalu juga ia kongsikan pengalaman dia merantau ke negara orang dgn anak2nyer ialah sebagai pembakar semangat supaya belajar bersungguh2....
Ok berbalik pada resepi ni, ita sukakan rasa crust dia yg rangup! walaupun disimpan dalam peti ice semalaman ia masih lagi rangup! sedap tak terlalu manis dan berminyak. Untuk Raspberry cream cheesenyer pula rasa masam manis!... semua tahu kan yg raspberry sememangnyer masam bila digandingkan dgn cream cheese ia jadi masam2 manis. Pada mereka yg tak gemarkan rasa masam boleh lah diubah dgn memggunakan apple pai ke atau pineapple pai atau apa2 yg bersesuaian dgn selera dan cita rasa masing2.
Untuk crustnyer ita buat satu adunan tapi mmg dapat banyak. Tak pe! sebab dough tu boleh disimpan dlm peti ais. Kalau kita nak buat lain2 perasa boleh lah kita gunakan yg lagi setengah adunan tu.. Ini pun sebab pan ita tu saiz kecil. Tapi dalam buku tu pun dah diberitau kita boleh dapat 2 tart crust dgn pan berukuran 10 inc, dan untuk 8 servings.
MyKitchen's Recepi
RASPBERRY CREAM CHEESE CRUMBLE TART
By: Nick Malgieri
Untuk Crust Tart dan Topping Crust
Untuk crust tart ni ita buat 1 adunan tapi ita hanya gunakan 1/2 adunan sahaja memandangkan saiz pan ita yg kecil.
1/4 cawan almond
3/4 cawan gula castor
21/2 tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1 buku unsalted butter (230gm)
2 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla
- Almon campur dng gula castor dan dikisar halus. Kemudian ayak.
- Tepung gandum campurkan dgn garam, kacau rata.
- Campurkan 1 dan 2 kemudian masukkan unsalted butter dan uli hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Campurkan putih telur dan esen vanilla dan uli lagi hingga menjadi doh yg lembut. Masukkan dlm plastic bag dan simpan dalam peti ais selama sejam.
- Kemudian canaikan doh. Letakkan atas pan ratakan dan potong rata permukaan tepi pan dgn pisau.
- Alaskan permukaan doh dgn kertas minyak dan letakkan pemberat boleh gunakan kacang hijau. Ita gunakan guli. Ketepikan
- Ambil sedikit doh dan canaikan nipis. Letakkan diatas loyang. Ini adalah untuk membuat topping crust.
- Panaskan oven pada suhu 200C. Bila mula membakar tukarkan pada suhu 180C. Letakkan crust pai disebelah bawah rak oven dan topping crust di sebelah atas rak oven.
- Bakar kedua2nyer selama 20 - 30 minit atau sehingga kekuningan. Pastikan topping crust berwarna sedikit kecoklatan.
- Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk.
Untuk Raspberry Cream Cheese
Sukatan ni untuk 1 adunan ita buat 1/2 aje dari resepi dibawah. Ini bergantung pada berapa besar crust tart yg kita buat.
2 cawan buah Rasberry atau Strawberry
sedikit icing sugar untuk tabur
230 gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 sudu teh kulit lemon
11/2 sudu teh esen vanilla
Pukul cream cheese hingga ringan. Masukkan gula dan pulul lagi. Tambahkan kulit lemon dan esen vanila dan pukul lagi hingga licin dan ringan selama 1 - 2 minit.
Ambil crust tart yg telah sejuk tadi, sapukan cream cheese diatasnyer rata2. Kemudian letakkan buah raspberry diatasnyer dan tutup semula dgn lapisan cream cheese semula hingga rata. Tekan2 sedikit supaya padat. Jangan kuat2 takut crust patah pulak!.
Ambil pula toping crust, patah- patahkan kecil2 dan taburkan atas cream cheese tadi.
Akhir sekali taburkan icing sugar diatasnyer rata2.
Simpan dalam peti ais. Bila sudah keras cream cheese tu bolehlah dipotong.
1 comment:
kak... nampak sedap nih... apakan daya, jauh ye.. kalau x dh kecek..
Post a Comment